Monday, 8 August 2011

Sambutan Kemerdekaan...

Setiap kali acara sambutan bulan kemerdekaan, saya teringat semasa di SMK Kemabong. Pelajar di situ memberi sambutan meriah terhadap aktiviti yang dirancang. Mereka berlumba-lumba menghias kelas dengan bendera dan simbol-simbol negara dengan daya kreatif mereka. Di perkarangan astaka perhimpunan banyak bahan hasil rekaan pelajar seperti menara kembar petronas daripada tin, straw dan sebagainya. Pertandingan puisi, sketsa, deklamasi sajak, menulis esei, luahan anak merdeka. Pernah kami panggil tokoh VIP seperti Datuk Sairin Karno, Datuk Rubin Balang (YB Kemabong) dan wakil Jabatan Penerangan untuk forum merdeka, ketika itu saya wakil pengetua merasmikan acara itu. Acara kemuncak biasanya dibuat malam dikenali sebagai "Malam merdeka". seingat saya semasa jadi Ketua Panitia Sejarah sempat anjur hingga siri III. Pelajar luar datang sanggup bawa mak bapak naik lori estet.

Di sini, sambutan tidak sehebat itu. Mungkin anak-anak tempatan sini tiada tokoh pejuang yang dekat dengan hati mereka. Di sana mereka ada tokoh pejuang Antanom atau Ontoros yang termaktub sebagai tokoh pejuang dalam sejarah menentang Kompeni Inggeris yang mati dibunuh British. Malah nama Tenom diambil sempenaa nama beliau. Namanya juga diabadikan di dewan masyarakat  pekan Tenom dan Kemabong. Sebuah tugu peringatan didirikan di pekan Tenom di mana patung Antanom berdiri gagah menyambut pengunjung.

Apa pun, saya masih menyimpan harapan generasi muda perlu tahu dan faham erti kemerdekaan...

No comments:

Post a Comment