Jumaat malam sabtu lepas saya dijemput hadir jamuan Hari Guru sebuah sekolah di Tenom yang diadakan di Hotel Juta Keningau, masa balik kira-kira jam 10 sampai dekat simpang kampung saya ramai mat motor kampung duduk di pondok bas...entah kenapa. Esoknya isteri saya hadir Majlis Hari Guru di Dewan Sri Antenom telefon ada anak jiran lemas dan mayatnya belum ditemui sejak 6.30 petang kelmarin. Saya pergi ke rumah jiran tu, sunyi je, mujur dia ada di rumah. Ada seorang wartawan di situ...Selepas bercakap sekejap saya pun pergilah ke sungai tempat kejadian. Ramai orang di situ, ada 1 kereta polis dan 1 kereta bomba. Di tengah sungai 5 anggota bomba sedang berusaha mencari, 2 sedang menyelam dengan ikatan tali. Beberapa orang rakan mangsa turut menyelam di bahagian lain..
Dsebabkan petang ujian adik ipar saya ada Ujian Komputer memandu, saya taklah dapat tunggu lama. Jam 4 kawan sekampung saya bagitau mayat mangsa dah ditemui. Inalillah...yang sedihnya tu, ini dah mangsa ketiga di tempat itu...macam-mcam pendapat orang kampung. Tapi yang pasti tempat tu dalam dan pokok kelapa sawit yang tumbang ke situ boleh jadi jerangkap. Boleh jadi ada buaya juga...dan ketiga-tiga kes hanya dapat diatasi dengan kepakaran bomoh 'membuat tawaran'. Wallahuallam.
Saya kenal baik dengan mangsa sebab pernah jadi tukang buat pagar rumah saya 6 tahun lepas bersama bapanya. Umur sekitar 22 kalau tak salah, nampak rock tapi hormat orang. Mudahan rohnya dirahmati illahi.
Kelihatan bot bomba di tengah sungai
Tebing tanah yang curam akibat hakisan
Orang-orang kampung yang turut menunggu
No comments:
Post a Comment