Petang tadi, salah seorang guru ICT jumpa saya ada urusan. Saya minta siapkan web sekolah yang terbantut sejak pertukaran Cikgu Kalai balik Perak 2008. Cikgu Nurazlin namanya, guru dua alam. Sebab datang jam 9 balik jam 3. Dia antara guru yang banyak bantu penyediaan bahan multimedia jika ada acara dewan. Tak pernah menolak kerja dan ceria selalu. Menurutnya, dia tengah belajar menyiapkan web yang boleh akses link keputusan peperiksaan pelajar...harap-harap jadi kenyataan sebelum dia bertukar. Kononnya dia nak isi lagi borang tukar hujung tahun sebab nak jaga orang tua,...siapa yang tandatangan...hmm.Lu fikirlah sendiri. Kena siapakan web sekolah sehingga sekolah puas hati dulu weii.
Cerita tentang ICT, teringat mesyuarat Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) Zon Keningau khamis lepas. Mereka mencadangkan usul kepada JPN agar diberi kelonggaran membuat pembelian peralatan ICT yang kecil macam printer, pendrive dan antivirusbagi melicinkan pengurusan sekolah.Harap cadangan itu nanti diterima, mudah-mudahanlah.
Cerita tentang dasar baru diumum pula, iaitu tahun 2012 semua MPV di sekolah mansuh dan peralatan kena hantar ke Sekolah Vokasional. Sedihlah sekolah yang baru buka MPV macam sekolah saya. Murid pun suka sebab tak payah pergi jauh ke sekolah teknik. Nak masuk sekolah tu pun terhad, asrama pun sedikit saja. Mudahan ada keprihatinan KPM nanti bagi meneruskan MPV di sekolah...
No comments:
Post a Comment