Menyanyi juga : Lagu Seroja
Acara macam biasa, ucapan pengerusi kelab staf cikgu Danny dan saya, kemudian makan diselangi penyampaian hadiah dan cenderamata bagi Pakaian Teranggun jatuh pada Puan Maidah manakala kategori lelaki Encik Jhoney. Puan Alia dapat hadiah perkahwinan. Staf swasta diberi hamper atas sumbangan mereka. Saya pun diberi juga...entah kenapa.Penghargaanlah.
Kemudian acara menyanyi dimulai oleh cikgu Danny kemudian saya pun nyanyi lagu Seroja.Lain-lain penyanyi Jhoney, Devie, Clarena, Justin, Frankie dan lain-lain.
Sepanjang petang hingga malam dan hari ini terasa sakit seluruh badan gara-gara main badminton tiba-tiba selapas sukaneka.Seronok main...tapi nah rasa sendiri. Itulah kalau jarang bersukan. Badminton adalah kegemaran saya sejak sekolah menengah. Abang sulung saya pinjamkan raket yang dibelinya di Perak sewaktu jadi polis trafik di sana. Kalau saya mana mampu beli. Semasa tingkatan 4 dan 5 hampir tiap hari main badminton waktu petang di asrama dengan kawan. Yang saya ingat namanya Shak Mail. Kami pakai bola plastik saja sebab bulu ayam mahal. Masa tingkatan 6, saya tak aktif main cuma jogging sekali sekala...kerana tumpukan pelajaran. Di Kampus saya main semula sama ada petang atau malam. Tapi dari situ juga saya selalu demam dan tonsil. Sebab bila main malam jam 8-10, kami singgah minum di kantin kampus, air sejuklah dibantai. Lepas tu mandi dekat tengah malam. Saya tak tau semasa final year selalu demam tonsil, kalau kena badan sejuk panas menggeletar dan hampir tak boleh bangun. Bila kahwin baru saya tahu puncanya minuman sejuk dan mandi malam. Mulai tahun 2010, kerani sekolah cadang saya minum Jus Intra, alhamdulillah tonsil saya semakin pulih dan jarang demam sakit badan macam dulu. Ada pun setahun sekali dua. Syukurlah, sebab kalau demam ni datang sengsara betul terutama nak memandu pergi kerja. Duduk diam ambil MC bukan budaya saya dari mula kerja guru. Paling tahan MC sehari dua, tension duduk rumah baring macam bodoh. Baik saya buat kerja di pejabat atau mengajar perlahan-lahan. Pernah saya kena Bel Palsy (muka kebas sebelah) tahun 2009. Mata saya tak boleh tutup sebelah dan pedihlah kalau kena angin semasa memandu. Minum kalau guna gelas memang tumpah, terpaksa guna botol atau sudu. Kena suruh cuti 2 minggu.Saya kata bagi 3 hari sajalah. Kalau rasa teruk nanti saya balik. Doktor bagi ubat 12 biji sekali makan 3 hari, kemudian turun, 10, 8,6,3 dan 3 bulan kemudian alhamdulillah sembuh walaupun kalau diperhati muka saya mereng sebelah.Saya rasa tidak ramai guru yang tahu kejadian itu...tetapi saya anggap itu ujian kerana Tuhan masih sayang saya agaknya, dan ini mungkin amaran awal supaya jadi manusia baik....hmmm.
Saya pernah pesan dengan pelajar elakkan minuman ais masa panas.Tapi rasanya siapa peduli, sebab belum rasa kesannya. Umur 30 ke 40 nanti baru rasa...
Tadi petang hujan turun dan berhenti sekejap dekat jam 7 malam, mujur juga. Sebab jiran selang 2 rumah jemput kenduri. Sebelum jalan sempat tengok bola lepas maghrib. Masa makan kenduri Malaysia mendahului 2 -1 dengan Taiwan. Bila sampai rumah masuk masa kedua dan akhirnya kalah 3-2. Kira agregat samalah dan kelebihan jaringan awal memberi peluang jumpa Singapura dalam pusingan kedua. Bola...hampir semua budak lelaki suka. Saya main bola sejak pindah di Tenom sebab ramai kawan suka main bola di laman rumah saya atau kawan lain. Semasa sekolah menengah masih aktif juga dengan geng kampung, kadang-kadang kami atur lawan kampung Amboi dan Merau, estet Sapong. Main kaki ayam saja. Biasanya kami kalah. Lawan kami lasak terutama rakan suku murut yang memang bola macam makanan mereka hari hari. Seingat saya kami dibelasah teruk semasa main di padang kampung Merau...saya hairan walaupun rumput padang mereka panjang sampai lutut, mereka main laju. Posisi saya selalu jadi pertahanan kadang jaga gol. Sewaktu praktikal di SMK Pulau Nyior Jitra Kedah saya ikut main masa hari guru sebagai penjaga gol. Masalahnya saya pakai cermin mata, ada sekali cermin mata saya jatuh masa tangkap bola...he he he. Bila dah kerja betul sesekali juga ikut main tapi dah semput...jadi berhentilah. Cuma badminton saja...tetapi suatu hari saya dapat cedera otot semasa melakukan smash dan terpaksa dapatkan rawatan sampai Hospital Queen Elizabeth. Dan saya cuti bermain bertahun-tahun terutana bila jadi pengetua 2006.
Minat saya pada badminton tetap segar, sebab itu saya bina gelanggang badminton di belakang rumah. Tapi anak-anak saya kurang minat dan tidak pandai bermain. Jadi hasrat saya tak tercapai. Mungkin suatu hari bila saya dah bersara adalah masa saya main kembali....itupun kalau Tuhan bagi daya.
No comments:
Post a Comment