Isnin Kelmarin SPM bermula, cuaca mendung dan hujan saja ni, apalagi masa ballik kerja, penuh air bertakung di jalan raya, angin pula sangat kuat. Minggu lepas maacam ni jugak...Mohon dijauhkan petaka dari Allah swt.
Kami buat LDP pertama kelmarin, iaitu ceramah dan bengkel I-Think yang disampaikan oleh Puan Jamilah Talib (Timbalan PPD Keningau) dan Encik Abdul Hadi Wong (PK1 SMK Keningau II); keduanya Jurulatih I-Think Kebangsaan. Sungguhpun sekolah ini belum wajib melaksanakan I-Think tahun hadapan, tetapi saya mahu guru-guru saya menjadikannya kaedah P&P, sebab saya nampak ia menarik dan mudah dipraktikkan.Sesi akhir ialah pemurnian SPKS sebab saya dah buat taklimat pertengahan tahun manakala PK1 saya dahpun ditaklimatkan dan dibawa melawat sekolah-sekolah yang berjaya melaksanakan SPKS di daerah Tenom. Sebahagian guru mengawas SPM, ada juga melawat dan menghantar surat pendaftaran Tingkatan 1 ke sekolah aluran sekitar sini. Guru yang baik akan balik segera dan menghadiri kursus, tapi yang otak biul memang ghaib terus. Kedua penceramah sempat melawat bilik fail PBS dan teruja dengan susun atur bilik fail itu, tahniah Cikgu Doren. Bagi saya Cikgu Doren ada sentuhan emas....sebab mana mana bidang yang dipegangnya memang bergerak dengan cemerlang.
Saya tidak sempat bertemu pelajar SPM sebab kami tengah kursus. Harap mereka boleh menjawab dengan baik.
Seorang rakan pemeriksa sejarah menghantar SMS soalan ramalan, seperti berikut;
Tingkatan 4
i. Pendidikan di Athens dan Sparta
ii Hijran & Piagam Madinah, penyebaran Islam di Mekah
iii. Penyebaran Islam di Asia Tenggara
iv. Pengaruh Islam dalam ekonomi
v. Zaman Gelap
Tingkatan 5
1. Gerakan Islah & Peranan Akbar dan Majalah/Novel
ii. Pakatan Murni & Suruhanjaya Reid & Penubuhan PTM 1957
iii. Pembentukan Malaysia
iv. Pilihanraya
v. Pendidikan, Bahasa, Budaya, Sukan
vi. Dasar luar
v. Perang Dunia I
Mudahan pelajar saya boleh menjawab dengan baik...
No comments:
Post a Comment