Memang cuti sekolah menengah dah mula sebab exam spm...tapi ada seminggu bagi guru bertugas rasmi. Tugasan sekolah ialah
1. Pendaftaran bergerak ke sekolah-sekolah rendah sekitar Apin Apin. Dibuat mulai tahun ini bagi mengelak rungutan ibu bapa yang selalu terpaksa berasak di dewan sekolah ketika pendaftaran serentak. Begitu juga keluhan sesetengah ibu bapa yang terpaksa berjalan jauh khususnya dari Kg Pangas, Gasabon, Kepayan, Ranggom, Bundu dan lain-lain. Duit tambang dan makan anak-beranak masa mendaftar boleh guna untuk bayar beberapa yuran seperti peralatan dari koperasi macam tanda nama, lencana dll. Ada juga yang sukar datang kerana masalah kenderaan. Jadi, bila kami yang datang ringan sikit beban ibu bapa. Kelmarin (Isnin) pendaftaran di SK St James dan SK Apin-Apin dilaporkan lancar mungkin persediaan ibu bapa yang memang memahaminya, tapi hari ini saya sendiri meninjau ke SK Kepayan Baru...kehadiran ibu bapa agak lembap menyebabkan saya terpaksa balik ke sekolah dulu sebelum menunggu konvoi kami ke SK Pangas. Di SK Pangas bilangan mendaftar sepatutnya 10 orang, tapi yang datang tak cukup...tapi yang penting guru-guru pendaftaran nampak seronok sebab dapat mengembara...saya pun pertama kali lah ni sampai ke Pangas. Dengan menumpang Frontier cikgu Muslim...jaraknya 10 km, fuhh...gravel dan panjat bukit kecik...kalau musim hujan ...sukar jugak rasanya. yang penting arahan PPD Tuan Raisin agar saya lawati Feeder School dah tercapai he he...
to be continue...
Jumaat sudah, baru saya dapat sambung. Khamis kelmarin pendaftaran bergerak selesai di SK Bundu. Saya teringin nak pergi ke sana tapi tak sampai hajat sebab ada urusan jumpa PPD minta tandatangan Surat Jemputan Mesyuarat PPSMS yang akan diadakan selasa depan. Tapi Timbalan saja yang ada, bolehlah.
2. Hari Khamis tu ada dua acara saya, satu jemputan APC sekolah anak-anak dan jemputan ke program Khatam Quran peringkat Zon Pedalaman di Kota Ayangan...anak saya terpilih wakil ke sana...tapi fikir-fikir akhirnya saya ke sekolah sendiri sebab ada pembentangan Perancangan Strategik 2012-2016...Nilah kadang-kadang terpaksa pilih antara tugas dan keluarga...Lagipun jemputan ni pakai lisan saja, cuma kesianlah anak saya ...hmm, tapi bagi saya, kerana tugaslah saya boleh sara keluarga. Mujur isteri saya wakil ke APC anak-anak, kebetulan dialah YDP PIBG di sana. Bila pulang isteri saya bawa khabar baik, ketiga-tiga anak saya banyak sapu hadiah. Alhamdulillah...Moga Allah balas usaha saya dan isteri saya jaga anak orang, Allah jaga anak saya pulak...
Berita gembira juga...keputusan UPSR sekolah anak saya meningkat lebih 40%. Tahniah kepada GB nya En. Noordin Taip atas usaha meganya. Saya amat berharap tahun hadapan anak saya akan menduduki UPSR dan juga calon harapan sekolah boleh harumkan nama sekolah. InsyaAllah.
3. Jumaat pagi tadi...saya jumpa Pengerusi PPSMS Keningau En. Jhony di SM St Francis. Hal mesyuarat Persidangan Pengetua 2012 lah, Lepas tu pergi cari kontraktor yang sanggup cat bilik darjah masa cuti walaupun bayang duitnya belum ada. Mujur orang tu sanggup tolong...Kemudian, sampai sekolah mesyuarat Akhir Tahun dah habis. Kelmarin saya dah mulakan, jadi disambung oleh PK Pk lain. Ada juga pembentangan dapatan Seminar Revolusi Pendidikan di Putrajaya Isnin lepas yang dihadiri oleh Pn Laimah. Saya dengar beliau berjaya sampaikan maksud seminar tu dengan baik. Tahniah. Kemudian pemilihan semula AJK Kelab Staf yang baru. Pengerusi baru ialah Cikgu Nicholas...semoga visi saya dapat dijalankan oleh AJK baru. Apa pun terima kasih banyak kepada AJK lama...
4. Petangnya PPD panggil mesyuarat jam 2.00 untuk terangkan Dasar MBMMBI, beliau terpaksa bagi walaupun masa terhad kerana selalu kena panggil mesyuarat luar daerah dan Kuala Lumpur. Lagi pula beliau akan bertukar ke SPS di JPN sebagai Ketua Sektor SPS. Dan khabar sah PPD baru ialah pengetua SMK Sook En. Masy Wahip, tahniahlah tuan. Lepas taklimat MBMMBI sambung taklimat agihan KWAPM, ada 96 penerima di sekolah...harap PK HEM dapat urus sekali dengan pengagihan RM100 tu pada hari Khamis, sebab Isnin baru dapat keluar surat kepada ibu bapa, selasa saya ada mesyuarat, Rabu ada acara Persaraan Zon Pedalaman di Perkasa Hotel....hmm, macam saya penat sudah ni...
Salam...
Sekadar ruang berkongsi cerita suka duka dengan kawan kawan, anak-anak dan sesiapa sahaja....Sebab pengalaman itu kadang-kadang menjadikan kita lebih bijak menempuh panorama hidup...
Tuesday, 15 November 2011
Friday, 11 November 2011
Selamat Menjawab soalan SPM...
Kepada anak-anak sekolah,
Cikgu amat berharap anak-anak boleh menjawab soalan dengan tenang dan baik. Kami semua guru-guru mendoakan agar keputusan SPM nanti sesuatu yang mengubah keadaan anda juga sekolah kita...
Kepada anak-anak Sejarah 5 Bestari yang cikgu sayangi, cikgu saya amat sedih kerana selepas ini kita mungkin tak selalu berjumpa untuk bergelak tawa macam selalu dalam kelas. Cikgu akan rindukan wajah-wajah kamu...
Selamat menjawab. Yakin boleh...

Tuesday, 1 November 2011
SPM, guru dan pelajar? Siapa yang hilang fokus ni...!
SPM tak lama lagi, 14 hari bulan. Hari ni 1 november...Pelajar ponteng tetap begitu,yang malas tak juga banyak berubah. Tapi adakah guru juga patut macam pelajar...pelajar bukan dibayar gaji pun tapi guru dapat gaji bulan-bulan. Jadi...gunakan kesempatan yang sebaik mungkin membantu pelajar yang amat perlu bantuan dan sokongan ini. saya bukan kaunselor, tapi terpaksa ambil peranan juga...walaupun saya ada tugasan tersendiri di sekolah, mengajar kelas sejarah spm dan tugasan sebagai setiausaha Persatuan Pengetua Keningau yang sibuk atur seminar pada 24 nov ini.
Minggu lepas macam saya tak berehat, tapi itulah amanah. Sabtu ada merentas desa zon pedalaman di sekolah, jam 2.30 sampai rumah rehat kejap terus pergi kenduri kahwin orang sekampung. Malam bawa saudara yang datang rumah makan-makan di kedai. Jam 4 pagi ahad dah bangun, lepas subuh bertolak ke UMS ada jemputan Majlis Penerangan Perdana bersama KM dan TPM...punyalah teruk jalan jem dari muka pintu UMS mahu sampai dewan kuliah pusat hampir 1 jam. Tamat jam 2.30, macam kebulur punya lapar, lepas tu singgah solat jamak sajalah baru balik. jam 8 baru sampai rumah...sakit segala badan. Tapi pagi isnin saya bangun kerja juga macam biasa dan orang pertama datang di sekolah...
Apa jadi guru saya...saya yang jauh boleh datang awal...mungkin mereka lupa markah tahunan saya yang bagi...hemm, mungkin semua tidur lewat ahad...agaknya jelah.
Kepada anak-anak sejarah 5 Bestari...teruskan usaha. Faizal dan Kholiq tu jangan suka bercerita tengah saya mengajar.Kamu bagus tapi kurang fokus...Saya risau dengan Constant dan Alree yang menurun.Edna ada tumpuan tapi tak meningkat, Jasrul dan Fardy juga belum stabil...Paling saya risau dengan Azilyn, Jie, Egynesisla dan Oliveny. Erra Cristie macam bingung pulak sudah. Nurs asmira macam yakin ja tapi tak naik juga, mungkin banyak berfesbuk...Apa pun saya masih harap kamu semua menyinari keputusan sekolah nanti.
Yakin boleh...

Subscribe to:
Posts (Atom)