Tuesday, 15 November 2011

Minggu yang sibuk...?

Memang cuti sekolah menengah dah mula sebab exam spm...tapi ada seminggu bagi guru bertugas rasmi. Tugasan sekolah ialah

1. Pendaftaran bergerak ke sekolah-sekolah rendah sekitar Apin Apin. Dibuat mulai tahun ini bagi mengelak rungutan ibu bapa yang selalu terpaksa berasak di dewan sekolah ketika pendaftaran serentak. Begitu juga keluhan sesetengah ibu bapa yang terpaksa berjalan jauh khususnya dari Kg Pangas, Gasabon, Kepayan, Ranggom, Bundu dan lain-lain. Duit tambang dan makan anak-beranak masa mendaftar boleh guna untuk bayar beberapa yuran seperti peralatan dari koperasi macam tanda nama, lencana dll. Ada juga yang sukar datang kerana masalah kenderaan. Jadi, bila kami yang datang ringan sikit beban ibu bapa. Kelmarin (Isnin) pendaftaran di SK St James dan SK Apin-Apin dilaporkan lancar mungkin persediaan ibu bapa yang memang memahaminya, tapi hari ini saya sendiri meninjau ke SK Kepayan Baru...kehadiran ibu bapa agak lembap menyebabkan saya terpaksa balik ke sekolah dulu sebelum menunggu konvoi kami ke SK Pangas. Di SK Pangas bilangan mendaftar sepatutnya 10 orang, tapi yang datang tak cukup...tapi yang penting guru-guru pendaftaran nampak seronok sebab dapat mengembara...saya pun pertama kali lah ni sampai ke Pangas. Dengan menumpang Frontier cikgu Muslim...jaraknya 10 km, fuhh...gravel dan panjat bukit kecik...kalau musim hujan ...sukar jugak rasanya. yang penting arahan PPD Tuan Raisin agar saya lawati Feeder School dah tercapai he he...

to be continue...

Jumaat sudah, baru saya dapat sambung. Khamis kelmarin pendaftaran bergerak selesai di SK Bundu. Saya teringin nak pergi ke sana tapi tak sampai hajat sebab ada urusan jumpa PPD minta tandatangan Surat Jemputan Mesyuarat PPSMS yang akan diadakan selasa depan. Tapi Timbalan saja yang ada, bolehlah.

2. Hari Khamis tu ada dua acara saya, satu jemputan APC sekolah anak-anak dan jemputan ke program Khatam Quran peringkat Zon Pedalaman di Kota Ayangan...anak saya terpilih wakil ke sana...tapi fikir-fikir akhirnya saya ke sekolah sendiri sebab ada pembentangan Perancangan Strategik 2012-2016...Nilah kadang-kadang terpaksa pilih antara tugas dan keluarga...Lagipun jemputan ni pakai lisan saja, cuma kesianlah anak saya ...hmm, tapi bagi saya, kerana tugaslah saya boleh sara keluarga. Mujur isteri saya wakil ke APC anak-anak, kebetulan dialah YDP PIBG di sana. Bila pulang isteri saya bawa khabar baik, ketiga-tiga anak saya banyak sapu hadiah. Alhamdulillah...Moga Allah balas usaha saya dan isteri saya jaga anak orang, Allah jaga anak saya pulak...

Berita gembira juga...keputusan UPSR sekolah anak saya meningkat lebih 40%. Tahniah kepada GB nya En. Noordin Taip atas usaha meganya. Saya amat berharap tahun hadapan anak saya akan menduduki UPSR dan juga calon harapan sekolah boleh harumkan nama sekolah. InsyaAllah.

3. Jumaat  pagi tadi...saya jumpa Pengerusi PPSMS Keningau En. Jhony di SM St Francis. Hal mesyuarat Persidangan Pengetua 2012 lah, Lepas tu pergi cari kontraktor yang sanggup cat bilik darjah masa cuti walaupun bayang duitnya belum ada. Mujur orang tu sanggup tolong...Kemudian, sampai sekolah mesyuarat Akhir Tahun dah habis. Kelmarin saya dah mulakan, jadi disambung oleh PK Pk lain. Ada juga pembentangan dapatan Seminar Revolusi Pendidikan di Putrajaya Isnin lepas yang dihadiri oleh Pn Laimah. Saya dengar beliau berjaya sampaikan maksud seminar tu dengan baik. Tahniah. Kemudian pemilihan semula AJK Kelab Staf yang baru. Pengerusi baru ialah Cikgu Nicholas...semoga visi saya dapat dijalankan oleh AJK baru. Apa pun terima kasih banyak kepada AJK lama...

4. Petangnya PPD panggil mesyuarat jam 2.00 untuk terangkan Dasar MBMMBI, beliau terpaksa bagi walaupun masa terhad kerana selalu kena panggil mesyuarat luar daerah dan Kuala Lumpur. Lagi pula beliau akan bertukar ke SPS di JPN sebagai Ketua Sektor SPS. Dan khabar sah PPD baru ialah pengetua SMK Sook En. Masy Wahip, tahniahlah tuan. Lepas taklimat MBMMBI sambung taklimat agihan KWAPM, ada 96 penerima di sekolah...harap PK HEM dapat urus sekali dengan pengagihan RM100 tu pada hari Khamis, sebab Isnin baru dapat keluar surat kepada  ibu bapa, selasa saya ada mesyuarat, Rabu ada acara Persaraan Zon Pedalaman di Perkasa Hotel....hmm, macam saya penat sudah ni...

Salam...

No comments:

Post a Comment