Tuesday, 15 May 2012

Hari Guru 16 Mei di sekolah

Sempena Hari Guru 16 Mei yang diarahkan Kementerian agar disambut serentak...Sempat jugalah PK HEM bersama UBK Puan Aimah menyediakan aktiviti. Dimulakan dengan ucapan Cikgu Danny selaku PK HEM kemudian ucapan dari pelajar-pelajar. Saya tertarik dengan cerita cikgu Danny tentang peranan ibu bapa dan pendidik merupakan tugas berat yang berkesinambungan.. Ucapan saya ringkas tentang bagaimana kejayaan seorang guru itu boleh dilihat apabila melihat ramai anak muridnya lebih berjaya daripadanya.

Selepas itu pelajar 5 Bestari mempersembahkan Koirnya dan sajak mereka. Lagi lagi si Alfon, Maylyn dan Syerina. Cikgu Hamid dan Cikgu Danny pun baca puisi..Kemudian upacara potong kek sumbangan bekas-bekas pelajar Apin Apin. Rupanya ramai juga yang berkhidmat di sini, antaranya Pn. Maidah Usuk, En. Linus, En. Frankie, En. Judeh, En. Francis, Pasangan Nicholas dan Rosebiah yang bercinta masa sekolah hingga sekarang..dan lain-lain dan Cik Deavie merupakan bekas pelajar paling muda menjadi guru.

Selepas rehat hanya ucapan perutusan KKPM yang di sampaikan PK1 En. Hamid. Sempat ambil beberapa gambar...






No comments:

Post a Comment