Bukan sekali kejadian talian down, putus dan slow macam nak mampos...bila buat aduan gitu-gitu apek jugak. Ahad lepas jiran saya potong pokok rambutan dan terkena talian telefon saya lalu putus. Isteri saya buat aduan secara talian dan dijanjilah akan pulih 24 jam. Taik kucinglah...Jumaat isteri saya mengadu lagi di Telekom Tenom, konon akan diambil tindakan. Isnin kelmarin isteri saya buat laporan lagi...dan petang tadi bila saya balik baru ada tindakan menyambung semula. Yang sakit hati tidak pernah rebet bayaran saya dapat...
Kalau anda lihat talian telefonlah yang paling terbiar ditumbuhi rumpai kadang sampai tak nampak langsung. Kalau talian jatuh berjuntaian, tiada siapa kisah. Saya hairan...apa sangatlah kos bersihkan benda tu. Jagalah imej sikit. Ni kalau orang negara luar nampak, malulah kita.
Baik masa kerajaan ke, swasta ke serupa saja kalau orang yang duduk dalam tu sama perangai. Ni bukan komen tak membina tapi luahan saja. Dengarlah keluhan pengguna yang bayar tapi khidmat tak berbaloi...berdosa makan gaji tu...
No comments:
Post a Comment