Monday, 30 September 2013

Tragedi II

Dalam hidup kita paling seronok ramai kawan baik. Tapi kadang-kadang orang anggap kawan pun boleh makan kawan juga. Paling susah jaga hati kawan. Paling tragis bila orang hilang percaya pada kita. Itu baru kawan...sakit kepala kita fikir.

Thursday, 18 July 2013

Pelan oh pelan...

Bila saya ke sekolah ni, terus ada perjumpaan pembinaan kontraktor pembinaan diwakili anaknya En. Suhaimi  dengan sub kon yang lain. Wakil JPN tiada, JKR pun tiada. Jadi semua catatan komplen kerosakan kununya akan diambil tindakan. Selepas 7 bulan, barulah kontraktor datang semula. Semua kerosakan terpaksa saya baiki berhempas pulas...janji baiki tinggal janji. Paip pecah sana-sini, pam air rosak, budak asrama angkat air dari tangki. Saya mau buang air pun susah. Nasib baik ada kawan tolong baiki dalam masa saya minta peruntukan JPN.

Bila kontraktor datang minta pengesahan siap kerja...mungkin nak ambil bon jaminan agaknya. Saya kemukakan janjinya dulu.Beliau keluarkan dokumen, sebenarnya tamat tempoh jaminan ialah oktober 2012. Jadi apa guna datang bulan disember 2012? Bila tanya kenapa dalam pelan ada itu ini, dia kata memang ada dalam pelan tapi dalam BQ (arahan bina) tiada peruntukannya. Hmm. saya bukan berada di sini sebelumnya, jadi bertekak pun tiada guna. Akhirnya saya minta buat janji bertulis akan baiki mozek dan bayar pembaikan paip, dia setuju.

Tadi dia datang lagi bawa kontraktor mozek, periksa mozek yang terkopak. Mudahan sempena bulan puasa dia tepati janjinya.


Thursday, 4 July 2013

Hari Lahir isteri saya

Alhamdulillah cuaca dah pulih dari jerebu, tapi hujan pulak asyik turun dengan iringan angin yang kuat. Minggu lepas sekampung bergelap suku malam kerana kabel eletrik ditimpa kayu getah tumbang. Semalam pun tumbang lagi.
 Mujur sempat sambut hari lahir isteri saya lepas maghrib. Anak saya Suhaila dapat izin dari asrama SMK Agama Keningau untuk sambut Hari Lahir ibunya, mujur kami kenal baik PK1 nya...Biasanya kami makan KFC saja, ada kek Cheese. Tahun ini saya hadiahkan Samsung Galaxy Tab 2 untuk isteri kesayangan saya.Saya harap sesuailah dengan tugasnya sebagai Timbalan PPD, selalu ambil gambar masa pantau sekolah.

Gambar di bawah nilah kerja isteri saya,...





Gambar ni pula kek kesukaannya...cheese



Ni pulak hadiahnya hehe
Kami semua doakan kebahagiaanmu.


Sunday, 30 June 2013

Jadi Perasmi Program UPSR?

Salam untuk semua,

29-30 sekolah anjur Program Kecemerlangan UPSR,PMR dan SPM dengan bantuan dana Yayasan Sabah.Komitmen guru nampak baik, walaupun saya sempat datang waktu malam hari pertama sebab baru balik dari Kota Kinabalu. Pagi tadi, majlis penutupan. Ibu bapa ramai juga hadir...tahniah kepada semua yang membantu.

Esok...?Zon 4 jemput saya rasmi program UPSR...! Kena bagi motivasi?

Cari idea dulu le... ya.

Oh ya, saya baru ingat password blog saya, jadi baru nak menulis baliklah....nanti kalau ada masa. Saya akan cerita lagi.Bye

Saturday, 10 November 2012

Diari iv...

Jumaat 9 november-mesyuarat akhir tahun...hari terakhir saya bersama-sama guru di sekolah ini.

Semalam jamuan kelab staf dan perpisahan. Bukan saya saja yang pindah, termasuk juga KPT Puan Jamilah Bidin yang naik pangkat N26 ke SMKA Tun Mustapa di Kinarut, Puan Suhaida akan balik Perak dan Puan Jurimah tukang sapu sekolah yang dapat kerja PAP di sebuah sekolah di Sepulot. Majlis kami di Dewan Salingkawang Pusat Kraftangan sekolah. Macam biasa hambar saja, entah saya pun tak faham kenapa staf sekolah saya kehilangan humor...tapi lepas ni saya akan tinggalkan semuanya dan harap jumpa staf yang bersemangat, riuh rendah, gila-gila macam saya tapi komited.

Saya hadir lewat jam 7 sebab hujan sepanjang jalan dari Tenom ke Keningau. Tiada siapa menyambut macam biasa datang duduklah pandai-pandai cari. Macam biasa PK saya bersama gengnya, tak berminat join kami di hadapan dengan YDP dan pengerusi kelab. Makanan ok juga. Saya kena buat persembahan khas...hmm, nyanyilah lagu Dato' Shake-Kau Bungaku', lagu Jamal -Ke Mana Kubawa Hati Yang Rindu' dan lagu Broery-'Pamit'. Macam biasa selesai makan acara penyampaian cenderamata dan cabutan bertuah diselangi lagu. Dan macam biasa juga sebahagian staf pulang...saya letih mengajar mereka protokol majlis, tapi begitu juga...mudahan pengetua baru mampu mengubah semangat mereka nanti...Sesi bergambar di akhir acara...


Monday, 5 November 2012

Diari III

Isnin Kelmarin SPM bermula, cuaca mendung dan hujan saja ni, apalagi masa ballik kerja, penuh air bertakung di jalan raya, angin pula sangat kuat. Minggu lepas maacam ni jugak...Mohon dijauhkan petaka dari Allah swt.

Kami buat LDP pertama kelmarin, iaitu ceramah dan bengkel I-Think yang disampaikan oleh Puan Jamilah Talib  (Timbalan PPD Keningau) dan Encik Abdul Hadi Wong (PK1 SMK Keningau II); keduanya Jurulatih I-Think Kebangsaan. Sungguhpun sekolah ini belum wajib melaksanakan I-Think tahun hadapan, tetapi saya mahu guru-guru saya menjadikannya kaedah P&P, sebab saya nampak ia menarik dan mudah dipraktikkan.Sesi akhir ialah pemurnian SPKS sebab saya dah buat taklimat pertengahan tahun manakala PK1 saya dahpun ditaklimatkan dan dibawa melawat sekolah-sekolah yang berjaya melaksanakan SPKS di daerah Tenom. Sebahagian guru mengawas SPM, ada juga melawat dan menghantar surat pendaftaran Tingkatan 1 ke sekolah aluran sekitar sini. Guru yang baik akan balik segera dan menghadiri kursus, tapi yang otak biul memang ghaib terus. Kedua penceramah sempat melawat bilik fail PBS dan teruja dengan susun atur bilik fail itu, tahniah Cikgu Doren. Bagi saya Cikgu Doren ada sentuhan emas....sebab mana mana bidang yang dipegangnya memang bergerak dengan cemerlang.

Saya tidak sempat bertemu pelajar SPM sebab kami tengah kursus. Harap mereka boleh menjawab dengan baik.

Seorang rakan pemeriksa sejarah menghantar SMS soalan ramalan, seperti berikut;

Tingkatan 4

i. Pendidikan di Athens dan Sparta
ii Hijran & Piagam Madinah, penyebaran Islam di Mekah
iii. Penyebaran Islam di Asia Tenggara
iv. Pengaruh Islam dalam ekonomi
v.  Zaman Gelap

Tingkatan 5

1. Gerakan Islah & Peranan Akbar dan Majalah/Novel
ii. Pakatan Murni & Suruhanjaya Reid & Penubuhan PTM 1957
iii. Pembentukan Malaysia
iv. Pilihanraya
v. Pendidikan, Bahasa, Budaya, Sukan
vi. Dasar luar
v. Perang Dunia I

Mudahan pelajar saya boleh menjawab dengan baik...

Wednesday, 31 October 2012

Diari II

Pagi ni mendung dan hujan, tapi ajk merentas desa bahagian lorong membuat bendera dan siap juga. Kerja yang bagus oleh cikgu Maisin Madi. Jam 9 ada jamuan perpisahan kelas 5 bestari kelas sejarah saya yang saya sedih nak tinggalkan murid-muridnya sebab mereka baik-baik dan rajin. Banyak makanan. Si Maylin cakap cina lagi, tahun depan saya kena belajarlah bahasa cina ni. sebelum makan mereka memulakan acara dengan pantun, potong kek, bergambar dan menyanyi lagu ciptaan mereka sendiri.Ok juga bunyinya, cuma pantunnya lain macam saja bunyinya tu. Kalau tidak salah ingatan saya si Critel dengan Syerine jadi juruacara tadi. Semua guru subjek diberi sekeping gambar klasik...