Saturday, 10 November 2012

Diari iv...

Jumaat 9 november-mesyuarat akhir tahun...hari terakhir saya bersama-sama guru di sekolah ini.

Semalam jamuan kelab staf dan perpisahan. Bukan saya saja yang pindah, termasuk juga KPT Puan Jamilah Bidin yang naik pangkat N26 ke SMKA Tun Mustapa di Kinarut, Puan Suhaida akan balik Perak dan Puan Jurimah tukang sapu sekolah yang dapat kerja PAP di sebuah sekolah di Sepulot. Majlis kami di Dewan Salingkawang Pusat Kraftangan sekolah. Macam biasa hambar saja, entah saya pun tak faham kenapa staf sekolah saya kehilangan humor...tapi lepas ni saya akan tinggalkan semuanya dan harap jumpa staf yang bersemangat, riuh rendah, gila-gila macam saya tapi komited.

Saya hadir lewat jam 7 sebab hujan sepanjang jalan dari Tenom ke Keningau. Tiada siapa menyambut macam biasa datang duduklah pandai-pandai cari. Macam biasa PK saya bersama gengnya, tak berminat join kami di hadapan dengan YDP dan pengerusi kelab. Makanan ok juga. Saya kena buat persembahan khas...hmm, nyanyilah lagu Dato' Shake-Kau Bungaku', lagu Jamal -Ke Mana Kubawa Hati Yang Rindu' dan lagu Broery-'Pamit'. Macam biasa selesai makan acara penyampaian cenderamata dan cabutan bertuah diselangi lagu. Dan macam biasa juga sebahagian staf pulang...saya letih mengajar mereka protokol majlis, tapi begitu juga...mudahan pengetua baru mampu mengubah semangat mereka nanti...Sesi bergambar di akhir acara...


Monday, 5 November 2012

Diari III

Isnin Kelmarin SPM bermula, cuaca mendung dan hujan saja ni, apalagi masa ballik kerja, penuh air bertakung di jalan raya, angin pula sangat kuat. Minggu lepas maacam ni jugak...Mohon dijauhkan petaka dari Allah swt.

Kami buat LDP pertama kelmarin, iaitu ceramah dan bengkel I-Think yang disampaikan oleh Puan Jamilah Talib  (Timbalan PPD Keningau) dan Encik Abdul Hadi Wong (PK1 SMK Keningau II); keduanya Jurulatih I-Think Kebangsaan. Sungguhpun sekolah ini belum wajib melaksanakan I-Think tahun hadapan, tetapi saya mahu guru-guru saya menjadikannya kaedah P&P, sebab saya nampak ia menarik dan mudah dipraktikkan.Sesi akhir ialah pemurnian SPKS sebab saya dah buat taklimat pertengahan tahun manakala PK1 saya dahpun ditaklimatkan dan dibawa melawat sekolah-sekolah yang berjaya melaksanakan SPKS di daerah Tenom. Sebahagian guru mengawas SPM, ada juga melawat dan menghantar surat pendaftaran Tingkatan 1 ke sekolah aluran sekitar sini. Guru yang baik akan balik segera dan menghadiri kursus, tapi yang otak biul memang ghaib terus. Kedua penceramah sempat melawat bilik fail PBS dan teruja dengan susun atur bilik fail itu, tahniah Cikgu Doren. Bagi saya Cikgu Doren ada sentuhan emas....sebab mana mana bidang yang dipegangnya memang bergerak dengan cemerlang.

Saya tidak sempat bertemu pelajar SPM sebab kami tengah kursus. Harap mereka boleh menjawab dengan baik.

Seorang rakan pemeriksa sejarah menghantar SMS soalan ramalan, seperti berikut;

Tingkatan 4

i. Pendidikan di Athens dan Sparta
ii Hijran & Piagam Madinah, penyebaran Islam di Mekah
iii. Penyebaran Islam di Asia Tenggara
iv. Pengaruh Islam dalam ekonomi
v.  Zaman Gelap

Tingkatan 5

1. Gerakan Islah & Peranan Akbar dan Majalah/Novel
ii. Pakatan Murni & Suruhanjaya Reid & Penubuhan PTM 1957
iii. Pembentukan Malaysia
iv. Pilihanraya
v. Pendidikan, Bahasa, Budaya, Sukan
vi. Dasar luar
v. Perang Dunia I

Mudahan pelajar saya boleh menjawab dengan baik...