Sunday, 7 August 2011

Kenangan bulan ramadhan

Bila ke surau solat terawih, ramai budak kampung sama-sama solat. Teringat saya masa saya sekolah menengah sebelum duduk asrama. Hanya saya dan adik saya Awang yang selalu ikut solat terawih, yang lain orang dewasa dan berumur. Jalan masa tahun 70-80an masih belum aspal, dan biasanya kami ikut jalan kampung yang gelap dan seram sebaba ada sepohon kayu yang dikatakan ada penunggu...tapi tak pernah pun kami berdua jumpa apa-apa. Masa tu ada juga cerita 'pengait' (pemenggal kepala), tapi kami masih berani juga. Solat terawih masa tu memang penat sebab imam baca perlahan sangat dan 23 rakaat. Sekarang ni ambil 8 saja. Imam Jamal sekarang dah tak ada lagi...paling saya ingat ialah dia bagi duit 5 ringgit masa penutup terawih kerana kami rajin ke surau, sekarang baru saya faham kenapa dia bagi duit tu.

Puasa masa kecik tak menarik sangat sebab keadaan susah jadi tak adalah istimewa. Bila sabtu ahad paling teruk saya puasa sambil menoreh getah dan pikul susu. Alhamdulilah saya mampu bertahan, kawan-kawan lain bila kerja memang tak puasa termasuklah orang kampung lain.
Bila tingkatan 4 saya masuk asrama, berpuasa ramai-ramai memang seronoklah. Guru-guru kat flet turut terawih dan sudah tentu ada moreh yang sedap. Begitu juga masa tingkatan 6 walaupun letih terawih tapi belajar tak tinggal. Bila masuk USM, bulan puasa payah sikit nak sahur sebab malas nak bangun. Terutama tinggal di luar masa tahun dua ok sikit sebab kami masak sama-sama. Tapi masa tahun akhir saya menyewa sendirian. Bila saya sakit tak boleh puasa asyik muntah ja, nak makan macamana...mana ada kedai buka...

Sekarang saya dah 43 tahun hidup...alhamdulillah masih boleh berpuasa padahal hari biasa kalau lewat makan gastrik sampai nak muntah pun ada. Dahpun kena bangun awal pagi memandu 1 jam pulak. Kadang mesyuarat di PPD sampai jam 5, pernah sampai rumah jam 7, apalagi masa di Tambunan dulu memandu 2 jam, buka dengan air botol dalam keretalah jawabnya. Mujur sekarang dah di Keningau...

Tutup dulu....

No comments:

Post a Comment