Sekadar ruang berkongsi cerita suka duka dengan kawan kawan, anak-anak dan sesiapa sahaja....Sebab pengalaman itu kadang-kadang menjadikan kita lebih bijak menempuh panorama hidup...
Sunday, 27 May 2012
Jauh Perjalanan...
Jumaat Lepas, dapat surat dari PPD kena pergi Dialog Nasional Kajian Dasar Pendidikan Negara di Grand Ballroom 1 Borneo, Kota Kinabalu. Terpaksalah lepas balik kerja terus ke KK bermalam di sana, takut tak sempat sampai awal pagi esoknya. Kebetulan isteri saya diarahkan PPD untuk pergi, jadi sekali jalanlah. Besar jugaa dewannya dan dihias cantik. Ramai juga pesertanya. Panel dialog mantan-mantan KPPM dan mantan Pengarah JPN. Banyak cadangan untuk penambahbaikan, tapi ada juga ambil peluang menyampaikan keluhan tentang perjawatan dan kenaikan pangkat. Masa yang terhad-hanya 12.30 tengah hari saja, maka cadangan lain terpaksa orang yang berhasrat meluahkannya di dalam laman sesawang. Bagus juga idea ni. Tapi tak pasti semua pandangan ni dibaca oang atas. Mudah-mudahan sajalah ada perubahan dalam sistem pendidikan kita yang sering berubah bila Menteri berubah...perubahan baik tapi perlu kajian..
Isnin pula dapat lagi arahan pergi ke Sandakan untuk wakil daerah ke Sambutan Hari Guru Negeri Sabah. Isteri saya pun diarah juga ke sana. Terpaksalah awal pagi selasa sebelum bertolak periksa kereta Persona saya, jadi kenalah juga ganti tayar kereta yaang nak botak tu...hm, yang penting selamat. Jam 10 baru selesai dan bertolak ke Sandakan...tiba sana dah jam 8 malam lebih, hotel yang kena tempahkan pun kami tak tau di mana. Mujurlah ada orang mesjid yang kami tanya tu baik hati, dia tolong pandu jalan. Cuma tak dapat ucap terima kasih sebab bila saya turun kereta nak ucap thank you, abang tu angkat tangan ja dan terus jalan. Tuhan saja yaang akan membalas budinya tu. Hotelnya nama Esplanade di Bandar Indah, bilik baru dan bersih walau pun hotel bajet. Nasib baik ada restoren di bawahnya, jadi lepas makan kami tidurlah...penat memandu.
Esoknya kami ke tempat acara Forum...jauh juga. Kami agak-agaknya saja tempat tu dengan tengok papan tanda yang tak bagitau jaraknya. Hanya anak panah saja menunjuk tempat. Kami sampai awal kira-kira jam 7 sebab nak cari sarapan. Nasib baik ada kantin...Ada 2 acara; pertama ceramah tentang kepimpinan dan keguruan oleh Mantan KPPM, Tan sri Alimudin-kedua forum. Masa rehat jam 10 tu jamuannya kurang kemas. Adakah diberikan mee goreng dalam tapau polisterine dan kuih dalam plastik macam budak sekolah.
Seumur hidup saya menghadiri acara di Keningau, semua peserta makan mee dan kuih dalam pinggan.
Forumnya bagus terutama Dr. Jefry Din dari IPG Tawau. Beliau kelulusan Timur Tengah, banyak analogi yang menarik tentang peranan guru yang patut direnungi. Pengerusi panel pun mantap, Tn. Hj Khairul pengetua SMK Gum-Gum sebaab petah bermain bahasa dan pantun. Cuma tak bestnya bila jam tamat tidak disediakan jamuan...aduh, laparnya.
Kami cubalah ke Bandar Sandakan cari restoran, 2 kali ronda tak jumpa parking. Akhirnya balik ke bandar Indah dan makan di situ...Petang tu kami tidur jalah, nak meronda pun tak ada yang menarik. Malamnya ada Jamuan Hari Guru di Sabah Hotel. Nasib baik saya pernah berkursus di sana tahun lepas, jadi senanglah cari tempat tu. Acara macam biasalah-nyanyi karaoke, tarian dan ucapan kemudian penyampaian beberapa anugerah untuk guru.
Pagi 24 tu kami dengan rombongan Tenom makan sekali di restoran Hikmah sebelah hotel menginap. Kemudian kami ikut merekaa dari belakang cari Dewan Sri Libaran sebab cikgu Ramdan ada GPS. Jauh juga rupanya, tersorok pulak. Sepatutnya kelmarin masa forum pelan ke tempat ni diberikan kepada peserta. Boleh tahan dewannya baru dan ada hawa dingin. Perasminya Ketua Menteri.
Tuesday, 15 May 2012
Hari Guru 16 Mei di sekolah
Sempena Hari Guru 16 Mei yang diarahkan Kementerian agar disambut serentak...Sempat jugalah PK HEM bersama UBK Puan Aimah menyediakan aktiviti. Dimulakan dengan ucapan Cikgu Danny selaku PK HEM kemudian ucapan dari pelajar-pelajar. Saya tertarik dengan cerita cikgu Danny tentang peranan ibu bapa dan pendidik merupakan tugas berat yang berkesinambungan.. Ucapan saya ringkas tentang bagaimana kejayaan seorang guru itu boleh dilihat apabila melihat ramai anak muridnya lebih berjaya daripadanya.
Selepas itu pelajar 5 Bestari mempersembahkan Koirnya dan sajak mereka. Lagi lagi si Alfon, Maylyn dan Syerina. Cikgu Hamid dan Cikgu Danny pun baca puisi..Kemudian upacara potong kek sumbangan bekas-bekas pelajar Apin Apin. Rupanya ramai juga yang berkhidmat di sini, antaranya Pn. Maidah Usuk, En. Linus, En. Frankie, En. Judeh, En. Francis, Pasangan Nicholas dan Rosebiah yang bercinta masa sekolah hingga sekarang..dan lain-lain dan Cik Deavie merupakan bekas pelajar paling muda menjadi guru.
Selepas rehat hanya ucapan perutusan KKPM yang di sampaikan PK1 En. Hamid. Sempat ambil beberapa gambar...

Monday, 14 May 2012
Sibuk kununlah ni...
Sabtu baru-baru ni ada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 diikuti Mesyuarat agung PIBG. Dirasmikan oleh seorang mantan pelajar SMK Apin-Apin bernama En. Severinus Tukah dari kg. Riting. Sekarang PTD gred 52 sebagai Timbalan pengarah (Pengurusan) Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Majlis kali ini dalam suasana cool, sederhana mungkin bukan hari persekolahan dan yang hadir pun penerima APC saja untuk lepasan SPM, tingkatan 1,2, PMR dan 4 tahun lepas. Majlis ini diurus oleh PK HEM En Danny Sulimin, dan mungkin kerja besar pertama sejak dilantik Jabatan Pelajaran sebagai HEM. Sebelum ni beliau PK Petang.
Perasmi bercerita tentang zaman belajarnya sewaktu sekolah yang serba kekurangan. Kena menoreh waktu pagi dan petang baharu ke sekolah yang ketika itu menumpang SK Apin-Apin. Kebanyakan pegawai yang sezaman itu termasuk saya memang menghadapi cabaran hidup antara tuntutan pendapatan, miskin dan hasrat ingin belajar. Ia mengingatkan saya semasa sekolah tingkatan 1-2 yang menumpang SK Pekan Tenom, saya pun menoreh waktu pagi. Paling saya tak suka bila hari menjual getah sebab saya kena tolong angkat gulungan getah ke jalan raya untuk memudahkan treler land rover angkut sebab tidak ada jalan masuk ke rumah masa tu. Kemudian turunkan getah pula di Kedai atau di pondok Lembaga Tabung Getah (Sekarang LIGS). Punyalaha bau tangan dan badan. Mana ada tempat mandi. Saya tukar baju di Kedai atau di belakang pondok LTG dan terus ke sekolah...Zaman itu mana ada kawan perli bau busuk, sebab semua pun lebih kurang saja.
Balik cerita, APC di selangi Cabutan bertuah 15 hamper diusahakan Cikgu Danny cari penajanya. Kemudian pelajar tingkatan 5 Bestari koir Biarku menjadi Lilin...bagi saya persembahannya kurang mantap.Mungkin segi pakaian dan suara serta kurang latihan. Drama Inggeris 'Karma' sebagai penutup acara juga lambat masuk pentas sedangkan sudah jam 1 tengahari. Macamanapun tahniah atas usaha Ketua Panitia BI cuba menampilkan drama tersebut yang menang tempat ketiga drama BI peringkat daerah Keningau.
Jam 2, lepas makan dan rehat sekejap AGM PIBG mula, yang tinggal tidak sampai 50 orang termasuk guru dan ibu bapa. 12 guru saya memang dah hadir program Bicara Pendidik di Ken Hwa. Yang tinggal ni yang komitmen saja...yang lain dah balik. Agaknya mereka terlupa mereka ahli PIBG atau lupa mereka guru sekolah ini...he he.
Balik rumah sampai dah jam 4, nasib baik ada anak sepupu saya 2 orang dan 2 rakan guru isteri saya dan serorang jiran dan 2 anak jiran bantu persiapan kenduri saya malam ni. Menu kenduri tambah sikit ada sate dan kuih lapis sarawak. Kenduri kesyukuran khusus untuk meraikan kenaikan pangkat isteri saya ke gred 48 dan bertukar jadi Timbalan PPD Keningau. Saya pula naik gred 52. Anak kami yang perempuan tu masuk diploma Veteriner 7 jun ni lapor diri...Syukurlah Allah memurahkan rezki kami. Cuma separuh jemputan sahaja yang dapat hadir sebab ada lagi satu kenduri sambut baby malam itu...
Isnin kelmarin jam 4 pagi saya bertolak dari rumah ke SJK Lok Yuk Likas untuk taklimat pengarah JPN Sabah dan penyerahan surat naik pangkat. Solat subuh terpaksa di surau jalan kimanis yang tandasnya kotor...pelik saya surau-surau di Sabah ni. bangunannya selalu cantik, tapi tandasnya tidak dijaga. memalukan imej Islam, sedangkan Islam menganggap kebersihan sebahagian daripada ciri iman. Jalan sesak mulai dari papar dan hujan pula turun. Masalah lagi pengawal keselamatan sekolah tak benarkan masuk, kena letak kereta di luar. Mahu tak mahu terpaksa meredah hujan renyai untuk ke dewan taklimat. Penuh dewan agak-agak ada 500 lebih penerima termasuk semua PK.
Jam 2 tamat dan saya singgah KK beli cenderamata pesanan isteri untuk guru-gurunya yang bakal ditinggalkan....

Tuesday, 8 May 2012
Ceramah...Nak Jadi Dokter?
Kelmarin tengahari saya meminta seorang consultant yang mengaturkan kemasukan pelajar ke bidang perubatan bernama Mr. Kano dari MGM Enterprise, websitenya www.ksmu.com.my bagi talk show kepada pelajar sains tingkatan 5 dan 4 bagi memberi pencerahan haluan kerjaya mereka. Saya kasihan melihat pelajar aliran sains saban tahun cuma menunggu peluang masuk ke tingkatan 6 walhal mereka diberi jurusan kemanusiaan di situ. Jadi apa guna belajar 2 tahun aliran sains. Berapa kerat yang dapat matrikulasi? Sepatutnya mereka boleh meneruskan pelajaran dalam jurusan perubatan yang amat luas bidangnya seperti kedokteran umum, pergigian, farmasi, physioteraphy, speech teraphy, audiologi, sonography, piloting, engineering dll.
Pagi Rabu ni alhamdulillah, Mr Kaino dapat menerangkan peluang-peluang dalam bidang tersebut di dalam negara dan luar negara, kelayakan masuk dan biasiswa yang boleh diperolehi.
Antara universiti luar negara yang dinyatakan ialah
1. Kurk State Medical University, Russia -perubatan
2. Penang International Dental College (India Penang)-pergigian
3. Vinayaaka Mission University, India - Perubatan & surgeri
4. Meenakshi University, India - Dental Sugery / Physoterapy
5. Saveetha University, India - Dental Surgery
6. Universiti Sumatera Utara, Indonesia - Perubatan
7. Vision College, Malaysia - Medical Imaging / Utrasonography
8.Manipal Inter. University, Malaysia - Semua Ijazah Engineering (civil, Chemical,Computer, Electtrical, Electronic, Mechanical)
9. OMNI Aviation Corp. Philippine - Piloting
10. SEGI University, Malaysia -Perubatan, Pergigian, Phamarcy, Optometry, Undang-Undang
11. MSU Malaysia -Perubatan, Farmasi, Optometry dan Forensic, Speech Therapy, Audiology dll.
Anak-anak yang berminat mesti mempunyai kelulusan sekurang-kurang B dalam BM, Add Mate, Kimia, Fizik, Bio. Mereka kena masuk kursus persediaan Perubatan lebih kurang 9 bulan sebelum boleh melangkah ke universiti tersenarai.
Mudahan dengan info begini adalah nampak peluang anak-anak lepasan SPM aliran sains....Moga ini dapat membantu mereka...

Monday, 7 May 2012
Terharu...anak-anak SPM 2011 melangkah setapak lagi, Tahniah
Minggu ini merupakan detik gembira bagi anak-anak lepasan
SPM 2011 kerana mendapat keputusan menyambung pelajaran ke Tingkatan 6, Kolej,
Matrikulasi, Asasi Sains dan sebagainya. Anak perempuan saya juga mendapat 2
tawaran belajar, satu di Matrikulasi Labuan jurusan sains dan satu lagi Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) di Politeknik Sultan abdul Aziz Shah
Selangor. Kami bagi dia buat pilihan sendiri dan dia memilih matrikulasi sebab
ingin mencapai cita-cita untuk menjadi seorang dokter pertama dari kampung saya…Kami
berdoa tercapailah cita-citanya itu, tapi kami bagitau untuk masuk jurusan
kedokteran Universiti tempatan perlu kumpul PNGK 3.6 ke atas. Jika PNGK 3.4 - 3.0
terpaksa belajar di luar negara…
Mulai kelmarin berduyun-duyun pelajar SPM tahun lepas urus
dokumen untuk sambung belajar. Saya senaraikan nama mereka sebagai motivasi
anak-anak SPM 2012;
5 Bestari
1.
Fardy –
2. Shanan – SM Ken Hwa/ Dip. Pengurusan Pelancongan uitm
3. Azilyn – SMK Bingkor
4. Edna – SMK Bingkor
5. Jasrul – Matrikulasi Labuan/ Asasi Sains UMS
6. Jessylyana – Diploma IT di Politeknik Ungku Umar
7. Faizal – SMK Bingkor
8. Velaria – SMK Bingkor
9. J A Nelyana – SMK Bingkor
10. Emily – SMK Bingkor

5 Intelek
1. Johnston – SMK Bingkor
2. Weldina – SMK Bingkor
3. Deona – SMK Bingkor
1. Johnston – SMK Bingkor
2. Weldina – SMK Bingkor
3. Deona – SMK Bingkor
5 Dedikasi
1. Colvin – SMK Bingkor
2. Mayrine – SMK Bingkor
3. Scholastica David – SMK Bingkor
4. Helorina – SMK Bingkor
5. Suzana - SMK Bingkor
1. Colvin – SMK Bingkor
2. Mayrine – SMK Bingkor
3. Scholastica David – SMK Bingkor
4. Helorina – SMK Bingkor
5. Suzana - SMK Bingkor
5 Progresif
1.Vednika – SMK Bingkor
2. Levinda – SMK Bingkor
3. Mohd Azmeer – SMK Bingkor
4. Velerie - SMK Bingkor
2. Levinda – SMK Bingkor
3. Mohd Azmeer – SMK Bingkor
4. Velerie - SMK Bingkor
Ada juga mendapat pekerjaan iaitu Norfarah Hasmeh Peni
sebagai Pegawai Imegresen. Senarai di atas merupakan catatn yang sempat saya
buat. Mengikut pelajar semua pelajar 5 Bestari dapat menyambung pelajaran.
Tahniah, teruskan misi anda.
Thursday, 3 May 2012
Terkini 1
Lama tak update blog ni. Sebab pertama saya lupa paswordnya he he, kedua sibuk urus persidangan pengetua. Ketiga saya demam.
Subscribe to:
Posts (Atom)