Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya Merdeka

Esok Hari Raya. Sejak ada kawan yang punya pakcik kerja kat Istana Negara senang sikit nak tau bila Raya.Dua tiga hari kami telefon dia. Sehari sebelum acara tengok anak bulan dia akan bagitau. Sebenarnya pihak Istana dah tetapkan tarikh Raya berdasarkan hisab dan rukyah, yang tengok-tengok anak bulan tu saja nak bagi meriah . Sebab tu saya boleh ucapkan salam raya awal kepada rakan-rakan. Saya tak suka terima ucapan, saya dah biasa buat dahulu. Saya rasa memberi sesuatu lebih awal lebih baik. Sejak saya jadi guru kemudian jadi Penolong Kanan, saya biasakan saya yang pertama hadir sekolah atau perhimpunan. Tapi entahlah guru zaman sekarang ni dah tak kisah tentang hadir awal. Jadi tak hairan kalau anak sendiri apalagi anak murid datang sambil lewa. Bukan semualah, tapi ramai.

Oklah, melalut cerita lain pulak. sempena raya ni saya mohon ampun maaf pada ibu dan saudara mara, rakan-rakan, guru-guru saya serta pelajar saya jika ada salah silap.

Moga raya tahun ini memerdekakan fikiran klasik kita yang ketinggalan keretapi tu. ayuh kita bergerak laju demi nama baik diri sendiri dan sekolah kita. Kepada guru saya yang kecanduan bermain petanq, pastikan tak lakukan masa pejabat atau masa sekolah...kepada yang suka lepak kantin, moga bertukar ke arah kerja serius. PMR dan SPM dah dekat ni, bantulah anak didik kita dengan dedikasi, ok.Selamat memerdekakan pemikiran.

Sunday, 28 August 2011

Berpuasa di KK

Jumaat lepas kami sekeluarga ke Kota Kinabalu kerana ambil anak sulung balik dari Johor Bahru. Kami bertolak dari rumah jam 2.30 sampai sana dah jam 5.30, jalan jem teruk. Nasib baik dah singgah beli kuih dan makanan berbuka. Sempat juga solat asar. Rumah baru, apalagi sibuk menyapu lagi di samping nak berbuka. Lepas buka jam 7.30 hantar sorang cikgu rakan isteri balik Kelantan di terminal 2. Bergegas ke Terminal 1 pulak. Rupanya flight anak saya sampai 8.40 malam. Punyalah penat malam tu, maklum dari pagi kerja sampai malam kemas rumah pulak, pasang langsir kena panjat-panjatlah. Tak kan nak tidur tembus pandang. Mujur kontraktor dapat siapkan lampu dan grill serta rel langsir petang kamis tu...huh.

Pagi Sabtu cadang nak keluar beli baju raya anak yang tak sempat beli sebab asyik sibuk dengan kerja dan kelas tambahan anak perempuan SPM hujung minggu. Tapi kontraktor bagitau pengurusan apartment akan datang periksa kerja jam 10.00. Jam 11.30 baru pegawai tu datang, hmm siap ambil gambar sekali. Cerewet rupanya pihak CCA ni, maklum nak jaga standard rumah. Grill mesti sama bentuk pula. Nak buat kerja mesti minta izin isi borang lagi, kena deposit lagi...Tapi sekuriti kira oklah, selalu kena ronda. Selamat kalau anak-anak tinggal nanti. Kami tak cadang nak sewakan...untuk homestay bolehlah.

Pagi ahad tak terbangun sahur gara-gara keletihan hari sabtu. Apa taknya sudah pun jalan jem, parking pulak penuh. Saya duduk di kereta sajalaj nampaknya, isteri saja cari pakaian dengan anak-anak dari Sinsuran pergi Segama. Jam 3 balik rumah rehat kejap. Jam 4 saya dan isteri pergi kedai perabut cari meja masak di Putatan...mujur dapat. Kecil dan muat kat dapur. Lepas beli ayam dan sayurdi Giant sempat singgah beli kuih di tepi kedai perabut. Apalagi setengah jam rushing nak masak berbuka...aduh...berpeluh peluh.Dah tu saya pasang rak TV yang kami minta tolong kawan angkut dari rumah, dapatlah letak barang yang bersepah-sepah kelmarin. Malam tu kami jalan pulak cari kasut anak-anak di Putatan. dapatlah juga beli cermin 3 biji untuk tengok muka yang 2 hari tak tahu macamana he he.

Jam 8 pagi ahad kami pergi Jalan Gaya cari T shirt Sabah untuk anak bawa hadiahkan jiran tempat sewanya.Menyempatlah beli set sarung tilam anak-anak. Jam 11 kami balik Tenom, punyalah berat nak naik Bukit Kimanis...mujurlah boleh juga sampai rumah dengan selamat. Lepas buka sempat pasang lampu raya...

Wednesday, 24 August 2011

Berita duit dan kerja baru...

Kelmarin JPN hantar waran peruntukan yang saya tunggu iaitu untuk penyelanggaraan kecil dan sedikit tuntutan perjalanan. Saya tak kisah pasal tuntutan, yang penting penyelanggaraan. sekarang ni banyak duit poket saya keluar baiki kepala-kepala paip yang asyik rosak. Nak salahkan student 100% tak boleh jugak. Sebab student hari hari pulas paip, sedang di rumah tak ramai orang pun boleh rosak...Dapatlah saya lunas hutang kontraktor baiki suis, kipas, lampu yang asyik tanya tu. Dan rancangan sambung paip dari pondok guard ke booster pump house bolehlah saya teruskan. Kesian student dan guru bangunan baru ni air tak naik sebab tekanan air dari saluran belakang blok baru lemah dan tak mencukupi...

Hari ni khamis 25 Ogos - saya ada meeting JK Kurikulum daerah. Saya kena bentang E-Cerap sebab sekolah terpilih ujian rintis program ni. E-cerap akan berjalan bagi semua sekolah sabah mulai september. Semua guru akan dicerap dan dapatan markah akan dihantar ke JPN secara on line.  Bagus jugalah, untuk pastikan pemantauan P&P dijalankan dapat dinilai jarak jauh oleh PPD dan JPN. Cuma instrumennnya amat simple, jadi saya cadang masa mencerap kena bawa instrumen SKPM sekali supaya sekali kerja.

Apa yang mengejutkan ialah laporan status band semua sekolah menengah daerah Keningau dalam band 7 selepas menggunakan penskoran NKRA...aduh...susah jugak mau pergi naik band ni. PPD mahu semua sekolah mesti dalam band 1 - 4 sahaja 2012 nanti. Masalah student tak nak belajar, ponteng kian tambah...buku teks tak bawa, bawa beg kosong ke sekolah.Entah apalah ada dalam kepala student sekarang...jadi bolehkah capai matlamat kecemerlangan ni...Saya yakin masih boleh jika semua lapisan guru saya, ibu bapa dan komuniti menyokong komitmen ini...!

Apa guna cakap "boleh bah kalau kau..." kalau tidak untuk perkara kebaikan. Betul tak?

Sunday, 21 August 2011

Hujan ...

Alhamdulillah hujan dah mulai turun kelmarin malam,lebat pulak tu. Hari ni pun turun lagi,pakai payunglah pergi tarawih. Cuaca panas begini jadikan kepala saya sakit mungkin darah saya naik, tak sempat nak jumpa doktor.Habislah saya kena marah lagi ni. Isnin lepas sakit kepala bukan main sampai saya tumpang rehat dan tidur di rumah papan sekolah lebih kurang 2 jam baru saya sedar. Rupanya saya demam, tak perasaan pulak. Kelmarin dah 5 hari demam syukurlah kurang. Mana taknya, pagi sejuk lepas subuh dah bawa kereta 1 jam ke sekolah jalanraya berkabus musim kemarau. Lepas tu panas siangnya, masuk pejabat aicond, tutup aircond panas sebab bangunan sekarang tak ada kipas. Bilik saya pulak betul-betul dipanah matahari pagi. Masuk kereta aircond lagi, malam di rumah aircond lagi sebab kalau tak pasang, anak bongsu saya tak ble tidur...Tapi demam pun  saya pergi kerja jugalah...selagi boleh pandu kereta.Amin

Lepas terawih tadi, SU JK surau umum ada jemputan AJK Surau ke majlis berbuka dengan Ketua Menteri di Dewan Masyarakat pada 24 Ogos ni, 25 pula YB Rubin Balang nak berbuka di Surau...setahu saya dia non muslim, mungkin rombongannya yang muslim nak berbuka. 27 pulak majlis khatam Quran. Sayangnya 26 tu saya dah pergi KK dan tidur rumah di Cyber City sebab anak saya pulang dari JB malam tu. Kemudian nak beli baju raya anak lelaki yang kecik sebab setakat ni kami memang susah nak jalan...yang SPM asyik kelas hujung minggu. Yang sekolah agama ada KAFA. Kami tak mahu ajar anak ponteng macam ibu bapa lain kampung ni, pendidikan lebih utama daripada berseronok...harap tak ada aral.

Internet tak berapa ok dah sebulan slow macam dial up, Isteri saya kursus kewangan di Hotel Juta 3 hari...entah apa penyakit JPN buat kursus sampai malam pulak tu, macamana nak solat terawih.

Dan kuih sebiji pun belum sempat buat...he he. Semalam pulak buat majlis berbuka di rumah sekali doa selamat ulangtahun perkahwinan kami ke 20 tahun. Moga Allah panjangkan jodoh kami berdua dan dberi limpahan rahmat berpanjangan. Terima kasih kepada yang hadir dan Cikgu Meriam kerana bagi hadiah...

Friday, 19 August 2011

Puisi Lama : Catatan Kala Gerimis

Di jendela  dan kemerahan senja
kurias rupa dengan titik gerimis
yang merembes dinginnya,
dan seperti sebelumnya
seolah ia mengajakku semula ingat
kala gerimis  begini pernah kutulis 
perasaan bersalah dalam surat biruku yang pendek;
kukukatakan padamu
bahawa aku harus pergi
meninggalkan rinduku pada mu.

Dan sekarangpun
aku sering berdiri di sini
kala gerimis menjamah kaca jendela
kubiarkan saja titisnya mengumbar peristiwa
kenangan denganmu  dan teman-teman lama
mungkin suatu hari kau akan mengerti
persahabatan sebenarnya lebih bermakna
bila ditafsirkan kembali
tapi, apakah mungkin ada penjelasan lain
yang sesuai ketika itu…

Cuma yang pasti
gerimis akan sentiasa hadir menyapa, dan seakan
aku tak pernah bisa berhenti menuliskan ,
ingatan dan rinduku padamu
dan senja itu; dan
seperti malam-malam sebelumnya
memang beginilah selalunya berakhir
dan kita seakan rela kekusutan bertamu
tanpa kesudahan, kerana
kita tidak pernah menyediakan jawapan
untuk semua persoalan yang kita ciptakan
tanpa disengaja
dan gerimis hati kita,  anggapkan sahaja
suatu memori terindah untuk diulang baca
dalam diari usia
untuk selamanya.


Pulau Pinang
Mei 2008

Sunday, 14 August 2011

Demam di bulan puasa

Dah seminggu anak bongsu saya demam, kelmarin dah kurang tapi sepanjang demam dan sampai sekarang jadi manja sikit. Bila demam kena jagalah ubat dan lap dengan air, takut panas tinggi. Nasib baik kurang merengek, cuma mengantuk sikit, bukan sayalah...maknya he he

Cara elak demam musim puasa ialah jangan minum air sejuk apalagi yang bubuh ais. Orang tua kita mana ada sakit-sakit badan macam kita sekarang sebab dulu air kopi o panas di hidangkan termasuk kenduri kendara. Tak macam sekarang air sejuk, bergas dll. Saya zaman bujang kat kampus suka minum ais dan selalu kena tonsil. Bila puasa anak-anak kecil minta buatkan air sejuk, terpaksa juga buat takut kempunan (konon), tapi sekarang dorang dah faham...kalau buatpun asal ada rasa sejuk sikit jadilah tanpa ais.

Dalam tahun 1998 saya pernah demam teruk bulan puasa sampai kena masuk hospital 6 hari. Yang kesian isterilah sebab kena kejar lawat saya kat hospital dan sediakan juadah berbuka. Masa tu saya tinggal di  flat guru lagi, makan masa setengah jam ke hospital. Tapi rahmat juga, sebab mula saat itu isteri saya berani pandu kereta...tapi mula dia bawa tak berani jalan malam. Sebab lampu pun tak tau guna. Bila balik hujan turun aircond pun tak tau suis, abis anak-anak (masa tu baru 2 orang anak) basah sebab tingkap dibuka...

Sekarang bila dah ada rumah sendiri, pergi pekan 15 minit saja. Malam pun isteri saya boleh bawa kereta. Takdirnya saya pula kerja kat Keningau dan selalu kursus kat mana-mana. Senang sikit dia bergerak urus anak-anak. Masalahnya sejak guna gear auto, dia tak pandai bawa manual dah...?

Demam budak-budak kat kampung main meriam buluh dah mula...bingitlah jawabnya mulai kelmarin. Syukur sakit jantung anak saya tak macam dulu. Sebelum ni asal dengar bunyi dentuman meriam karbid, dia menggeletar berpeluk tubuh kat sofa...Alhamdulillah, Allah masih sayangkan dia, setelah pembedahan pertama tahun 2008 dia nampak normal saja...

Kat Sekolah demam exam plak, saya terpaksa menetap di bilik mesyuarat untuk periksa kertas. Sebab kat ofis selalu kena ganggu he he...minta maaf cikgu cikgu. Gara-gara SAPS bah ni...

Saturday, 13 August 2011

Bila Bulan Mengambang...

Esok 14 hari puasa dan mestinya bulan mengambang penuh akan kelihatan cantik. Sering diumpamakan gadis cantik dengan bulan 14 dalam cerita klasik melayu.

Tadi semasa pergi dan balik surau, bulan terang. Teringat saya masa dulu-dulu. Semasa kecil sewaktu di Kg Bukau Beaufort kalau musim bulan mengambang walaupun indah tetapi menyeramkan kerana rumah kongsi yang kami diami terletak di dalam kebun getah, bayang-bayang dahan dan ranting phon getah menimpa laman dan atap rumah seperti suasana dalam filem seram. Bila musim menuai, mama dan kakak menumbuk padi di halaman tanpa menggunakan lampu. memang seronok nampaknya. Tapi menjelang tengahmalam bila sunyi, bunyi burung hantu bersahutan pelbagai irama menaikkan bulu roma, kami yang masih kecil kadang menggigil ketakutan dalama kelambu. Sebab banyak pohon ara yang berbuah dekat rumah dan pokok durian yang dah mati, tentu menarik burung malam makan...

Bila saya pindah ke sini semasa tahun 78 ikut keluarga cari rezki menoreh getah jugalah tapi bapa bukan mandur estet dan tidak perlu jaga gudang asap. Banyaklah sikit masa lapang untuk bercucuk tanam. Yang saya nak cerita ialah di sini ada surau yang dekat dan boleh solat jemaah. Bila lepas maghrib abis belajar mengaji sikit kami main di halaman surau dan rumah Wak sairin yang berdepan dengan surau. kalau bulan terang banyak kelawar terbang makan buah ciku (kalau musimnya). Kami suka menyakat kelawar tersebut dengan buluh panjang. Masa nak wuduk kami pergi sungai tepi ladang getah lalu kebun koko wak sairin. Kami tak takut pun walau gelap gelita. Saya muazin pada masa tu sebab suara saya kononya sedap he he.

Bila tinggal di asrama waktu tingkatan 4, saya tak berapa suka bulan terang sebab kelihatan asrama macam rumah berhantu. Tambahan pula tapak sekolah tu konon bekas kuburan dulu-dulu. Apalagi bila 'free night' tv brunei tayang cerita hantu Indonesia, nak pergi buang air kecil pun kena berteman sebab masa tu umur saya baru 14 tahun...he he

Bila masuk U, ada sekali musim praktikal saya tinggal sendirian di Desasiswa Harapan. Struktur bangunan asrama tu menakutkan kalau waktu malam apalagi sendirian masa cuti walaupun ada beberapa siswa Palapes tetapi mereka jarang ada sebab ada latihan. Saya terfikir kalaulah perempuan yang diletakkan di situ, boleh jadi banyak perkara berlaku...tapi dulu-dulu mungkin manusia masih kurang jahat....

Bila saya tinggal menyewa di luar kampus. saya tinggal di Kg Gelugor. Sering saya tertidur bila baca buku larut malam dan tak sedar tingkap tak tutup. Tingkap kampung tu jenis memanjang. saya biasanya hanya sedar kalau angin kuat bertiup atau hujan masuk. Mujur tiada langsuir masuk hisap darah saya he he.
Kadang tengok bulan dari jendela ingat juga buah hati...sekarang dah jadi isteri saya.Macam filem P Ramlee juga barangkali...

Sekarang anak-anak jarang tengok bulan sebab tak keluar rumah. Asyik tv mana ada masa tengok bulan...hmm agaknya kalau bulan dah tak ada, mereka pun tak perasaan....

Wednesday, 10 August 2011

Penyakit dah datang plak ni...

Sejak bulan mei poket saya mulai sakit..nak tau kenapa?

1. Kereta-kereta menagih ubat. Unser saya panas enjin, cuci radiator. Kemudian gasket enjin mungkin leaking sebab tu airnya berminyak. Mau tak tak mau top overhaul. Habis Rm700.00. Jumaat minggu lepas klac abis, jalan macam tak bertenaga dan bau hangit. Belilah klac mau rm400 di Inanam. Lepas baiki klac, tengok 2 biji caplink dah rosak, ganti lagi. Habis Rm250 upah dan ganti minyak gear. Baliknya dah lewat jam 6.00, tengah jalan enjin henjut-henjut macam naik kuda pulak. Enjin mati dekat kampung. Jawabnya telepon isteri minta ambil dan minta kawan bengkel dekat situ tarik malam tu juga. 3 hari lepas tu selesai cerita, rupanya litar pintas. Melayang lagi Rm150 upah periksa dan servis alternator.

Gen2 isteri saya plak tercabut pemegang pintu...apalah kereta nasional ni. Pelik perangainya. Sebulan lepas beli dulu 2006, cerminnya tak bleh tutup pasal bingkai penariknya bengkok. Nasib baik dalam jaminan. Tak sampai setahun getah alas tepi pintu tercabut. Kemudian crankcase enjinnya pecah kena batu sebab rendah.Kes pemegang ni nampaknya tunggu hujung bulanlah agaknya.

Persona saya plak bunga tayarnya botak sebelah padahal dah buat jajaran di KK. Nak tukar baru tak mampu sekarang ni lagipun sebelah masih cantik. Cari second hand tiada no siri tu. Bulan lepas breknya melekat pasal pamnya jem...Ganti brek dan servis pamlah jawabnya.Aduii...

2. Rumah punya pasal. apartment di KK dah dapat kunci tapi kena bayar RM1000> dulu. Pasang meter letrik RM260, nak gril plak hampir Rm2000. Haraplah ada penyewa nanti...

Padan muka saya...he he

Tapi yang tak tahannya ni, badan lenguh semacam. Lepas terawih selalu tertidur di sofa sampai pagi...Markah exam nak cepat ni. Mudahan Allah bagi kekuatan ..(macam bunyi ayat seseorang di sekolah pulak...he he).Amin

Tuesday, 9 August 2011

Ramalan Sejarah SPM 2011

Kepada pelajar SPM, sebelum entri ni saya dah keluarkan beberapa ramalan soalan sejarah. Jika pelajar ada membacanya mungkin bolehlah jadikan panduan untuk fokus ulangkaji.

Dua minggu lepas sekolah anjur Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM dengan mengambil pandangan penceramah yang diundang oleh SMK Teknik Keningau. Antara yang diramalkan oleh penceramah ialah;

1. Sejarah/sebab/proses dan kepentingan pembukaan Kota Mekah semasa Nabi SAW
2. Ketokohan/kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW-perlukan contoh peristiwa untuk tunjuk bagaimana Nabi itu bijaksana, boleh dipercayaai dengan 4 sifat-sifat utama baginda dll
3. Kerajaan Maritim- Srivijaya sudah. Kemungkinan Melaka. Kedah Tua kurang menonjol.
4. Pengaruh/kesan Hindu Budha di Asia Tenggara. Soalan ni dah juga keluar dalam penggal 1
5. Simbol-simbol negara. Juga dah dikeluarkan dalam penggal 1
6. Malayan Union
7. Kemasukan orang India Cina
8. Nasionalisme Malaya zaman Jepun
9. Nasionalisme Indonesia dan Thai. Juga dah keluar penggal 1
10. Bab akhir-Perang Dunia

Tetapi ini cuma ramalan sahaja selepas analisis oleh guru cemerlang tersebut.

Monday, 8 August 2011

Sambutan Kemerdekaan...

Setiap kali acara sambutan bulan kemerdekaan, saya teringat semasa di SMK Kemabong. Pelajar di situ memberi sambutan meriah terhadap aktiviti yang dirancang. Mereka berlumba-lumba menghias kelas dengan bendera dan simbol-simbol negara dengan daya kreatif mereka. Di perkarangan astaka perhimpunan banyak bahan hasil rekaan pelajar seperti menara kembar petronas daripada tin, straw dan sebagainya. Pertandingan puisi, sketsa, deklamasi sajak, menulis esei, luahan anak merdeka. Pernah kami panggil tokoh VIP seperti Datuk Sairin Karno, Datuk Rubin Balang (YB Kemabong) dan wakil Jabatan Penerangan untuk forum merdeka, ketika itu saya wakil pengetua merasmikan acara itu. Acara kemuncak biasanya dibuat malam dikenali sebagai "Malam merdeka". seingat saya semasa jadi Ketua Panitia Sejarah sempat anjur hingga siri III. Pelajar luar datang sanggup bawa mak bapak naik lori estet.

Di sini, sambutan tidak sehebat itu. Mungkin anak-anak tempatan sini tiada tokoh pejuang yang dekat dengan hati mereka. Di sana mereka ada tokoh pejuang Antanom atau Ontoros yang termaktub sebagai tokoh pejuang dalam sejarah menentang Kompeni Inggeris yang mati dibunuh British. Malah nama Tenom diambil sempenaa nama beliau. Namanya juga diabadikan di dewan masyarakat  pekan Tenom dan Kemabong. Sebuah tugu peringatan didirikan di pekan Tenom di mana patung Antanom berdiri gagah menyambut pengunjung.

Apa pun, saya masih menyimpan harapan generasi muda perlu tahu dan faham erti kemerdekaan...

Sunday, 7 August 2011

Kenangan bulan ramadhan

Bila ke surau solat terawih, ramai budak kampung sama-sama solat. Teringat saya masa saya sekolah menengah sebelum duduk asrama. Hanya saya dan adik saya Awang yang selalu ikut solat terawih, yang lain orang dewasa dan berumur. Jalan masa tahun 70-80an masih belum aspal, dan biasanya kami ikut jalan kampung yang gelap dan seram sebaba ada sepohon kayu yang dikatakan ada penunggu...tapi tak pernah pun kami berdua jumpa apa-apa. Masa tu ada juga cerita 'pengait' (pemenggal kepala), tapi kami masih berani juga. Solat terawih masa tu memang penat sebab imam baca perlahan sangat dan 23 rakaat. Sekarang ni ambil 8 saja. Imam Jamal sekarang dah tak ada lagi...paling saya ingat ialah dia bagi duit 5 ringgit masa penutup terawih kerana kami rajin ke surau, sekarang baru saya faham kenapa dia bagi duit tu.

Puasa masa kecik tak menarik sangat sebab keadaan susah jadi tak adalah istimewa. Bila sabtu ahad paling teruk saya puasa sambil menoreh getah dan pikul susu. Alhamdulilah saya mampu bertahan, kawan-kawan lain bila kerja memang tak puasa termasuklah orang kampung lain.
Bila tingkatan 4 saya masuk asrama, berpuasa ramai-ramai memang seronoklah. Guru-guru kat flet turut terawih dan sudah tentu ada moreh yang sedap. Begitu juga masa tingkatan 6 walaupun letih terawih tapi belajar tak tinggal. Bila masuk USM, bulan puasa payah sikit nak sahur sebab malas nak bangun. Terutama tinggal di luar masa tahun dua ok sikit sebab kami masak sama-sama. Tapi masa tahun akhir saya menyewa sendirian. Bila saya sakit tak boleh puasa asyik muntah ja, nak makan macamana...mana ada kedai buka...

Sekarang saya dah 43 tahun hidup...alhamdulillah masih boleh berpuasa padahal hari biasa kalau lewat makan gastrik sampai nak muntah pun ada. Dahpun kena bangun awal pagi memandu 1 jam pulak. Kadang mesyuarat di PPD sampai jam 5, pernah sampai rumah jam 7, apalagi masa di Tambunan dulu memandu 2 jam, buka dengan air botol dalam keretalah jawabnya. Mujur sekarang dah di Keningau...

Tutup dulu....

Wednesday, 3 August 2011

Semangat pelajar Tingkatan 5....!

Bukan di sini sahaja keluhan guru tentang semangat pelajar sekarang. Semenjak akhir-akhir ni pelajar seolah tak suka ke sekolah termasuk yang pandai..kalau di pedalaman gara-gara harga getah naik. Enjoylah dengan handset atau motor siang malam. Kat bandar atau pekan lepak kat mall atau cybernet. Mujurlah anak-anak saya masih gembira dan seronok ke sekolah pagi dan sekolah agama petang. Mereka tetap score hampir semua subjek dan nombor satu atau dua. Tak nampak pun penat, balik jam 5.20 petang terus main kat luar dengan anak-anak jiran.Main bola keranjang, buaian atau jongkang jongket kat halaman rumah. Kadang mak bapa kena jerit suruh masuk mandi....

Kelmarin, Guru cemerlang Cikgu Kharazil dengan UBK (Nurshahida lagi?) teruskan sesi motivasi pelajar dalam siri 'Sepanjang jalan ke puncak' iii. En Shahreen dari IPGK Keningau datang dengan uniform KRSnya untuk bagi semangat pelajar T5, tapi kali ni saya nak pelajar sederhana dan Halus saja. Pendekatannya sesuai, tidak bosan dan pelajar beri tumpuan. Guru-guru bersemangat seperti Jafley, Bahlie, Justin turut ikut menjadi pemerhati saya nampak tertarik juga. saya agak itu masa subjek merekalah, tapi sedihnya mana guru lain. Takkan ke kantin bulan puasa ni. Orang kuat saya ada seorang datang sekejap, mungkin ada kelas lainlah.

Saya pun sambung sesi motivasi selepas sesi En. Shahreen jam 9.30 tamat. Untuk hilangkan lenguh saya ajak mereka menyanyi dan menari lagu "potong bebek angsa".Mereka seronok malah cikgu Bahlie ikut sama menari. Saya sambung sesi dengan cerita pengalaman dan impian masa kecil sebagai pembakar semangat pelajar. Ya...saya rasa semua kita ada impian, nak miliki kereta cantik, motosikal hebat, Set HIFi karaoke, rumah besar, kebuh buah-buahan. Saya bagitau mereka impian tu lah yang jadikan kita berusaha mencapainya. Disebabkan zaman kecil yang miskin, dengan belajarlah kita dapat ubah kehidupan kita. Alhamdulillah sebahagian impian saya tercapai...Saya bagitau mereka harta milik bapa bukan milik kamu, begitulah saya bagitau anak-anak saya. Mereka kena usaha sendiri mencarinya...dan kita akan rasa kepuasan yang amat sangat bila berjaya memperoleh apa yang kita idamkan.

Hmm, adakah mereka nampak apa yang kita nampak? Mudah-mudahanlah.

Monday, 1 August 2011

Puisi : Manusia Aneh II

Tiada kata bisa mengungkapkan rasa
apapun alasan setiap kau tiba
akan tambah menyakitkan
bak percikan minyak di atas bara
bila-bila mungkin meranapkan sabar
jadi bersedialah
andai detik itu menjadi noktahnya.

Sebenarnya aku telah lama bosan
menahan  hati  menanah ini
menyimpan harap ada keajaiban
hadirmu membawa kudrat dan semangat ;
-          Anak-anak didik tersayang kita yang kehilangan arah diri
perlukan suntikan motivasi, inovasi dan jati diri
-          Adik-adik kita baru belajar menjadi kuat dan yakin diri
perlu janaan minda dan hikmah kata orang lama
-          Tanah lembah indah ini perlukan belai, dan
Sentuhan pengalaman seorang  pengabdi murni
Tapi yang terlihat
kau bahagia menjadi asing
atau mungkin juga sengaja terlupa
jalan yang patut kau susuri.

Bukan bermakna aku kehilangan visi
dan aku pun belum juga penat berlari
tapi kalau kau mau genggam tangan
berlari bersamaku, pasti
piala itu milik kita bersama.

Apapun jua selepas ini
semua kami berharap
tidak akan ada lagi manusia-manusia aneh
yang berkunjung ke sini.


2 Ogos 2011
Keningau.