Sekadar ruang berkongsi cerita suka duka dengan kawan kawan, anak-anak dan sesiapa sahaja....Sebab pengalaman itu kadang-kadang menjadikan kita lebih bijak menempuh panorama hidup...
Friday, 1 July 2011
Hari Guru
Jadual asal Hari Guru sekolah ialah 25 Jun, tetapi ada Seminar di IPG, ada guru terlibat termasuk PPD yang nak diundang turut memberi ceramah. Jadi Sambutan hari inilah 02 Julai serentak dengan Pelancaran 1Murid 1sukan. Saya ikut acara sukaneka dan kumpulan saya ialah Cikgu Maisin, Rufiza, Carol, Elyna, Monica,Syahida an Edison cuma menang acara teka aksi. Bagi acara anugerah pilihan pelajar,Cigu Danny (PK Petang) dan Justin (Guru Disiplin) bolot banyak hadiah. Tahniah. saya sempat main badminton dengan pelajar juga di dewan dan memang satu pusingan lawan Cigu Monika dan Carol...lama tak main, berpeuluh juga.
Saya teringat masa sekolah di Bukau dulu, mana ada sambutan Hari Guru, pernah ada jamuan cuma masa perpisahan Penolong Kanan En. Omar. Kami kena bayar 20 sen dan dapat minum segelas oren.Begitu juga masa sekolah di SK Chinta Mata 1977-78 (bila kami pindah ke Tenom) dan semasa belajar di SMK Tenom 1979-83 tidak pernah ada sambutan Hari Guru.Hari Guru saya rasai bila belajar tingkatan 6 di SMK Gunsanad...masa 6 Atas, kelas kami buat persembahan pentas...lucu jugak, tapi saya tak ikutlah.Cuma tukang tengok saja he he.
Tapi saya ingatlah juga guru pertama ajar saya darjah 1 namanya cikgu Rosni. Guru lain yang saya suka Cikgu Latif guru kelas. Seorang lagi Cikgu Jaafar ajar matematik. Bila siapa siap awal latihan dia bagi duit 50 sen.Sayalah yang dapat....Ustaz kami namanya Mohd Jaafar, dia juga ajar mengaji petang. Bila jumaat dia ajak kami makan di rumahnya. Pertama kali saya rasa sos cili di rumahnyalah, hmm, sedap. Kemudian kami mandi ramai ramai di sungai. Lepas tu pegi solat Jumaat di mesjid. Mana ada ramai datang, adalah mungkin 10 termasuk orang kampung, tapi Ustaz buat juga....Ada kawan yang nakal bukan ikut solat tapi ketawakan kawan yang sujud kerena lucu baginya bila menonggeng...Apa pun....Terima kasih kepada guru-guru yang ajar saya dulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment