Thursday, 13 October 2011

Puisi Lama lagi...

Memori di Terminal

Di sini
kata-kata tidak lagi penting
bila  saat  berangkat kian mendekat
hanya mata menyisakan harapan
yang belum pasti ada.

Antara kita
seharusnya lebih awal  memutuskan
di mana titik noktah perlu ditulis
sebelum resah membaluti
kerana kejauhan bisa merencana yang lain
sepi kekadang mengundang peristiwa
kerana kita hanyalah penjanji
yang sering melupakan kenangan dan surat cinta
yang ditulis kelmarin.

Dan lambaian tanganmu
mungkinkah bisa kulihat lagi
suatu hari bila pesawat mendarat, dan
adakah lagi senyum manis untukku
di terminal yang sama
aku menunggumu
seperti hari ini.


Bayan Lepas,Pulau Pinang
April 1990.

Tugas baru lagi...

12 oktober, Ada mesyuarat Merentas Desa Pedalaman di sekolah, Taklimat dan agihan zakat di PPD Keningau dan Mesyuarat Persatuan Pengetua Keningau di SM St Francis. Yang di sekolah terpaksalah PK Kokum yang handle, yang di PPD PK1, saya sebagai setiausaha PPSMS Keningau kenalah hadir di SFX. Kami kena anjur seminar Hala Tuju pendidikan daerah bulan november. Sasaran pegawai di PPD, Pengetua, PK dan KB. Melibatkan juga PIBG, pemimpin politik dan pensyarah IPT bagi menyokong usaha meningkatkan prestasi pendidikan menyeluruh. Tugas kedua, Kami juga penganjur persidangan PPSMS negeri 2012, jadi kami kena bentuk AJK Pelaksana lebih awal...tempatnya di Kota Kinabalu. Sukar juga tu, sebab kami ni jauh nak berurusan di situ. Tugas saya pula urus penginapan...huhh. Boleh ka ni?

Beberapa khabar tidak rasmi di sampaikan, contohnya PPD akan dikecilkan dan hanya penyandang gred DG48 sahaja. Gred tinggi akan turun ke sekolah dengan tujuan memperkasakan sekolah sebab pencapaian sekolahlah penentu kejayaan pendidikan jadi perlu diutamakan. Isu lain kemunginan JPN nak gerak PK yang lama-lama di sekolah bagi memotivasikan mereka macam pengetua jugalah selalu di tukar-tukar. Bagus juga tu, tak kan pengetua saja yang jalan jauh...he he.

Risau markah sejarah 5 Bestari

Habis kertas sejarah percubaan II, setelah saya periksa kertas objektif...hmmm, parah ni. Cikgu Bahlie dan Monica pun cakap begitu...soalan susah kononnya. Cuba lihat markah dorang ni, takut saya:
Allen sarah - 48
Azielyn - 23
Alree -50
Andrey - 53
Brenda -53
Constant -43
Edna - 48
Erra -45
Egynellysia -30
Emily -40
Fardy - 68
Firdinah -  45
Jessylyana - 50
Jasrul - 48
JA Nelyanah - 38
Jie Jefany - 33
Lynessila- 43
Mimi - 55
Mohd Kholiq - 45
Mohd Faizal - 68
Mohd Afif - 45
Nurul Sahida - 43
Norazizah - 38
Norasmira - 48
NorAsfarina - 40
Olivenny - 30
Shanan - 58
Velaria - 45
Chalfan - 55

Saya harap mereka terus berlatih menjawab soalan sama ada sesi kumpulan atau bertulis di rumah. saya masih menyimpan harapan mereka boleh skor SPM nanti, dan saya akan terus berusaha...

Wednesday, 5 October 2011

Kerja Baru lagi...

Tadi Rabu, ada mesyuarat APC Zon Pedalaman. Tugas saya apalagi...Backdrop dan banner, tempat Dewan Masyarakat Keningau pada 18 Oktober, perasmi YB Datuk Haj Sairin Karno. Nampaknya orang kuat saya Cikgu Danny kena bantu saya lagilah, tapi dia dah kata ok, tadak masalah. Terima kasih...dan dia juga penerima APC hari tu...

Monday, 3 October 2011

Selamat Menghadapi Percubaan SPM 2

Hari ini 3 Oktober, pelajar sekolah tingkatan 5 akan menempuh percubaan kali ke-2. Saya ucapkan selamat menjawab, buatlah bersungguh-sungguh. Kepada pelajar saya 5 Bestari...andalah yang terbaik. Buktikan, anda layak duduk di kelas Bestari.

Selamat Menghadapi PMR untuk Pelajar Tingkatan 3

Cikgu minta maaf kepada pelajar PMR, tak dapat berpesan-pesan di majlis Restu petang tadi. Cikgu ada mesyuarat pengurusan kewangan dan akaun peringkat daerah dari jam 8.30 sampai 1.45. Ingat nak berkejar ke sekolah...tapi fikir-fikir memang dah lewat.

Tapi cikgu yakin, anak-anak boleh menjawab jika telah bersedia. Guru-guru telah berusaha membantu anda. Ibu bapa memberi restu dan doa. Selamat menjawab. Anda boleh.