Saturday, 13 August 2011

Bila Bulan Mengambang...

Esok 14 hari puasa dan mestinya bulan mengambang penuh akan kelihatan cantik. Sering diumpamakan gadis cantik dengan bulan 14 dalam cerita klasik melayu.

Tadi semasa pergi dan balik surau, bulan terang. Teringat saya masa dulu-dulu. Semasa kecil sewaktu di Kg Bukau Beaufort kalau musim bulan mengambang walaupun indah tetapi menyeramkan kerana rumah kongsi yang kami diami terletak di dalam kebun getah, bayang-bayang dahan dan ranting phon getah menimpa laman dan atap rumah seperti suasana dalam filem seram. Bila musim menuai, mama dan kakak menumbuk padi di halaman tanpa menggunakan lampu. memang seronok nampaknya. Tapi menjelang tengahmalam bila sunyi, bunyi burung hantu bersahutan pelbagai irama menaikkan bulu roma, kami yang masih kecil kadang menggigil ketakutan dalama kelambu. Sebab banyak pohon ara yang berbuah dekat rumah dan pokok durian yang dah mati, tentu menarik burung malam makan...

Bila saya pindah ke sini semasa tahun 78 ikut keluarga cari rezki menoreh getah jugalah tapi bapa bukan mandur estet dan tidak perlu jaga gudang asap. Banyaklah sikit masa lapang untuk bercucuk tanam. Yang saya nak cerita ialah di sini ada surau yang dekat dan boleh solat jemaah. Bila lepas maghrib abis belajar mengaji sikit kami main di halaman surau dan rumah Wak sairin yang berdepan dengan surau. kalau bulan terang banyak kelawar terbang makan buah ciku (kalau musimnya). Kami suka menyakat kelawar tersebut dengan buluh panjang. Masa nak wuduk kami pergi sungai tepi ladang getah lalu kebun koko wak sairin. Kami tak takut pun walau gelap gelita. Saya muazin pada masa tu sebab suara saya kononya sedap he he.

Bila tinggal di asrama waktu tingkatan 4, saya tak berapa suka bulan terang sebab kelihatan asrama macam rumah berhantu. Tambahan pula tapak sekolah tu konon bekas kuburan dulu-dulu. Apalagi bila 'free night' tv brunei tayang cerita hantu Indonesia, nak pergi buang air kecil pun kena berteman sebab masa tu umur saya baru 14 tahun...he he

Bila masuk U, ada sekali musim praktikal saya tinggal sendirian di Desasiswa Harapan. Struktur bangunan asrama tu menakutkan kalau waktu malam apalagi sendirian masa cuti walaupun ada beberapa siswa Palapes tetapi mereka jarang ada sebab ada latihan. Saya terfikir kalaulah perempuan yang diletakkan di situ, boleh jadi banyak perkara berlaku...tapi dulu-dulu mungkin manusia masih kurang jahat....

Bila saya tinggal menyewa di luar kampus. saya tinggal di Kg Gelugor. Sering saya tertidur bila baca buku larut malam dan tak sedar tingkap tak tutup. Tingkap kampung tu jenis memanjang. saya biasanya hanya sedar kalau angin kuat bertiup atau hujan masuk. Mujur tiada langsuir masuk hisap darah saya he he.
Kadang tengok bulan dari jendela ingat juga buah hati...sekarang dah jadi isteri saya.Macam filem P Ramlee juga barangkali...

Sekarang anak-anak jarang tengok bulan sebab tak keluar rumah. Asyik tv mana ada masa tengok bulan...hmm agaknya kalau bulan dah tak ada, mereka pun tak perasaan....

No comments:

Post a Comment