Thursday, 5 April 2012

Pantun Juara Lagi...

Lama tak kemas kini blog sebab kurang sihat, balik rumah tidur awal. Sebelum pergi berkursus anjuran IAB Genting Highland bertempat di Hotel Shang Ri-La Kota Kinabalu saya mulai demam, tapi sebagai yang sentiasa menurut perintah saya kenalah pergi juga. Peserta 31 orang seluruh sabah...masalahnya aircond tak boleh tutup walaupun batuk makin menjadi. 4 hari mulai 26 hingga 29 Mac banyak juga ilmu penulisan surat dan memo yang betul kami dapat. 27 bersamaan Jumaat tu saya datang juga ke sekolah tapi gara-gara minum ubat batuk, selsema dan antibiotik mengantuk yang amat sangat semasa memandu...bila cuba bertahan sakitnya kepala. Akhirnya terpaksa berehat sejam di rumah persinggahan...Yang jadi kerisauan saya ialah Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat akan dibuat di dewan sekolah 4 april ni....siapa lagi yang kena ambil tahu. Mujur ada Cikgu Danny yang sedikit membantu juga, dan paling memahami peranan menghias dewan ialah Cikgu Rosebiah dan kawan-kawannya. Cikgu Jubaidah akan jadi juruacara. Paling banyak membantu ialah pekerja pembersihan swasta. Rabu 3 april sampai jam 4 saya pastikan dewan dah bersedia, kakitangan YS datang memasang ruang pameran...cuma geng Rosebiah belum ada...tapi pagi esoknya dah siap skirting pentas tu. Dengan bantuan cikgu Justin mengurus PA system semuanya lancar...YB Datuk Justin datang agak lewat dan audien nampak gelisah termasuk saya kerana dah lapar he he. Apa pun terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjaga nama baik sekolah dalam menjayakan program itu.

Hari selasa yang sama Pasukan Pantun bimbingan Cikgu Jaidi bertanding di SM SFX, dia SMS saya mereka masuk peringkat akhir. Sayangnya saya tak dapat datang kerana ada mesyuarat Koperasi Sekolah. Tapi saya yakin mereka akan menang. Dan memang betul mereka juara kali keempat zon pedalaman. Tahniah cikgu Jaidi yang memang bersungguh melatih pesertanya. kalaulah ramai guru komitmen begini, saya yakin banyak acara kami boleh kuasai.

Di sini sedikit gambar 2 acara yang saya ceritakan.




Kumpulan Pantun bersama Cikgu Jaidi, Jurulatih yang gigih menunjukkan keyakinannya...






Tengok senyman Cikgu Jaidi dan peserta bakal juara.










Saja test....







Bersama cikgu Justin, orang kuat SMK Apin-Apin semasa Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat.

No comments:

Post a Comment