Kek Ulang tahun Untuk Isteri saya
10 Julai ulang tahun anak ke lima saya, Muhammad Idhlan. 30 Julai anak ketiga saya, Ainul Suhaila. Yang peliknya angka 30 ni. Sebab anak sulung lahir 30 disember 1992, yang kedua 30 Januari 1994. Jadi tiga orang kongsi angka 30 ni.Mungkin ada sesuatu yang misteri...
Tadi pagi saya pergi sekolah juga, dan sampaikan ucapan.Biasanya ingatan untuk anak-anak didik. Mereka yang hadir isnin mungkin beruntung dapat nasihat dan pesanan. Yang ponteng rugi, tapi sekarang mereka tidak dirasakan. 5 -10 tahun selepas tamat sekolah biasanya rasa sesal timbul bila lihat kawan yang berjaya ubah hidup. Pulang kampung ada kereta, baiki rumah mak bapa atau bina rumah sendiri..Memang betul kata pepatah "sesal dahulu pendapatan...sesal kemudian tiada berguna.
Keluarga saya dulu susah, adik beradik ramai. Mujurlah abang sulung yang banyak bantu persekolahan adik-adik termasuk saya hingga dia lewat berkahwin. Dengan gaji polis selepas SPM, tolong buat rumah, hantar duit keluarga, belikan buku, bayarkan yuran dan sebagainya. Malah wang syilingpun dia bawa pulang untuk tambang saya sekolah hari-hari masa sekolah menengah rendah...Hanya Tuhan yang tahu membalasnya. Semangatnya untuk mengubah keluarga menjadi pendorong kami untuk belajar. Dan Tuhan memberikannya kebahagiaan padanya. Anak-anaknya juga berjaya ke IPT, dapat beli 3 rumah dan 3 buah kereta...
Melalut pula saya, balik cerita. Isteri saya pun kuat semangat. Ditinggalkan bapa ketika darjah 3, ada 3 adik beradik semua perempuan. Jadi mereka terpaksa tumpang rumah pakciknya kerja peneroka LKTNS. Daripada 3 tu, 2 tak tahan cabaran dan berhenti sekolah...yalah hidup kais pagi, tumpang rumah saudara pulak..dorang ambil keputusan kerja kutip biji kelapa sawit dan tabur baja dengan gaji 150 tahun 80 an. Isteri saya sanggup tinggal rumah pakciknya di Semporna kerja marin. Dia jadi amah tak bergaji asalkan yurannya dibayarkan...Dia berjaya melepasi SPM dan sambung belajar di SMK Menggatal dalam tingkatan 6. Kena naik kapal terbang masa tu, bayangkanlah susahnya. Lepas abis tingkatan 6 jadi guru sandaran sekolah rendah. Duit gajinya itulah buat pergi sambung belajar di Univerisiti Sains Malaysia. Biasiswa pula tak dapat sebab kursusnya tak tersenarai untuk biasiswa. Jadi selalu makan biskut dengan air kosong ajalah...masa cuti kerja sambilan jadi amah, kerja kilang komputer, jadi bahan kajian sains dan macam macam yang saya tahu. Mujur tahun kedua pengajian JPA bagi biasiswa. Pernah jatuh sakit kuning pulak, tapi keluarganya langsung tak diberitahu.Mujur ada kawan-kawan yang baik. Masa tu saya tak kenal rapat lagi dengannya. Sebab jurusan berlainan, saya ambil jurusan kemanusiaan dengan pendidikan; dia kemanusiaan sahaja. Jumpa dalam kelas sastera saja, itupun pandang biasa saja. Kami hanya kenal mesra masa tahun akhir;jodohlah tu.
Anak saya yang nampaknya mewarisi kekuatan semangatnya. Paling nyata yang bongsu ketika mengidap sakit jantung berlubang. walau sering masuk hospital sejak umur 5 bulan, dia masih boleh ketawa. Paling saya ingat masa nak terbang untuk pembedahan di IJN, keadaannya kritikal. Ketika baring dia sempat ketawa lagi bila kami pandang. 3 minggu kami di IJN. Masa nak masuk bilik bedah sempat lagi kacau jururawat punya pen. Dia sedar dari ubat pun tak lama...Sekarang walaupun belum selasai pembedahannya, dia aktif macam kanak-kanak lain....
Saya pernah tengok filem orang eksiden dan koma, semangatlah yang membuat orang tu cepat pulih...Harap-harap semangat saya pun begitu juga.
No comments:
Post a Comment