Kelmarin tengahari saya meminta seorang consultant yang mengaturkan kemasukan pelajar ke bidang perubatan bernama Mr. Kano dari MGM Enterprise, websitenya www.ksmu.com.my bagi talk show kepada pelajar sains tingkatan 5 dan 4 bagi memberi pencerahan haluan kerjaya mereka. Saya kasihan melihat pelajar aliran sains saban tahun cuma menunggu peluang masuk ke tingkatan 6 walhal mereka diberi jurusan kemanusiaan di situ. Jadi apa guna belajar 2 tahun aliran sains. Berapa kerat yang dapat matrikulasi? Sepatutnya mereka boleh meneruskan pelajaran dalam jurusan perubatan yang amat luas bidangnya seperti kedokteran umum, pergigian, farmasi, physioteraphy, speech teraphy, audiologi, sonography, piloting, engineering dll.
Pagi Rabu ni alhamdulillah, Mr Kaino dapat menerangkan peluang-peluang dalam bidang tersebut di dalam negara dan luar negara, kelayakan masuk dan biasiswa yang boleh diperolehi.
Antara universiti luar negara yang dinyatakan ialah
1. Kurk State Medical University, Russia -perubatan
2. Penang International Dental College (India Penang)-pergigian
3. Vinayaaka Mission University, India - Perubatan & surgeri
4. Meenakshi University, India - Dental Sugery / Physoterapy
5. Saveetha University, India - Dental Surgery
6. Universiti Sumatera Utara, Indonesia - Perubatan
7. Vision College, Malaysia - Medical Imaging / Utrasonography
8.Manipal Inter. University, Malaysia - Semua Ijazah Engineering (civil, Chemical,Computer, Electtrical, Electronic, Mechanical)
9. OMNI Aviation Corp. Philippine - Piloting
10. SEGI University, Malaysia -Perubatan, Pergigian, Phamarcy, Optometry, Undang-Undang
11. MSU Malaysia -Perubatan, Farmasi, Optometry dan Forensic, Speech Therapy, Audiology dll.
Anak-anak yang berminat mesti mempunyai kelulusan sekurang-kurang B dalam BM, Add Mate, Kimia, Fizik, Bio. Mereka kena masuk kursus persediaan Perubatan lebih kurang 9 bulan sebelum boleh melangkah ke universiti tersenarai.
Mudahan dengan info begini adalah nampak peluang anak-anak lepasan SPM aliran sains....Moga ini dapat membantu mereka...
No comments:
Post a Comment