Bila saya ke sekolah ni, terus ada perjumpaan pembinaan kontraktor pembinaan diwakili anaknya En. Suhaimi dengan sub kon yang lain. Wakil JPN tiada, JKR pun tiada. Jadi semua catatan komplen kerosakan kununya akan diambil tindakan. Selepas 7 bulan, barulah kontraktor datang semula. Semua kerosakan terpaksa saya baiki berhempas pulas...janji baiki tinggal janji. Paip pecah sana-sini, pam air rosak, budak asrama angkat air dari tangki. Saya mau buang air pun susah. Nasib baik ada kawan tolong baiki dalam masa saya minta peruntukan JPN.
Bila kontraktor datang minta pengesahan siap kerja...mungkin nak ambil bon jaminan agaknya. Saya kemukakan janjinya dulu.Beliau keluarkan dokumen, sebenarnya tamat tempoh jaminan ialah oktober 2012. Jadi apa guna datang bulan disember 2012? Bila tanya kenapa dalam pelan ada itu ini, dia kata memang ada dalam pelan tapi dalam BQ (arahan bina) tiada peruntukannya. Hmm. saya bukan berada di sini sebelumnya, jadi bertekak pun tiada guna. Akhirnya saya minta buat janji bertulis akan baiki mozek dan bayar pembaikan paip, dia setuju.
Tadi dia datang lagi bawa kontraktor mozek, periksa mozek yang terkopak. Mudahan sempena bulan puasa dia tepati janjinya.
No comments:
Post a Comment