Sekadar ruang berkongsi cerita suka duka dengan kawan kawan, anak-anak dan sesiapa sahaja....Sebab pengalaman itu kadang-kadang menjadikan kita lebih bijak menempuh panorama hidup...
Sunday, 27 May 2012
Jauh Perjalanan...
Jumaat Lepas, dapat surat dari PPD kena pergi Dialog Nasional Kajian Dasar Pendidikan Negara di Grand Ballroom 1 Borneo, Kota Kinabalu. Terpaksalah lepas balik kerja terus ke KK bermalam di sana, takut tak sempat sampai awal pagi esoknya. Kebetulan isteri saya diarahkan PPD untuk pergi, jadi sekali jalanlah. Besar jugaa dewannya dan dihias cantik. Ramai juga pesertanya. Panel dialog mantan-mantan KPPM dan mantan Pengarah JPN. Banyak cadangan untuk penambahbaikan, tapi ada juga ambil peluang menyampaikan keluhan tentang perjawatan dan kenaikan pangkat. Masa yang terhad-hanya 12.30 tengah hari saja, maka cadangan lain terpaksa orang yang berhasrat meluahkannya di dalam laman sesawang. Bagus juga idea ni. Tapi tak pasti semua pandangan ni dibaca oang atas. Mudah-mudahan sajalah ada perubahan dalam sistem pendidikan kita yang sering berubah bila Menteri berubah...perubahan baik tapi perlu kajian..
Isnin pula dapat lagi arahan pergi ke Sandakan untuk wakil daerah ke Sambutan Hari Guru Negeri Sabah. Isteri saya pun diarah juga ke sana. Terpaksalah awal pagi selasa sebelum bertolak periksa kereta Persona saya, jadi kenalah juga ganti tayar kereta yaang nak botak tu...hm, yang penting selamat. Jam 10 baru selesai dan bertolak ke Sandakan...tiba sana dah jam 8 malam lebih, hotel yang kena tempahkan pun kami tak tau di mana. Mujurlah ada orang mesjid yang kami tanya tu baik hati, dia tolong pandu jalan. Cuma tak dapat ucap terima kasih sebab bila saya turun kereta nak ucap thank you, abang tu angkat tangan ja dan terus jalan. Tuhan saja yaang akan membalas budinya tu. Hotelnya nama Esplanade di Bandar Indah, bilik baru dan bersih walau pun hotel bajet. Nasib baik ada restoren di bawahnya, jadi lepas makan kami tidurlah...penat memandu.
Esoknya kami ke tempat acara Forum...jauh juga. Kami agak-agaknya saja tempat tu dengan tengok papan tanda yang tak bagitau jaraknya. Hanya anak panah saja menunjuk tempat. Kami sampai awal kira-kira jam 7 sebab nak cari sarapan. Nasib baik ada kantin...Ada 2 acara; pertama ceramah tentang kepimpinan dan keguruan oleh Mantan KPPM, Tan sri Alimudin-kedua forum. Masa rehat jam 10 tu jamuannya kurang kemas. Adakah diberikan mee goreng dalam tapau polisterine dan kuih dalam plastik macam budak sekolah.
Seumur hidup saya menghadiri acara di Keningau, semua peserta makan mee dan kuih dalam pinggan.
Forumnya bagus terutama Dr. Jefry Din dari IPG Tawau. Beliau kelulusan Timur Tengah, banyak analogi yang menarik tentang peranan guru yang patut direnungi. Pengerusi panel pun mantap, Tn. Hj Khairul pengetua SMK Gum-Gum sebaab petah bermain bahasa dan pantun. Cuma tak bestnya bila jam tamat tidak disediakan jamuan...aduh, laparnya.
Kami cubalah ke Bandar Sandakan cari restoran, 2 kali ronda tak jumpa parking. Akhirnya balik ke bandar Indah dan makan di situ...Petang tu kami tidur jalah, nak meronda pun tak ada yang menarik. Malamnya ada Jamuan Hari Guru di Sabah Hotel. Nasib baik saya pernah berkursus di sana tahun lepas, jadi senanglah cari tempat tu. Acara macam biasalah-nyanyi karaoke, tarian dan ucapan kemudian penyampaian beberapa anugerah untuk guru.
Pagi 24 tu kami dengan rombongan Tenom makan sekali di restoran Hikmah sebelah hotel menginap. Kemudian kami ikut merekaa dari belakang cari Dewan Sri Libaran sebab cikgu Ramdan ada GPS. Jauh juga rupanya, tersorok pulak. Sepatutnya kelmarin masa forum pelan ke tempat ni diberikan kepada peserta. Boleh tahan dewannya baru dan ada hawa dingin. Perasminya Ketua Menteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment