Wednesday, 27 June 2012

Hari Guru-sukaneka, jamuan dan...

Saya tak sempat bercerita...tapi ada sedikit gambarnya














Ini piala sumbangan saya untuk acara badminton

Tragedi...

Jumaat malam sabtu lepas saya dijemput hadir jamuan Hari Guru sebuah sekolah di Tenom yang diadakan di Hotel Juta Keningau, masa balik kira-kira jam 10 sampai dekat simpang kampung saya ramai mat motor kampung duduk di pondok bas...entah kenapa. Esoknya isteri saya hadir Majlis Hari Guru di Dewan Sri Antenom telefon ada anak jiran lemas dan mayatnya belum ditemui sejak 6.30 petang kelmarin. Saya pergi ke rumah jiran tu, sunyi je, mujur dia ada di rumah. Ada seorang wartawan di situ...Selepas bercakap sekejap saya pun pergilah ke sungai tempat kejadian. Ramai orang di situ, ada 1 kereta polis dan 1 kereta bomba. Di tengah sungai 5 anggota bomba sedang berusaha mencari, 2 sedang menyelam dengan ikatan tali. Beberapa orang rakan mangsa turut menyelam di bahagian lain..

Dsebabkan petang ujian adik ipar saya ada Ujian Komputer memandu, saya taklah dapat tunggu lama. Jam 4 kawan sekampung saya bagitau mayat mangsa dah ditemui. Inalillah...yang sedihnya tu, ini dah mangsa ketiga di tempat itu...macam-mcam pendapat orang kampung. Tapi yang pasti tempat tu dalam dan pokok kelapa sawit yang tumbang ke situ boleh jadi jerangkap. Boleh jadi ada buaya juga...dan ketiga-tiga kes hanya dapat diatasi dengan kepakaran bomoh 'membuat tawaran'. Wallahuallam.

Saya kenal baik dengan mangsa sebab pernah jadi tukang buat pagar rumah saya 6 tahun lepas bersama bapanya. Umur sekitar 22 kalau tak salah, nampak rock tapi hormat orang. Mudahan rohnya dirahmati illahi.


Kelihatan bot bomba di tengah sungai
 Tebing tanah yang curam akibat hakisan

 Orang-orang kampung yang turut menunggu


Sunday, 17 June 2012

Ekstra Act...



Memenuhi Undangan Jamuan Hari Guru SM St Anthony Tenom malam sabtu lepas

Sunday, 10 June 2012

Travel to UPM Bintulu 6-8 Jun

 Pengalaman yang kaw-kaw juga..

5 hb saya dah bertolak ke Kota Kinabalu pada sebelah petang kerana bimbang tergesa-gesa ke Airport KK, kami tinggal di apartment Cyber City 2. Isteri saya kebetulan tiada kuliah malam (kursus I Think di Sabah Oriental Hotel) ikutlah sama. Kebetulan adik saya ajak makan Seafood di Restoran Kg. Nelayan Taman Tun Fuad jam 8 malam tu, jadi meriah sikitlah.

Selepas hantar isteri ke tempat kursus, saya ambil teksi ke Airport jam 8 dah sampai terus tengok skrin Berlepas tertera Flight jam 10.50 Bintulu Cancel, alamak macam mana ni. Selepas menunggu semua penumpang diberi kupon makan di Macdonald, makan burgerlah kami jam 9.45 pagi. Jam 10 pergi kaunter di arah kami semua ke Hotel Gaya Centre untuk menginap sementara dan diberi makan tengahari. Jam 3 pengurusan hotel hubungi kami disuruh makan jam 5.30 dan ada bas ambil-kami ditumpangkan penerbangan ke Brunei jam 8.50 malam nanti. Akhirnya selepas menanti lama terbanglah kami ke Bandar Seri Begawan lebih kurang 1 jam 15 minit...cuaca kurang elok kapal goyang-goyang. Rupanya hujan di bandar tu, malangnya kami tak dibenarkan turun sebab kena tax airport nanti. Jadi menunggulah izin menara kawalan untuk ke Bintulu sebab kapal kami luar jadual sepatutnya. Sudahlah panas, lapar pulak. Jam 11.15 baru kami berlepas ke Bintulu, sampai sana dah jam 1.15 pagi. Teksi tinggal satu, mujur jaga kaunter tu masih ada dan dia tolong panggilkan teksi. Tambang RM52, sekali ganda sebab dah lepas jam 12.00. Semasa menunggu teksi tulah kami perasaan semua penumpang tu nak ke UPM...kah-kah-kah. Saya dengan anak sayaa dan anak buah sampai Hotel Kemena Plaza jam 2.00 pagi...punyalah penat dan badan bau busuk sudah.


 Ini masa di Aiport KK tengah hilangkan tension
 Ini di Airport Bintulu jam 1...pagi, sejuk dan sunyi.









Ini esoknya sampai di Dewan Seri Kenyalang, letak beg di luar Dewan.
 Ini masa pendaftaran


 
 Terkejut tengok Pengadang Asrama guna kem sahaja he he




Ini pemandangan dalam biliknya, dapat tilam dah expire...padan muka.
Saya terpana lihat asramanya kurang terurus, cat lusuh, sampah tak dikutip (cuti Gawai kononnya).

Semasa sesi mendaftar, AJK sangat baik dan mesra. Beg diuruskan mereka dihantar dengan DMax ke asrama, dan ada AJK juga tolong angkatkan. Kemudian makanlah di Kafeterianya, harga ok jugalah. Kemudian beli bantal, baldi dll keperluan di kedai KOOP yang agak kosong, mungkin dah habis kena beli agaknyalah. Lebih kurang jam 2 saya panggil teksi dan balik hotel. Petang tu saya pergi pasar malam cari yang spesial, tiada pun. Akhirnya beli nasi bungkus dan makan di bilik. Malam tu ada Ustaz kawan adik saya yang pernah kerja di Bintulu ambil bawa makan di Bandar Assyakirin. Esoknya pagi saya jalan-jalan ke Pasar cari spesial pun tidak ada. Akhirnya jam 10.30 Ustaz tu datang hantar ke Airport....