Monday, 14 May 2012

Sibuk kununlah ni...

Sabtu baru-baru ni ada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 diikuti Mesyuarat agung PIBG. Dirasmikan oleh seorang mantan pelajar SMK Apin-Apin bernama En. Severinus Tukah dari kg. Riting. Sekarang PTD gred 52 sebagai Timbalan pengarah (Pengurusan) Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Majlis kali ini dalam suasana cool, sederhana mungkin bukan hari persekolahan dan yang hadir pun  penerima APC saja untuk lepasan SPM, tingkatan 1,2, PMR dan 4 tahun lepas. Majlis ini diurus oleh PK HEM En Danny Sulimin, dan mungkin kerja besar pertama sejak dilantik Jabatan Pelajaran sebagai HEM. Sebelum ni beliau PK Petang.

Perasmi bercerita tentang zaman belajarnya sewaktu sekolah yang serba kekurangan. Kena menoreh waktu pagi dan petang baharu ke sekolah yang ketika itu menumpang SK Apin-Apin. Kebanyakan pegawai yang sezaman itu termasuk saya memang menghadapi cabaran hidup antara tuntutan pendapatan, miskin dan hasrat ingin belajar. Ia mengingatkan saya semasa sekolah tingkatan 1-2 yang menumpang SK Pekan Tenom, saya pun menoreh waktu pagi. Paling saya tak suka bila hari menjual getah sebab saya kena tolong angkat gulungan getah ke jalan raya untuk memudahkan treler land rover angkut sebab tidak ada jalan masuk ke rumah masa tu. Kemudian turunkan getah pula di Kedai atau di pondok Lembaga Tabung Getah (Sekarang LIGS). Punyalaha bau tangan dan badan. Mana ada tempat mandi. Saya tukar baju di Kedai atau di belakang pondok LTG dan terus ke sekolah...Zaman itu mana ada kawan perli bau busuk, sebab semua pun lebih kurang saja.

Balik cerita, APC di selangi Cabutan bertuah 15 hamper diusahakan Cikgu Danny cari penajanya. Kemudian pelajar tingkatan 5 Bestari koir Biarku menjadi Lilin...bagi saya persembahannya kurang mantap.Mungkin segi pakaian dan suara serta kurang latihan. Drama Inggeris 'Karma' sebagai penutup acara juga lambat masuk pentas sedangkan sudah jam 1 tengahari. Macamanapun tahniah atas usaha Ketua Panitia BI cuba menampilkan drama tersebut yang menang tempat ketiga drama BI peringkat daerah Keningau.

Jam 2, lepas makan dan rehat sekejap AGM PIBG mula, yang tinggal tidak sampai 50 orang termasuk guru dan ibu bapa. 12 guru saya memang dah hadir program Bicara Pendidik di Ken Hwa. Yang tinggal ni yang komitmen saja...yang lain dah balik. Agaknya mereka terlupa mereka ahli PIBG atau lupa mereka guru sekolah ini...he he.

Balik rumah sampai dah jam 4, nasib baik ada anak sepupu saya 2 orang dan 2 rakan guru isteri saya dan serorang jiran dan 2 anak jiran bantu persiapan kenduri saya malam ni. Menu kenduri tambah sikit ada sate dan kuih lapis sarawak. Kenduri kesyukuran khusus untuk meraikan kenaikan pangkat isteri saya ke gred 48 dan bertukar jadi Timbalan PPD Keningau. Saya pula naik gred 52. Anak kami yang perempuan tu masuk diploma Veteriner 7 jun ni lapor diri...Syukurlah Allah memurahkan rezki kami. Cuma separuh jemputan sahaja yang dapat hadir sebab ada lagi satu kenduri sambut baby malam itu...

Isnin kelmarin jam 4 pagi saya bertolak dari rumah ke SJK Lok Yuk Likas untuk taklimat pengarah JPN Sabah dan penyerahan surat naik pangkat. Solat subuh terpaksa di surau jalan kimanis yang tandasnya kotor...pelik saya surau-surau di Sabah ni. bangunannya selalu cantik, tapi tandasnya tidak dijaga. memalukan imej Islam, sedangkan Islam menganggap kebersihan sebahagian daripada ciri iman. Jalan sesak mulai dari papar dan hujan pula turun. Masalah lagi pengawal keselamatan sekolah tak benarkan masuk, kena letak kereta di luar. Mahu tak mahu terpaksa meredah hujan renyai untuk ke dewan taklimat. Penuh dewan agak-agak ada 500 lebih penerima termasuk semua PK.
Jam 2 tamat dan saya singgah KK beli cenderamata pesanan isteri untuk guru-gurunya yang bakal ditinggalkan....

No comments:

Post a Comment