Sunday, 25 September 2011

Memotivasi Pelajar atau Guru atau diri sendiri...?

Minggu lepas minggu yang sibuk untuk saya dan isteri saya sekali...

Selasa ada mesyuarat program motivasi peringkat sekolah yang akan dijalankan jumaat-ahad ni, Guru UBK yang tetap bersemangat Cikgu Nursahida kelihatan penat tetap bekerja bersama pengarah Puan Laimah dan AJK serta fasililator. Ketua fasi diundang dari Tenom hadir menerangkan modul, walaupun kelihatan ada yang ragu dengan modul tetapi setuju memberi komitmen. Saya nampak response baik cikgu Linus, Justine, Sylvester. yang lain ikut saja. Tapi sedihnya salah seorang kaunselor keluar awal seolah-olah tidak berminat lagi dengan kerja-kerja memotivasikan pelajar.

Sebelum tu ada pengagihan netbook siri 3 di dewan dan saya sempat bagi taklimat penggunaan kepada ibu bapa dan pelajar. Yang saya amat risaukan adalah kejutan netbook akan pasti menjejaskan pencapaian akademik kerana sudah tentu mereka jadi lalai main games, download video dan lagu...dan bahan tak patut seperti pornografi. Bagi saya tak patut diberi saat nak peperiksaan.

Hari Khamis ada taklimat di PPD tentang keselamatan peperiksaan, semua Ketua Jabatan seperti  Bomba, Polis, Air, Kesihatan dll dijemput hadir. Tapi yang tak tertahankan ialah perut lapar kerana tak sempat makan di sekolah tadi, mujurlah ada kuih dihidang lepas tu, jam 4.30 baru habis.

Jumaat lepas solat program motivasi bermula. Setakat 75 peserta dari 100 yang hadir, beginilah halangan yang sering menggagalkan misi program. Ada pula fasi yang tak hadir dan lambat datang. Cikgu Bahlie hadir juga walaupun terpaksa bawa anak, cikgu Rufiza lambat sikit kerana urus anak tapi masih mampu datang.Yang nampak komitmen tinggi sepanjang program ialah cikgu Linus, Doreen, Miasin, NurAzizah, Bahlie, Maidah, Fazlulhuda, Edison, Sylvester, Jelius...
Dari segi response peserta nampak baik daan mereka bersemangat, malah aktiviti mencari sumber pendapatan berjalan baik, kumpulan keluarga sanggup membuat kerja berat untuk membayar bil, hutang dan membeli rumah serta kereta. Saya tak dapat hadir pagi sabtu kerena dijemput program restu solat hajat anak perempuan saya SPM tahun ni di mesjid pekan Tenom dan tengahari tu ada majlis kahwin di kampung. Sebagai penduduk semua acara begini perlu hadir, kalau tak nanti acara kita hahh, jagalah . Jam 3.30 saya ada di dewan semula sempat tandatangan sijil. Aktiviti muhasabah yang dikendalikan fasi luar En. Haradin malam itu nampak berkesan. Ramai menangis termasuk lelaki, harapan kami keinsafan mereka kekal dan sedar tentang pentingnya pelajaran dan membalas jasa ibu bapa. Jam 1 pagi baru selesai. Punyalah sakit kepala tahan mengantuk tapi bila lihat anak-anak didik ni, hemm,...saya sanggup bertahan.
Jam 9 pagi ahad ada ceramah dari PTPL, okey juga cuma soundnya terlampu bising dan macam unsur perulangan isi semalam, mungkin sebab dia tidak bersama amalam tu. Apapun saya amat terhutang budi dengan mereka berdua kerana sanggup hadir tanpa bayaran. Terkilan sedikit tak sempat bagi minum sebab mereka naka balik cepat ke Kota Kinabalu.

Fasi terbaik ada 3 orang iaitu Linus, Doreen dan Maidah, tapi sebab hadiah cuma saja yang disediakan.

Daripada komen fasi luar, tahap komitmen fasi masih kurang. Malah sesi awal terpaksa diambil alih oleh mereka,dan sesi pagi ahad...tiada seorang pun fasi sekolah berada di dewan. Pada sesi penutupan yang dirasmikan oleh YDP PIBG En. Benedict pula hanya sedikit ibu bapa yang datang, guru juga tinggal beberapa kerat. Sangat menyedihkan seolah-olah anak-anak ini tidak penting berbanding anak sendiri. Bagi saya , jika kita mahu anak kita diajar dan dijaga dengan baik oleh guru mereka, kita perlu jaga dan didik anak-anak orang lain terlebih dahulu. Sebab Tuhan pasti memberikan yang terbaik selepas kita buat yang terbaik. Pada panadanagan saya program sebegini  juga dapat membantu saya menilai dedikasi mereka untuk markah LNP nanti. Sukar menilai perangai guru sekarang ni, ada sebahagian kecil menganggap guru ni kerja macam pejabat, masuk kelas dan balik rumah. Malah ada yang jenis biskut, di bilik guru pun sukar dilihat...pejabatnya di kereta. Datang , pergi kantin, kelas payah nak diingatkan dan pulang awal juga. Sepatutnya orang macam ni tak jadi guru, merosak nama guru lain sahaja. Mereka lupa kerana pelajarlah mereka ada kerja dan ada pendapatan. kalau yang selalu ponteng mengajar tu lagilah dahsyat, sebab hasil pendapatan sudah tentu tak halal tapi bagi makan keluarga...huhh, harap tiadalah orang begini nanti. Ada pula kalau bertugas di luar, aktiviti sukan ka, jaga exam ka bukan main happy...tapi liat betul nak mengajar anak murid. Bila musim isi borang naik pangkat berebut juga isi...kalau tak sokong mesti marah punya...Syukurlah orang-orang macam ni dah tak ada lagi jadi guru.

Wednesday, 21 September 2011

Keletihan Otak..?

Saja letak tajuk pelik. Actually line streamyx down walaupun berulang saya buat aduan dengan TM, akhirnya saya adu dengan SKMM dan berulang juga staf TM datang dan dari KL telefon, satu minggu akhirnya hari ini ada oke sikit. Tapi malas nak cerita...kepala sakit lagi. Bosan saya macam ni punya sakit, mungkin saya dah tua agaknya he he