Sunday, 15 January 2012

Semua macam tak jadi...?

Salam semua,

Baru kelmarin malam streamyx saya berfungsi walaupun berkelip-kelip, tapi bolehlah saya baca berita berita terkini dan update blog saya ni.
Sekarang ni dah masuk bulan kedua projek sambung rumah, tapi sejak november tu pekerja yang saya ambil pinjam kawan dari keningau...2 minggu sahaja kerja kemudian cuti krismas. Tapi masa cuti tu lah saya sempat teliti hasil kerja mereka...teruk..dan keputusannya saya tamatkan khidmat mereka dengan gaji RM4500.00. Rugi...tapi biar rugi sedikit daripada tak memuaskan hati. Kemudian ambil kawan sekampung, pun 2 hari saja pekerjanya datang korek lubang 2 hari dapat satu setengah lubang tiang...bila saya tanya bosnya, pekerjanya sakit...Aduii, apahal pulak ni.

Harap tak adalah pegawai kesihatan datang periksa jentik-jentik, kalau ada habislah. Sebab air bertakung akibat parit tertutup oleh sambungan rumah. Yang sakit hati lagi anak perempuan saya dan pembantu rumah terpijak paku...hmm, nasiblah tak teruk lukanya dan tak melarat sakitnya.

No comments:

Post a Comment