Alhamdulillah hujan dah mulai turun kelmarin malam,lebat pulak tu. Hari ni pun turun lagi,pakai payunglah pergi tarawih. Cuaca panas begini jadikan kepala saya sakit mungkin darah saya naik, tak sempat nak jumpa doktor.Habislah saya kena marah lagi ni. Isnin lepas sakit kepala bukan main sampai saya tumpang rehat dan tidur di rumah papan sekolah lebih kurang 2 jam baru saya sedar. Rupanya saya demam, tak perasaan pulak. Kelmarin dah 5 hari demam syukurlah kurang. Mana taknya, pagi sejuk lepas subuh dah bawa kereta 1 jam ke sekolah jalanraya berkabus musim kemarau. Lepas tu panas siangnya, masuk pejabat aicond, tutup aircond panas sebab bangunan sekarang tak ada kipas. Bilik saya pulak betul-betul dipanah matahari pagi. Masuk kereta aircond lagi, malam di rumah aircond lagi sebab kalau tak pasang, anak bongsu saya tak ble tidur...Tapi demam pun saya pergi kerja jugalah...selagi boleh pandu kereta.Amin
Lepas terawih tadi, SU JK surau umum ada jemputan AJK Surau ke majlis berbuka dengan Ketua Menteri di Dewan Masyarakat pada 24 Ogos ni, 25 pula YB Rubin Balang nak berbuka di Surau...setahu saya dia non muslim, mungkin rombongannya yang muslim nak berbuka. 27 pulak majlis khatam Quran. Sayangnya 26 tu saya dah pergi KK dan tidur rumah di Cyber City sebab anak saya pulang dari JB malam tu. Kemudian nak beli baju raya anak lelaki yang kecik sebab setakat ni kami memang susah nak jalan...yang SPM asyik kelas hujung minggu. Yang sekolah agama ada KAFA. Kami tak mahu ajar anak ponteng macam ibu bapa lain kampung ni, pendidikan lebih utama daripada berseronok...harap tak ada aral.
Internet tak berapa ok dah sebulan slow macam dial up, Isteri saya kursus kewangan di Hotel Juta 3 hari...entah apa penyakit JPN buat kursus sampai malam pulak tu, macamana nak solat terawih.
Dan kuih sebiji pun belum sempat buat...he he. Semalam pulak buat majlis berbuka di rumah sekali doa selamat ulangtahun perkahwinan kami ke 20 tahun. Moga Allah panjangkan jodoh kami berdua dan dberi limpahan rahmat berpanjangan. Terima kasih kepada yang hadir dan Cikgu Meriam kerana bagi hadiah...
No comments:
Post a Comment