Hari ni sekolah ada dua program serentak.Merentas Desa peringkat sekolah memang dah dirancang. Kedua, rabu tu tiba-tiba PPD arah kami tuan rumah Program Integrasi Peringkat negeri pulak tu. Nak buat macam mana ikut arahanlah kan. 10 peserta dari 10 sekolah di keningau kononnya. Tapi sekolah saya hantar semua tingkatan 5 supaya dapat sijil peringkat negeri... Saya pun bagi dua badanlah, sedang dengan budak-budak nak siap lari datang rombongan JPN, sambut dulu. Kemudian minta izin lepaskan peserta. Tengah lepas KPP Kemanusiaan Datuk Jamigol datang, sambut lagi dan terus masuk dewanlah. Cikgu Syahidah jadi pengacara, sendirian. saya tak tahulah macamana dia kena bertahan sampai tengahari di situ...Saya tabik juga Syahidah ni, dahpun mengajar subjek BI menengah atas...selalu kena minta jadi pengacara pulak. Kadang dia mengeluh jugak tapi kerja tetap diteruskan... Tahniahlah kepadanya atas kesanggupan demi kejayaan majlis sekolah.
Dalam masa yang sama, pegawai-pegawai Akauntan Negara (AG) keningau datang ajar ESPKB...hmm. Tak bestnya masa tak cukup sebab jumaat. Isnin dorang janji datang lagi.
Kadang duduk-duduk petang teringat masa lalu, mula saya tiba di sini dah nampak situasi tak sedap. Bila saya buat gotong royong kemas bilik guru, ramai jadi penonton. Saya ambil penyapu dan sapu sawang dinding bilik guru (lama), guru-guru yang tengah sembang lari...Saya perhati macam mereka tak nampak sampah dan kekotoran depan mata. Apa-apa kecacatan bangunan ke, kerusi meja terbongkang kat koridor ke, wayar terjuntai ke, papan notis buruk berlubang ke dll...macam mereka tak kisah. Paling sadis saya nampak guru tinggal di flat pokok tumbuh dah meninggi tak ada yang bersihkan. Mungkin itulah mercu tanda bagi mereka. Setelah masuk 2 tahun tak ada yang sanggup bersihkannya dengan alasan kayu bumbung reput takut terpijak dan jatuh;Saya terimalah alasan tu. Kalau saya paksa panjat mereka jatuh, tragedi pulak kan. Akhirnya saya upah orang bersihkan. Saya pernah tinggal flat 10 tahun masa guru dulu, saya masa tu dah PK. Kalau tukang kebun tak sempat potong rumput, saya potong sendiri atau upah budak pengakap. Longkang pun saya bersihkan. Saya tanam pokok kelapa. rakan-rakan lain bina pondok rehat di depannya. Ada pokok buah yang sudah banyak buahnya macam buah wani (kuini) hasil tanaman guru lama. Siapa pergi SMK Kemabong akan nampak banyak pokok dekat flat dan jalan ke asrama. Kalau cuti panjang, kadang saya tolong siram bunga sekolah, pernah juga saya taruh baja pokok kelapa yang lambat besar. Malah keliling padang ada seorang guru Kelantan tanam pokok nangka, banyak buahnya....tapi saya tak nampak usaha serupa tu di sini. Malah bil air bertahun tahun terhutang sampai akhirnya saya buat tindakan bayar dan lupuskan, sebab tak mungkin cari orang-orang yang tinggal lama-lama. Tak tahulah sama ada mereka hargai atau tidak.
Sekarang sampah dah bertimbun kat koridor belakang kelas, boleh nampak dari bangunan baru. Kotor betul. Terpaksa minta jasa baik murid petang bersihkan...hairan juga kenapalah murid murid ni suka sangat campak sampah merata-rata. Guru kelas buat apa ya, kelas pun kotor selalu. Macam mana saya nak bagi markah tinggi...?
Hmmm...nampaknya saya kena renung dosa saya mungkin sebab tu tercampak ke sini...he he
No comments:
Post a Comment