Salam ketemu.
Lama tak update sebab line di rumah rosak sebelum raya. Sudah buat laporan di TM Keningau 2 kali belum pulih lagi. Entahlah dorang kerja macamana.
Tidak banyak kesempatan untuk bercerita sebab sibuk sedikit dengan aktiviti di sekolah. Minggu ini masih dengan program lepas PMR dan peperiksaan tingkatan 4. Isnin kami sibuk dengan persediaan pemantauan KPM untuk sistem SET, dan PBS akan datang 1 november. Saya tabik dengan semangat dan cara kerja Puan Doreen sebagai penyelaras PBS. Sebagai sekolah Mentor, saya risau akana mendapat lapaoraan negatif pemantau nanti, tapi bila nampak kerja keras beliau dan guru-guru tingkatan 1 melengkapkan dokumen, legalah sedikit. En. Borhan unit peperiksaan PPD Keningau turut membantu memberi semangat kepada kami dalam sesi perbincangan baru-baru ini. Saya berterima kasih juga kepada En. Dany PK HEM yang ringan hati membantu menyiapkan banting walaupun bukan skop kerja beliau sekarang. PK Petang saya En. Bahlie nampak tenang sahaja.
Saya menerima surat pertukaran saya hari Isnin petang, saya akan ditukarkan ke SMK Chinta Mata, sekolah baharu 2 tahun beroperasi, lebih kurang 2 km dari rumah saya. Saya tidak pasti perasaan saya gembira aatau tidak...jadi saya siapkan dulu kerja-kerja sekolah seperti biasa.
Pegawai SET KPM datang 30 oktober jam 2 petang, ada perbincangan panjang dengan guru-guru BI tingkatan 1 bersama PK Petang, jadi saya tinggalkan mereka. Mengikut laporan Timbalan PPD; sedikit kekurangan ialah tidak ada kumpulan pertengahan-yang ada ialah pelajar aras tinggi dan rendah. Sebab kelas kami ada 6, guru ada 3 saja, terpaksalah gabung. Kemudian pemantau dapati ada pelajar kes 3M: memanglah sebab ada separuh kelas tu slow learner, sepatutnya kami dah buka kelas integrasi tapi tidak ada bekalan guru khas yang dihantar sampai hujung tahun ini.
Kelmarin 31 Oktober, pelajar 5 progresif jemput ke jamuan akhir bersama Puan Laimah Guru kelas mereka. Guru lain hadir cuma Cikgu Elyna dan Cikgu Carol. Lepas tu ada mesyuarat Merentas Desa Zon Pedalaman jam 11.30, sebab kami tuan rumah. Kemudian sambung mesyuarat Pendaftaran Tingkatan 1-pendaftaran akan dibuat minggu depan 5-7 november. Kemudian sambung perbincangan persediaan pemantauan PBS. Lepas tu ada mesyuarat Koperasi, tapi saya cuma tumpang makan free sahaja he he, sebab saya kena balik Tenom; janji dengan pengetua sekolah baru akan dataang jam 3. Tapi saya lewat setengah jam, Pengetuanya tunggu juga. En. Jack bawa saya lawat bangunan sekolah itu. Besar juga-36 ekar ada asrama. Banyak yang perlu saya lakukan lagi nampaknya.Jam 5 baru saya balik ke rumah.
Sekian dulu ya.
No comments:
Post a Comment