Kelmarin JPN hantar waran peruntukan yang saya tunggu iaitu untuk penyelanggaraan kecil dan sedikit tuntutan perjalanan. Saya tak kisah pasal tuntutan, yang penting penyelanggaraan. sekarang ni banyak duit poket saya keluar baiki kepala-kepala paip yang asyik rosak. Nak salahkan student 100% tak boleh jugak. Sebab student hari hari pulas paip, sedang di rumah tak ramai orang pun boleh rosak...Dapatlah saya lunas hutang kontraktor baiki suis, kipas, lampu yang asyik tanya tu. Dan rancangan sambung paip dari pondok guard ke booster pump house bolehlah saya teruskan. Kesian student dan guru bangunan baru ni air tak naik sebab tekanan air dari saluran belakang blok baru lemah dan tak mencukupi...
Hari ni khamis 25 Ogos - saya ada meeting JK Kurikulum daerah. Saya kena bentang E-Cerap sebab sekolah terpilih ujian rintis program ni. E-cerap akan berjalan bagi semua sekolah sabah mulai september. Semua guru akan dicerap dan dapatan markah akan dihantar ke JPN secara on line. Bagus jugalah, untuk pastikan pemantauan P&P dijalankan dapat dinilai jarak jauh oleh PPD dan JPN. Cuma instrumennnya amat simple, jadi saya cadang masa mencerap kena bawa instrumen SKPM sekali supaya sekali kerja.
Apa yang mengejutkan ialah laporan status band semua sekolah menengah daerah Keningau dalam band 7 selepas menggunakan penskoran NKRA...aduh...susah jugak mau pergi naik band ni. PPD mahu semua sekolah mesti dalam band 1 - 4 sahaja 2012 nanti. Masalah student tak nak belajar, ponteng kian tambah...buku teks tak bawa, bawa beg kosong ke sekolah.Entah apalah ada dalam kepala student sekarang...jadi bolehkah capai matlamat kecemerlangan ni...Saya yakin masih boleh jika semua lapisan guru saya, ibu bapa dan komuniti menyokong komitmen ini...!
Apa guna cakap "boleh bah kalau kau..." kalau tidak untuk perkara kebaikan. Betul tak?
No comments:
Post a Comment