Wednesday, 3 August 2011

Semangat pelajar Tingkatan 5....!

Bukan di sini sahaja keluhan guru tentang semangat pelajar sekarang. Semenjak akhir-akhir ni pelajar seolah tak suka ke sekolah termasuk yang pandai..kalau di pedalaman gara-gara harga getah naik. Enjoylah dengan handset atau motor siang malam. Kat bandar atau pekan lepak kat mall atau cybernet. Mujurlah anak-anak saya masih gembira dan seronok ke sekolah pagi dan sekolah agama petang. Mereka tetap score hampir semua subjek dan nombor satu atau dua. Tak nampak pun penat, balik jam 5.20 petang terus main kat luar dengan anak-anak jiran.Main bola keranjang, buaian atau jongkang jongket kat halaman rumah. Kadang mak bapa kena jerit suruh masuk mandi....

Kelmarin, Guru cemerlang Cikgu Kharazil dengan UBK (Nurshahida lagi?) teruskan sesi motivasi pelajar dalam siri 'Sepanjang jalan ke puncak' iii. En Shahreen dari IPGK Keningau datang dengan uniform KRSnya untuk bagi semangat pelajar T5, tapi kali ni saya nak pelajar sederhana dan Halus saja. Pendekatannya sesuai, tidak bosan dan pelajar beri tumpuan. Guru-guru bersemangat seperti Jafley, Bahlie, Justin turut ikut menjadi pemerhati saya nampak tertarik juga. saya agak itu masa subjek merekalah, tapi sedihnya mana guru lain. Takkan ke kantin bulan puasa ni. Orang kuat saya ada seorang datang sekejap, mungkin ada kelas lainlah.

Saya pun sambung sesi motivasi selepas sesi En. Shahreen jam 9.30 tamat. Untuk hilangkan lenguh saya ajak mereka menyanyi dan menari lagu "potong bebek angsa".Mereka seronok malah cikgu Bahlie ikut sama menari. Saya sambung sesi dengan cerita pengalaman dan impian masa kecil sebagai pembakar semangat pelajar. Ya...saya rasa semua kita ada impian, nak miliki kereta cantik, motosikal hebat, Set HIFi karaoke, rumah besar, kebuh buah-buahan. Saya bagitau mereka impian tu lah yang jadikan kita berusaha mencapainya. Disebabkan zaman kecil yang miskin, dengan belajarlah kita dapat ubah kehidupan kita. Alhamdulillah sebahagian impian saya tercapai...Saya bagitau mereka harta milik bapa bukan milik kamu, begitulah saya bagitau anak-anak saya. Mereka kena usaha sendiri mencarinya...dan kita akan rasa kepuasan yang amat sangat bila berjaya memperoleh apa yang kita idamkan.

Hmm, adakah mereka nampak apa yang kita nampak? Mudah-mudahanlah.

No comments:

Post a Comment