Wednesday, 29 June 2011

Cakap-cakap pilihanraya

Saya sedang menghadiri kursus di Kota Kinabalu selama 3 hari 28-30 jun anjuran IAB, Genting. Malam seorang adik yang kerja di bandaraya ajak dinner. Dia orang penting juga. Saya tanya betulkan desas desus pilihanraya hujung tahun ni. Dia cakap macam betul sebab kerajaan perlu kuasa yang mantap berbanding sekarang...

Saya tanya apa masalah, tempoh PRU lama lagi. Suasana nampak memihak kerajaan sekarang jadi sesuai jika buat election. Sebenarnya semua orang berharap kerajaan yang stabil untuk survival masing-masing. Tetapi kalangan tukang tengok (borak kedai kopilah) cakap- sikap sesetengah pemimpin yang ada membuat orang menyampah. Itu cakap-cakap oranglah...komen blogger bertimbun nak baiki perangai pemimpin yang diharap menjadi panduan...tetapi sebahagiannya tak ambil peduli. kata mereka...

Tapi kita kena faham, bukan senang kalau kerajaan bertukar-tukar. Macam menteri bertukarlah, dasar baru lagi keluar....jadi pada pendapat saya...sama-sama tegur menegur. Yang baik kita ambil, yang tak baik, buang tepi. Apa guna sesama bangsa dan agama berpecah pecah, orang lain ketawakan kita. Kita juga yang rugi. Rasul dah pesan, jika kamu berpecah-pecah kamu akan lemah...

No comments:

Post a Comment