Sejak pertengahan Ogos 2006 hinggalah hari ini rutin saya berada di jalan raya sebelum subuh atau selepas subuh. Semasa bertugas di Tambunan, terpaksa solat subuh di Petronas Tambunan kerana jam 4.30 sudah memandu ke tempat kerja dalam jarak 2 jam perjalanan. Kadang tu mengantuk lagi terutama kalau ada hal di kampung, contohnya jiran meninggal dan tak sempat dikebumikan. Kenalah juga ikut berjaga sambil baca yasin ramai-ramai. Pernah sekali waktu berlaku kematian bulan puasa, 7 hari lepas solat terawih kami baca yasin ke rumah orang dan jam 12 baru sampai dan esoknya jam 4 dah bangun. Padahal jam 5 atau 6 petang baru sampai rumah. Kalau ada mesyuarat lagi kadang buka puasa dengan air mineral dalam kereta...Tuhan saja yang tahu penat dan letihnya masa tu, kadang kalau dah mengantuk terpaksa tidur sekejap di tengah jalan...di Majora Farm pernah saya terlelap dan mimpi kereta berjalan sendiri. Nasib baik tiada manusia jahat kat situ...Gaji masa tu baru 3 lebih sebab DG44, elaun beza RM30 saja dengan Penolong Kanan. Habis duit bayar minyak sehari RM50...bila dapat tukar ke Keningau...mau 2 tahun saya bayar hutang kad kredit gara-gara minyak petrol. Belum masuk servis kereta dan ganti brek. Ada 2 kali kes hampir trajedi subuh hari. sekali tu tengah ekori Van mee...tiba-tiba Ford yang depan Van tu berhenti mengejut ke tepi jalan ambil kawan agaknya....van tu pun brek mengejut sampai melintang...saya apalagi ikut samalah melintang...mujur tak terbalik. Ada sekali balik hujan waktu petang, kereta saya hampir terbabas ke longkang...
Bila bertugas di Keningau, dapatlah lewat sikit bertolak...jam 5.30 lebih kurang. Jalan pula masih satu lorong dan sesak. Kemudian dipindahkan pula ke Apin-Apin...balik lagi bertolak awal pagi sebab jalan sesak. Mujurlah sekarang ni dah dua lorong, boleh santai sikit. Cuma yang tak tahan kalau banyak lori balak pagi buta tu, aduhh...tension betul. Pernah sampai 8 lori di hadapan, macam mana nak potong naik bukit pulak tu. Musim kabus lagilah naya, dahlah sejuk...jalan tak nampak pulak. Kena musim tak sihat, menggigil sepanjang jalanlah. Ada satu fenomena pelajar yang agak berbeza. Saya selalu nampak sekumpulan pelajar di simpang Kg pamilan menunggu bas ke Tenom dalam keadaan gelap lagi...juga bas-bas kuning sekolah Cina ke Keningau awal pagi lagi sampai saya hafal nombornya. Tapi saya tida nampak pelajar Keningau tunggu bas awal pagi. Malah di sekolah saya ada beberapa kerat sahaja pelajar sampai bila saya tiba lebih kurang 6.30 atau 6.45...Kesimpulan awal saya ialah, ibu bapa dan pemandu memang tak bangun dan tak berkorban atau tak membiasakan anak-anak datang awal ke sekolah. Lain pulak masa saya baru kahwin, cuti PMR di rumah isteri saya di Balung. Jam 4.30 bas trip pertama angkut pelajar ke bandar, trip kedua jam 5.30 pagi. Majoriti mereka tu bukan bumiputera...dan saya lihat jarang anak-anak bangsa bugis tu melepak waktu petang macam orang Melayu kita...
Di Tenom pulak ada 2 sekolah cina...bila balik sekolah tak nampak pulak yang merayau. Yang ada pun yang main bola keranjang atau balik main badminton. Saya suka perhatikan mereka duduk minum sembang tidak macam gaya anak bumiputera...yang gelak semacam...bertepuk tampar lelaki perempuan. Mereka releks sahaja, minum dan pulang...Mungkin anak-anak orang kita ni lupa mereka sangka mereka dah pandai, dah kaya, ada banyak tanah dll...Dan mereka suka jadi pembeli sampai keturunan seterusnya, atau suka jadi kuli saja, sebab istilah taukeh tu mungkin untuk orang cina sahaja...Kalau sampai kiamatpun agaknya orang kita tak akan berubah....Kan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda..."Berkerjalah kamu seolah-olah kamu kan hidup selamanya, dan beribadatlah kamu seolah kan mati esok hari..." Tapi,....entahlah....saya nak komen panjang pun...saya bukan boleh ubah pemikiran orang....sekadar meluahkan keprihatinan sajalah ni...
Balik cerita....di sekolah saya ada beberapa orang rajin datang awal macam cikgu Nari, Nur Shahida, Justin dan Julius. Ada 3 lelaki juga datang awal tapi rasanya pasal terpaksa hantar anak ke sekolah yang sama, kemudian terus minum di kantin...kalau ke kelas macam bawa batu...Saya hairan orang-orang macam ni tak bersarapan ka di rumah? Sebab kalau bapa sarapan di kantin, anaknya macamana pulak, tak sarapanlah agaknya sampai rehat. Malah adakalanya masa perhimpunan pun mereka masih minum....tak ada rasa segan ka dengan anak-anak didik yang beratur di dewan nampak mereka ni...Dah ditegur tak berubah....markah jangan marahlah ya...hehe he. Aapaun harap ada keajaibanlah...atau tunggu bangsa lain jadi pentadbir di sini...mungkin masa tu boleh berubah agaknya...Sebab yang saya perhati bila bangsa lain jadi bos, boleh pulak orang ikut walhal...apalah bezanya jawatan sama juga. Jangan hairan kalau kebanyakan yang dapat naik bangsa mereka. Cubalah mereka tolong saya...?
No comments:
Post a Comment