Friday, 27 January 2012

Cuti yang kurang menyenangkan...

Nasib baik saya sedia ambil cuti sebelum sekolah dibenarkan bercuti sempena Tahun Baru Cina...sebab sejak rabu lepas saya tiba-tiba demam malam selapas pulang kerja hari rabu tu...entah kenapa. Cuma lepas belikan barangan Avon untuk orang rumah, hujan lebat. Tak nak menunggu saya berlari ke kereta dalam hujan, entah apa jadi rupanya tempat parking tu ada lubang yang ditenggelami air hitam lumpur, dan kaki saya termasuk dalam tu...abislah kasut saya. Bayangkan dah pun basah kena hujan, kaki pula masuk air longkang...gerenti kuman banyak agaknya. Sepanjang satu jam pulang ke rumah tu agaknyalah kuman masuk badan...malam tu badan panas dan terus menggigil. Dan esoknya terpaksa cuti sakit, malang sungguh Kerani telepon ada pegawai KPM bahagian pembangunan datang jumaat pasal nak bina bangunan tambahan. Mahu tak mahu terpaksa saya kuatkan diri juga ke sekolah...Aduhh...yang pedihnya saya terpaksa tolak cadangan bangunan tu sebab...cuma 6 bilik darjah blok kilat siap 3 bulan...sedangkan sekolah dah semakin megah dengan blok konkrit baru 3 tahun lepas...Cuma saya harap ada gantinya nanti yang konkrit.

Sabtunya saya bersama isteri dan 3 anak saya ke Kota Kinabalu sebab nak bayar wang penyelanggaraan rumah di Cyber City...sampai sana rupanya pejabat tutup mulai hari tu sampai Rabu sempena GongxiFaChai...adui sia-sia lagi...Tapi sempat jugalah kitorang membeli set perabot bilik tidur dan peti ais kecil di Chan Furniture, Lokawi...Baru lega sikit dapat tidur tilam baru...Ahadnya dapat juga melawat tamu Jalan Gaya, akhirnya ditemukan dengan sebiji kuali Jepun anti lekat yang besar juga. Jadi tak payahlah saya beli kuali teflon yang mahal tu hehe. Kemudian pergi pasar ikan, beli ikan dan udang segar...merasalah akhirnya makan ikan dan udang segar, sebab di Tenom susah mahu dapat yang segar.Pagi esoknya 2 anak saya muntah-muntah dan pening, jadi kami tak pergi mana-mana.

Malam tu adik saya jemput kenduri di Bandar Sieera, jam 8 baru ustaz datang...lewatlah kendurinya. Kemudian jam 10 mulai acara rawatan alternatif....saya giliran kedua....hmm, mengikut ustaz tu, makhluk halus yang dah dihalau dari belakang rumah saya tu balik ganggu dan ikut saya pulak...dia suruh kurung dalam botol dan tanam, mana saya berani. Jadi adik cadang pancung saja...wallahuAklam.Jam 12 baru saya sampai rumah, harap benda tu betul-betul dah disembelihlah.

Isnin kami pergi Karamunsing cari printer untuk kegunaan isteri saya di pejabatnya...disebabkan berat printer saya duduk sajalah di tangga tunggu dorang cari barang lain. Kononnya pembelian RM100 boleh masuk cabutan bertuah berhadiah RM25,000.00. Best jugak tu, tapi adakah senang-senang orang nak bagi kita duit banyak gitu. Entahlah, tak faham saya...?

Selasa kami pergi 1Borneo, saja sebab anak-anak nak pergi sana. Dapat juga tengok tarian singa depan !Borneo sekejap. Kemudian pergi Parkson, Giant, makan KFC dan balik...penat dan tidur...

Rabu pagi baru kami dapat balik sebab cuaca tak elok...takut jalan kimanis licin. Petangnya anak-anak ada sekolah agama. Sampai rumah terasa sangat letih demam tak juga kurang, cuma bila jalan-jalan beberapa hari tu berpeluh sikit...Hari ni dah jumaat, tak sembuh lagi, tambah batuk pulak...macamana ni Isnin dah nak kerja...?
 Bestnya...?
 Serupaka?

 Apalah apek ni...tak spoting betul.


 He he...wife saya yang suruh buat gini...he he
 Di Cyber City

No comments:

Post a Comment