Ada kawan-kawan yang pernah membaca beberapa puisi saya bertanya, mengapa sajak yang saya tulis macam cerita biasa...? Susah juga mau jawab. Bagi saya itu trend masing-masing. Mula-mula saya minat menulis puisi semasa tingkatan empat kerana saya suka membeli majalah aktual terbitan Adabi. Majalah ini tentang akademik SPM zaman 80an. Di dalamnya ada ruangan cerpen dan puisi. Kebetulan saya belajar subjek Sastera Melayu. tapi walaupun saya suka menulis puisi, saya tidak pandai menafsir puisi. Malah keputusan SPM saya bagi subjek ni cukup makan sahaja. Bila saya masuk tingkatan 6 sekali lagi ambil subjek ini...tapi minat saya pada kehidupan dalam puisi timbul bila membaca sajak-sajak Indonesia yang tajam macam WS Rendra dan Chairil Anwar. Penyair Malaysia yang saya minat ketika itu A Samad Said dan Zahari Hasib. Tapi yang banyak mempengaruhi cara saya menulis ialah Zurinah Hassan dan Zahari Hasib, sebab mudah difahami. Masa di kampus saya cuba eksperimen sajak abstrak dan sinis untuk kepuasan sahaja. Tapi bukan orang faham pun.
Saya ada juga hantar ke akhbar ketika itu Bacaria popular di pasaran. Ada beberapa yang saya potong dan simpan, tapi entah ke mana tidak ditemui sejak pindah-pindah rumah. Pernah juga hantar ke Radio rancangan Senandung Malam masa di kampus dulu...Bila jadi guru minat saya kurang, cuma kadang-kadang muncul bila pelajar sekolah menyertai pertandingan puisi anti dadah dan puisi sains. Puisi terakhir saya masa guru biasa berjudul 'Ego' dicetak persatuan sastera tingkatan 6 di bahagian belakang. Bila saya jadi pengetua, minat saya kembali menulis sebab ia merupakan cara saya menghilangkan penat berfikir, keresahan dan sakit hati.
Sebab itu saya suka menulis cara biasa...macam Zahari Hasib dan Zurinah Hassan, simple dan orang faham. Tapi kalau tidak faham...biasalah tu, macam saya dulu juga he he he
No comments:
Post a Comment