Saturday, 10 November 2012

Diari iv...

Jumaat 9 november-mesyuarat akhir tahun...hari terakhir saya bersama-sama guru di sekolah ini.

Semalam jamuan kelab staf dan perpisahan. Bukan saya saja yang pindah, termasuk juga KPT Puan Jamilah Bidin yang naik pangkat N26 ke SMKA Tun Mustapa di Kinarut, Puan Suhaida akan balik Perak dan Puan Jurimah tukang sapu sekolah yang dapat kerja PAP di sebuah sekolah di Sepulot. Majlis kami di Dewan Salingkawang Pusat Kraftangan sekolah. Macam biasa hambar saja, entah saya pun tak faham kenapa staf sekolah saya kehilangan humor...tapi lepas ni saya akan tinggalkan semuanya dan harap jumpa staf yang bersemangat, riuh rendah, gila-gila macam saya tapi komited.

Saya hadir lewat jam 7 sebab hujan sepanjang jalan dari Tenom ke Keningau. Tiada siapa menyambut macam biasa datang duduklah pandai-pandai cari. Macam biasa PK saya bersama gengnya, tak berminat join kami di hadapan dengan YDP dan pengerusi kelab. Makanan ok juga. Saya kena buat persembahan khas...hmm, nyanyilah lagu Dato' Shake-Kau Bungaku', lagu Jamal -Ke Mana Kubawa Hati Yang Rindu' dan lagu Broery-'Pamit'. Macam biasa selesai makan acara penyampaian cenderamata dan cabutan bertuah diselangi lagu. Dan macam biasa juga sebahagian staf pulang...saya letih mengajar mereka protokol majlis, tapi begitu juga...mudahan pengetua baru mampu mengubah semangat mereka nanti...Sesi bergambar di akhir acara...


Monday, 5 November 2012

Diari III

Isnin Kelmarin SPM bermula, cuaca mendung dan hujan saja ni, apalagi masa ballik kerja, penuh air bertakung di jalan raya, angin pula sangat kuat. Minggu lepas maacam ni jugak...Mohon dijauhkan petaka dari Allah swt.

Kami buat LDP pertama kelmarin, iaitu ceramah dan bengkel I-Think yang disampaikan oleh Puan Jamilah Talib  (Timbalan PPD Keningau) dan Encik Abdul Hadi Wong (PK1 SMK Keningau II); keduanya Jurulatih I-Think Kebangsaan. Sungguhpun sekolah ini belum wajib melaksanakan I-Think tahun hadapan, tetapi saya mahu guru-guru saya menjadikannya kaedah P&P, sebab saya nampak ia menarik dan mudah dipraktikkan.Sesi akhir ialah pemurnian SPKS sebab saya dah buat taklimat pertengahan tahun manakala PK1 saya dahpun ditaklimatkan dan dibawa melawat sekolah-sekolah yang berjaya melaksanakan SPKS di daerah Tenom. Sebahagian guru mengawas SPM, ada juga melawat dan menghantar surat pendaftaran Tingkatan 1 ke sekolah aluran sekitar sini. Guru yang baik akan balik segera dan menghadiri kursus, tapi yang otak biul memang ghaib terus. Kedua penceramah sempat melawat bilik fail PBS dan teruja dengan susun atur bilik fail itu, tahniah Cikgu Doren. Bagi saya Cikgu Doren ada sentuhan emas....sebab mana mana bidang yang dipegangnya memang bergerak dengan cemerlang.

Saya tidak sempat bertemu pelajar SPM sebab kami tengah kursus. Harap mereka boleh menjawab dengan baik.

Seorang rakan pemeriksa sejarah menghantar SMS soalan ramalan, seperti berikut;

Tingkatan 4

i. Pendidikan di Athens dan Sparta
ii Hijran & Piagam Madinah, penyebaran Islam di Mekah
iii. Penyebaran Islam di Asia Tenggara
iv. Pengaruh Islam dalam ekonomi
v.  Zaman Gelap

Tingkatan 5

1. Gerakan Islah & Peranan Akbar dan Majalah/Novel
ii. Pakatan Murni & Suruhanjaya Reid & Penubuhan PTM 1957
iii. Pembentukan Malaysia
iv. Pilihanraya
v. Pendidikan, Bahasa, Budaya, Sukan
vi. Dasar luar
v. Perang Dunia I

Mudahan pelajar saya boleh menjawab dengan baik...

Wednesday, 31 October 2012

Diari II

Pagi ni mendung dan hujan, tapi ajk merentas desa bahagian lorong membuat bendera dan siap juga. Kerja yang bagus oleh cikgu Maisin Madi. Jam 9 ada jamuan perpisahan kelas 5 bestari kelas sejarah saya yang saya sedih nak tinggalkan murid-muridnya sebab mereka baik-baik dan rajin. Banyak makanan. Si Maylin cakap cina lagi, tahun depan saya kena belajarlah bahasa cina ni. sebelum makan mereka memulakan acara dengan pantun, potong kek, bergambar dan menyanyi lagu ciptaan mereka sendiri.Ok juga bunyinya, cuma pantunnya lain macam saja bunyinya tu. Kalau tidak salah ingatan saya si Critel dengan Syerine jadi juruacara tadi. Semua guru subjek diberi sekeping gambar klasik...

Hari-hari terakhir: sebuah diari

Salam ketemu.

Lama tak update sebab line di rumah rosak sebelum raya. Sudah buat laporan di TM Keningau 2 kali belum pulih lagi. Entahlah dorang kerja macamana.

Tidak banyak kesempatan untuk bercerita sebab sibuk sedikit dengan aktiviti di sekolah. Minggu ini masih dengan program lepas PMR dan peperiksaan tingkatan 4. Isnin kami sibuk dengan persediaan pemantauan KPM untuk sistem SET, dan PBS akan datang 1 november. Saya tabik dengan semangat dan cara kerja Puan Doreen sebagai penyelaras PBS. Sebagai sekolah Mentor, saya risau akana mendapat lapaoraan negatif pemantau nanti, tapi bila nampak kerja keras beliau dan guru-guru tingkatan 1 melengkapkan dokumen, legalah sedikit. En. Borhan unit peperiksaan PPD Keningau turut membantu memberi semangat kepada kami dalam sesi perbincangan baru-baru ini. Saya berterima kasih juga kepada En. Dany PK HEM yang ringan hati membantu menyiapkan banting walaupun bukan skop kerja beliau sekarang. PK Petang saya En. Bahlie nampak tenang sahaja.

Saya menerima surat pertukaran saya hari Isnin petang, saya akan ditukarkan ke SMK Chinta Mata, sekolah baharu 2 tahun beroperasi, lebih kurang 2 km dari rumah saya. Saya tidak pasti perasaan saya gembira aatau tidak...jadi saya siapkan dulu kerja-kerja sekolah seperti biasa.

Pegawai SET KPM datang 30 oktober jam 2 petang, ada perbincangan panjang dengan guru-guru BI tingkatan 1 bersama  PK Petang, jadi saya tinggalkan mereka. Mengikut laporan Timbalan PPD; sedikit kekurangan ialah tidak ada kumpulan pertengahan-yang ada ialah pelajar aras tinggi dan rendah. Sebab kelas kami ada 6, guru ada 3 saja, terpaksalah gabung. Kemudian pemantau dapati ada pelajar kes 3M: memanglah sebab ada separuh kelas tu slow learner, sepatutnya kami dah buka kelas integrasi tapi tidak ada bekalan guru khas yang dihantar sampai hujung tahun ini.

Kelmarin 31 Oktober, pelajar 5 progresif jemput ke jamuan akhir bersama Puan Laimah Guru kelas mereka. Guru lain hadir cuma Cikgu Elyna dan Cikgu Carol. Lepas tu ada mesyuarat Merentas Desa Zon Pedalaman jam 11.30, sebab kami tuan rumah. Kemudian sambung mesyuarat Pendaftaran Tingkatan 1-pendaftaran akan dibuat minggu depan 5-7 november. Kemudian sambung perbincangan persediaan pemantauan PBS. Lepas tu ada mesyuarat Koperasi, tapi saya cuma tumpang makan free sahaja he he, sebab saya kena balik Tenom; janji dengan pengetua sekolah baru akan dataang jam 3. Tapi saya lewat setengah jam, Pengetuanya tunggu juga. En. Jack bawa saya lawat bangunan sekolah itu. Besar juga-36 ekar ada asrama. Banyak yang perlu saya lakukan lagi nampaknya.Jam 5 baru saya balik ke rumah.

Sekian dulu ya.

Wednesday, 29 August 2012

Demam...hari membosankan

Isnin bila buka sekolah lepas raya, badan terasa tak selesa semuanya. Ingatkan kerana penat memandu jauh dari Tawau--Sandakan-Ranau-Keningau--Tenom. Malam tu badan mula panas dan sakit kepala menyerang. Sah demam lagi. Pagi selasa cadang nak ke klinik tapi nak jalan tak larat, makan panadol saja. Jam 3 petang bila rasa boleh memandu baru pergi klinik, dapat cuti sehari-kalau esoknya boleh jalan memandu saya cadang pergi kerja juga...kesian student saya. Tapi sampai khamis pun masih belum banyak kurang demamnya cuma suara dah pulih. Saya dijemput ceramah Kem UPSR malam Rabu untuk SK Chinta Mata...nasib baik isteri saya dapat minta bantuan kaunselor sekolah lamanya ganti saya...macamana nak ceramah, suara pun hilang. Kelmarin dapat SMS En. Azman Ruslan Pemuda UMNO Keningau rumah terbuka petang khamis, ada juga mesyuarat PIBG sekolah agama jam 2 petang...nampaknya keduanya tak dapatlah saya hadir.

Kepada student 5 bestari dan 4 bestari...harap dapat belajar sendiri...maafkan cikgu kerana tak sengaja sakit...

Sunday, 26 August 2012

Selamat Hari Raya

Saya dengan rendah hati memohon ampun maaf kepada semua insan yang pernah saya sakiti secara sengaja atau tidak, minta halal makan minum yang dibelanja.









Selamat beraya, maaf zahir batin

Sunday, 22 July 2012

Selamat Berpuasa

Lama tak update blog, sibuk dengan macam-macam.

Berikut sedikit gambar aktiviti sekolah-pelancaran Bulan Kemerdekaan di Dewan.








Berbagai acara akan dijalankan sehingga 16 September nanti. Terima kasih kepada pelaksana, KB Kemanusiaan Cikgu Nicholos, Guru Sejarah Cikgu Monica dan semua yang terlibat.

Sunday, 8 July 2012

Kursus lagi

Mulai 1 hingga 13 saya kena berkursus anjuran IAB, Pengurusan dan Kepimpinan...setaraf PTK. Jadi ada bengkel, bentang, ujian dan esei. Yang tak bestnya hotelnya tengah bandaraya, tiada parking free, sehari RM31.00, Rabu tu lambat pindah parking pagi ke zon jangka panjang, bila pusing semula dah penuh letak di luar kotak...bila rehat tengahari dah ada surat saman DBKK RM30...adui. 10 hari asyik bayar tiket  parking, teruklah macam ni.

Isnin esok PPD bagitau ada lawatan JPN sektor akademik. Saya harap PK1 dan KB saya boleh tunjukkan sesuatu yang menggembirakan saya tentang kerja mereka bila saya balik nak juga dengar yang baik-baik.

 Posing selepas membentang kunun lah

Wednesday, 27 June 2012

Hari Guru-sukaneka, jamuan dan...

Saya tak sempat bercerita...tapi ada sedikit gambarnya














Ini piala sumbangan saya untuk acara badminton

Tragedi...

Jumaat malam sabtu lepas saya dijemput hadir jamuan Hari Guru sebuah sekolah di Tenom yang diadakan di Hotel Juta Keningau, masa balik kira-kira jam 10 sampai dekat simpang kampung saya ramai mat motor kampung duduk di pondok bas...entah kenapa. Esoknya isteri saya hadir Majlis Hari Guru di Dewan Sri Antenom telefon ada anak jiran lemas dan mayatnya belum ditemui sejak 6.30 petang kelmarin. Saya pergi ke rumah jiran tu, sunyi je, mujur dia ada di rumah. Ada seorang wartawan di situ...Selepas bercakap sekejap saya pun pergilah ke sungai tempat kejadian. Ramai orang di situ, ada 1 kereta polis dan 1 kereta bomba. Di tengah sungai 5 anggota bomba sedang berusaha mencari, 2 sedang menyelam dengan ikatan tali. Beberapa orang rakan mangsa turut menyelam di bahagian lain..

Dsebabkan petang ujian adik ipar saya ada Ujian Komputer memandu, saya taklah dapat tunggu lama. Jam 4 kawan sekampung saya bagitau mayat mangsa dah ditemui. Inalillah...yang sedihnya tu, ini dah mangsa ketiga di tempat itu...macam-mcam pendapat orang kampung. Tapi yang pasti tempat tu dalam dan pokok kelapa sawit yang tumbang ke situ boleh jadi jerangkap. Boleh jadi ada buaya juga...dan ketiga-tiga kes hanya dapat diatasi dengan kepakaran bomoh 'membuat tawaran'. Wallahuallam.

Saya kenal baik dengan mangsa sebab pernah jadi tukang buat pagar rumah saya 6 tahun lepas bersama bapanya. Umur sekitar 22 kalau tak salah, nampak rock tapi hormat orang. Mudahan rohnya dirahmati illahi.


Kelihatan bot bomba di tengah sungai
 Tebing tanah yang curam akibat hakisan

 Orang-orang kampung yang turut menunggu


Sunday, 17 June 2012

Ekstra Act...



Memenuhi Undangan Jamuan Hari Guru SM St Anthony Tenom malam sabtu lepas

Sunday, 10 June 2012

Travel to UPM Bintulu 6-8 Jun

 Pengalaman yang kaw-kaw juga..

5 hb saya dah bertolak ke Kota Kinabalu pada sebelah petang kerana bimbang tergesa-gesa ke Airport KK, kami tinggal di apartment Cyber City 2. Isteri saya kebetulan tiada kuliah malam (kursus I Think di Sabah Oriental Hotel) ikutlah sama. Kebetulan adik saya ajak makan Seafood di Restoran Kg. Nelayan Taman Tun Fuad jam 8 malam tu, jadi meriah sikitlah.

Selepas hantar isteri ke tempat kursus, saya ambil teksi ke Airport jam 8 dah sampai terus tengok skrin Berlepas tertera Flight jam 10.50 Bintulu Cancel, alamak macam mana ni. Selepas menunggu semua penumpang diberi kupon makan di Macdonald, makan burgerlah kami jam 9.45 pagi. Jam 10 pergi kaunter di arah kami semua ke Hotel Gaya Centre untuk menginap sementara dan diberi makan tengahari. Jam 3 pengurusan hotel hubungi kami disuruh makan jam 5.30 dan ada bas ambil-kami ditumpangkan penerbangan ke Brunei jam 8.50 malam nanti. Akhirnya selepas menanti lama terbanglah kami ke Bandar Seri Begawan lebih kurang 1 jam 15 minit...cuaca kurang elok kapal goyang-goyang. Rupanya hujan di bandar tu, malangnya kami tak dibenarkan turun sebab kena tax airport nanti. Jadi menunggulah izin menara kawalan untuk ke Bintulu sebab kapal kami luar jadual sepatutnya. Sudahlah panas, lapar pulak. Jam 11.15 baru kami berlepas ke Bintulu, sampai sana dah jam 1.15 pagi. Teksi tinggal satu, mujur jaga kaunter tu masih ada dan dia tolong panggilkan teksi. Tambang RM52, sekali ganda sebab dah lepas jam 12.00. Semasa menunggu teksi tulah kami perasaan semua penumpang tu nak ke UPM...kah-kah-kah. Saya dengan anak sayaa dan anak buah sampai Hotel Kemena Plaza jam 2.00 pagi...punyalah penat dan badan bau busuk sudah.


 Ini masa di Aiport KK tengah hilangkan tension
 Ini di Airport Bintulu jam 1...pagi, sejuk dan sunyi.









Ini esoknya sampai di Dewan Seri Kenyalang, letak beg di luar Dewan.
 Ini masa pendaftaran


 
 Terkejut tengok Pengadang Asrama guna kem sahaja he he




Ini pemandangan dalam biliknya, dapat tilam dah expire...padan muka.
Saya terpana lihat asramanya kurang terurus, cat lusuh, sampah tak dikutip (cuti Gawai kononnya).

Semasa sesi mendaftar, AJK sangat baik dan mesra. Beg diuruskan mereka dihantar dengan DMax ke asrama, dan ada AJK juga tolong angkatkan. Kemudian makanlah di Kafeterianya, harga ok jugalah. Kemudian beli bantal, baldi dll keperluan di kedai KOOP yang agak kosong, mungkin dah habis kena beli agaknyalah. Lebih kurang jam 2 saya panggil teksi dan balik hotel. Petang tu saya pergi pasar malam cari yang spesial, tiada pun. Akhirnya beli nasi bungkus dan makan di bilik. Malam tu ada Ustaz kawan adik saya yang pernah kerja di Bintulu ambil bawa makan di Bandar Assyakirin. Esoknya pagi saya jalan-jalan ke Pasar cari spesial pun tidak ada. Akhirnya jam 10.30 Ustaz tu datang hantar ke Airport....


Sunday, 27 May 2012

Jauh Perjalanan...


Jumaat Lepas, dapat surat dari PPD kena pergi Dialog Nasional Kajian Dasar Pendidikan Negara di Grand Ballroom 1 Borneo, Kota Kinabalu. Terpaksalah lepas balik kerja terus ke KK bermalam di sana, takut tak sempat sampai awal pagi esoknya. Kebetulan isteri saya diarahkan PPD untuk pergi, jadi sekali jalanlah. Besar jugaa dewannya dan dihias cantik. Ramai juga pesertanya. Panel dialog mantan-mantan KPPM dan mantan Pengarah JPN. Banyak cadangan untuk penambahbaikan, tapi ada juga ambil peluang menyampaikan keluhan tentang perjawatan dan kenaikan pangkat. Masa yang terhad-hanya 12.30 tengah hari saja, maka cadangan lain terpaksa orang yang berhasrat meluahkannya di dalam laman sesawang. Bagus juga idea ni. Tapi tak pasti semua pandangan ni dibaca oang atas. Mudah-mudahan sajalah ada perubahan dalam sistem pendidikan kita yang sering berubah bila Menteri berubah...perubahan baik tapi perlu kajian..

Isnin pula dapat lagi arahan pergi ke Sandakan untuk wakil daerah ke Sambutan Hari Guru Negeri Sabah. Isteri saya pun diarah juga ke sana. Terpaksalah awal pagi selasa sebelum bertolak periksa kereta Persona saya, jadi kenalah juga ganti tayar kereta yaang nak botak tu...hm, yang penting selamat. Jam 10 baru selesai dan bertolak ke Sandakan...tiba sana dah jam 8 malam lebih, hotel yang kena tempahkan pun kami tak tau di mana. Mujurlah ada orang mesjid yang kami tanya tu baik hati, dia tolong pandu jalan. Cuma tak dapat ucap terima kasih sebab bila saya turun kereta nak ucap thank you, abang tu angkat tangan ja dan terus jalan. Tuhan saja yaang akan membalas budinya tu. Hotelnya nama Esplanade di Bandar Indah, bilik baru dan bersih walau pun hotel bajet. Nasib baik ada restoren di bawahnya, jadi lepas makan kami tidurlah...penat memandu.

Esoknya kami ke tempat acara Forum...jauh juga. Kami agak-agaknya saja tempat tu dengan tengok papan tanda yang tak bagitau jaraknya. Hanya anak panah saja menunjuk tempat. Kami sampai awal kira-kira jam 7 sebab nak cari sarapan. Nasib baik ada kantin...Ada 2 acara; pertama ceramah tentang kepimpinan dan keguruan oleh Mantan KPPM, Tan sri Alimudin-kedua forum. Masa rehat jam 10 tu jamuannya kurang kemas. Adakah diberikan mee goreng dalam tapau polisterine dan kuih dalam plastik macam budak sekolah.
Seumur hidup saya menghadiri acara di Keningau, semua peserta makan mee dan kuih dalam pinggan.

Forumnya bagus terutama Dr. Jefry Din dari IPG Tawau. Beliau kelulusan Timur Tengah, banyak analogi yang menarik tentang peranan guru yang patut direnungi. Pengerusi panel pun mantap, Tn. Hj Khairul pengetua SMK Gum-Gum sebaab petah bermain bahasa dan pantun. Cuma tak bestnya bila jam tamat tidak disediakan jamuan...aduh, laparnya.

Kami cubalah ke Bandar Sandakan cari restoran, 2 kali ronda tak jumpa parking. Akhirnya balik ke bandar Indah dan makan di situ...Petang tu kami tidur jalah, nak meronda pun tak ada yang menarik. Malamnya ada Jamuan Hari Guru di Sabah Hotel. Nasib baik saya pernah berkursus di sana tahun lepas, jadi senanglah cari tempat tu. Acara macam biasalah-nyanyi karaoke, tarian dan ucapan kemudian penyampaian beberapa anugerah untuk guru.

Pagi 24 tu kami dengan rombongan Tenom makan sekali di restoran Hikmah sebelah hotel menginap. Kemudian kami ikut merekaa dari belakang cari Dewan Sri Libaran sebab cikgu Ramdan ada GPS. Jauh juga rupanya, tersorok pulak. Sepatutnya kelmarin masa forum pelan ke tempat ni diberikan kepada peserta. Boleh tahan dewannya baru dan ada hawa dingin. Perasminya Ketua Menteri.