Wednesday, 27 July 2011

Puisi : Manusia Aneh

Bila semua orang menjadi diam
tanpa kata denganmu
harusnya dimengerti  bukan waktunya untuk menunggu
kalaulah aku di tempatmu
sudah lama aku pergi.

Segunung keanehan
kau masih melangkah tegar dan pasti
kami jadi termangu dan kelu
bagaimana lagi bisa memaksamu mengoreksi diri
yang terkepung sejarah ilmu beku
malah mampu bertahan dengan yakin
hingga senyumanmu menjadi pahit
di mata dan di hati.

Sejujurnya kuakui
kau memang manusia aneh
yang pernah kutemui,
dan kami pula terpaksa memikirkan
jalan mengundur diri.


27 Julai 2011
Kota Kinabalu.

Monday, 25 July 2011

Persidangan...

Salam,

Lama jugak tak menulis...penat sikit minggu lepas saya dan cikgu Danny urus Hadiah dan sijil Hari Guru Daerah. Ada sekali mesyuarat sampai 5.30, apalagi sampai rumah jam 7.00.Aduii, punya sakit badan...apa taknya dah pun bangun 4.30 terus kerja sampai malam. Nasib baik ada cikgu Danny yang sudi membantu urus sijil dan medal. Susah juga sebab kena tempah medal di Kota Kinabalu, kemudian PPD tak ada nak tandatangan sebab dia pergi umrah, lepas dia tandatangan baru boleh bawa jumpa Pengarah JPN di Federal. Senarai penerima pulak kena bagi Isnin, selasa malam jamuan nak dibagi sampai separuh. Saya tak dapat cek sijil-sijil tu sebab terlibat dengan Seminar Pagi tu di SM Teknik dan raptai tarian petang tu di Ken Hwa. Sebaik saya sampai jam 2.00, penari saya dah ada dengan cikgu Clarena, sedihnya dorang belum makan lepas sekolah terus ke dewan. Kesian, jadi habis raptai jam 5.00 bawa dorang makan di Restoran Rahmat dengan cikgu Dany sekali.

Hari Guru rabu tu lancar saja, dan persembahan tarian pun mantap dan dapat pujian. Tapi yang lucunya saya keluar di skrin sebab kena temuramah oleh PKG pasal Tokoh Guru cikgu Aron Warso yang dikenali sebagai Panglima Hitam tu. Tahniahlah cikgu.

Hari ni, saya di Kota Kinabalu untuk persidangan pengetua Sabah 2 hari mulai esok. Hotel Promenade tempat bersidang penuh, terpaksa stay di Tang Dynasty Plaza. Nasib baik dapat hotel dekat, jalan kakilah nampaknya esok ke sana. YDP PIBG call tadi esok ada majlis penyampaian sumbangan peruntukan yang saya mohon dari TKM Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di pekan apin-apin. Saya minta dia wakil saja sebab saya tak boleh datang. Syukurlah ada sumbangan tu, dapatlah saya jalankan beberapa program akademik yang penting-penting.  Terima kasih Tan Sri.

Saturday, 16 July 2011

Seminar Keibubapaan

Pagi tadi saya dua jemputan. Satu sesi solat hajat upsr sekolah rendah kampung saya dan satu seminar keibubapaan sekolah menengah jenis China anak perempuan saya yang spm tahun ni. Isteri saya YDP SK tu, jadi dia ajelah wakil majlis solat hajat tu, saya pergi seminar. Pagi yang sama ada gotong royong masjid dan bersih kuburan...tak dapatlah pergi kat situ juga...nak buat macamana kan...?

Yang saya nak cerita ialah, banyak aktiviti akademik kat daerah Tenom disokong kuat oleh YB YB dan orang parti. Ahli Parlimen Tenom dan Orang-orang pemudanya kerap turun padang dan bagi sumbangan kewangan hingga ada taja bengkel teknik menjawab soalan di hotel perkasa. Setiap tahun nak exam, dorang bagi peralatan menulis untuk semua calon. SK di kampung saya bukan saja dapat bantuan kewangan tapi ada bagi aicond pejabat. Dewan terbukanya pun didayakan oleh YB. Tapi orang kampung juga boleh tahan...bagi kipas angin, papan dan pendawaian percuma, malah pondok jaganya konkrit dengan aicond sliding windows. Macamana pun tahniah kepada Guru Besarnya kerana kelihatan bersungguh memajukan sekolah tersebut. Cuma makan masa sikit nak sedarkan anak-anak kampung yang kurang faham masa depan...tambah risau saya Cyber cafe jiran saya nilah....sampai larut malam bebudak kat sana, bila durang nak studi...

Balik cerita tadi, kalaulah di sekolah saya YB bagi dana macam kat atas tentulah banyak benda boleh buat. Ini YB situ panggil pun  tak datang. Pernah datang 2009 pun lewat, sampai sekarang janji nak bagi bahan bina pondok rehat tak nampak bayang. Nanti kerajaan juga disalahkan padahal kerajaan dah suruh mereka aktif dan turun padang...hmm.

Lastly, tak banyak benda baru saya dapat sebab sayapun selalu 'ceramah' perkara serupa kat sekolah. Tapi oklah juga ilmu mesti ditambah dan disegarkan...terima kasih.

Wednesday, 13 July 2011

Ego atau lupa diri?

Pernah tak anda jumpa orang macam ni...?

Kadang-kadang malas nak fikir perangai orang macam ni. Tapi kalau dah jumpa ...hmm pening kepala kita.
Orang macam ni anggap dirinya hebat, orang lain tak setinggi ilmunya. Kadang lupa statusnya...

Alah status pun kat dunia kan...he he. Yalah tapi dalam organisasi itu penting kan. susahkah ikut saja cakap bos, lain kali bila korang bos, orang kena ikut cakap korang pulak. Selagi betul, ikut ja lah...kan.

Tuesday, 12 July 2011

Soalan Ramalan Karangan Bahasa Melayu SPM 2011

RAMALAN TAJUK KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2011


1.KEBAIKAN RIADAH DAN REKREASI

2.
USAHA-USAHA UNTUK MENGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA

3.KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR

4.KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM

5.CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG.

6.KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL DAN USAHA-USAHA UNTUK MENGELAKANNYA

7.USAHA-USAHA MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN.

8.USAHA-USAHA UNTUK MENGGLAKAN AMALAN GOTONG ROYONG

9.PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM.

10.FAEDAH MENABUNG DALAM KEHIDUPAN KITA.

11.MASALAH KEMASUKKAN PENDATANG ASING,PUNCA,KESAN DAN LANGKAH UNTUK MENGATASINYA.

12.PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI KEMALANGAN JALAN RAYA.

Soalan Ramalan Sejarah SPM 2011


TINGKATAN 4
Bab 1 (Tema 1)
-Tamadun India /Indus.
-Tamadun China.
( 6 aspek )

Bab 2 (Tema 1)
-Tamadun Rom
-T.Yunani (keseluruhan sudah keluar)
-T.China.
-T.India.

Bab 3 (Tema 2)
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara. (politik, ekon dan sosial)
-Kerajaan Srivijaya & kuasa Maritim.
-Kerajaan Kedah Tua.
-Kepentingan Candi.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.

Bab 4 (Tema 3)Islam di Makkah.
-Amalan sistem Kabilah.
-kerasulan nabi Muhammad s.a.w (SPM 2010)
-Penentangan Islam di Makkah.
-Reaksi masyarakat di Makkah.

Bab 5 (Tema 3)Islam di Madinah.
-Perjanjian Aqabah.
-Pembukaan Kota Makkah (8 hijrah)

Bab 6 (Tema 3)
-Sumbangan Umaiyah (Tahap 1 dan 2)
-Sumbangan Abbasiyah (intelektual)
-Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun barat.
-Pertembungan Tamadun islam.
-Sumbangan T.Islam dm bidang sains.
-Sumbangan Ibnu Sina.
-Sumbangan dalam bidang seni.

Bab 7 (Tema 4)
-Teori kedatangan Islam Asia tenggara.3 teori (SPM 2010)
-Cara penyebaran Islam ke Asia tenggara.*
Perkahwinan, gol bangsawan,kelhiran K.Islam, pusat kebudayaan, mubaligh, keistimewaan Islam)
-Kesan penyebaran Islam Asia Tenggara.
-Pengaruh Islam ke A.Tenggara (hampir keseluruhannya sudah keluar)


Bab 8 (Tema 4)
-Kesan Islam terhadap sosiobudaya.
(pendidikan, bahasa dan ekon, kesenian & gaya hidup)
-kesan kedatangan islam terhadap perdagangan, m.wang dan percukaian.


Bab 9 (Tema 5)
-Zaman gelap
-Zaman Reformation.
-Ciri-ciri Fedulisme di Eropah dan ciri-masay Melayu tradisional.

Bab 10 (Tema 6)
-Dasar British terhadap Undang-undang tanah.
- Kesan-kesan terhadap ekonomi.
(perbandaran, pembentukan masyarakat berbilang kaum, sistem pendidikan vernakular, perkilangan, pengangkutan & kesihatan)


TINGKATAN 5

Bab 1 (Tema 1)
- Perkembangan nasionalisme pada dua tahap.
-Gerakan nasionalisme di Thailand.
-iktibar drp.gerakan nasionalisme.

Bab 2 (Tema 1)
- Faktor penentangan tempatan
-Tokoh (sudah keluar spm Naning, J.Brooke, Mat Salleh) (SPM PErak & Pahang)
-Gerakan Islah.
-Gerakan nasionalisme Zaman Jepun.

Bab 3 (Tema 2)
-Pembinaan negara bangsa di Melaka dan negeri Melayu. (SPM 2010)
-Undang2 Tubuh Negeri Melayu.(kecuali Johor SPM 2009)

Bab 4 (Tema 3)
-Persekutuan Tanah Melayu 1948. (kecuali….)
-Tokoh penggerak.
-Politik di Sabah dan Sarawak.


Bab 5 (Tema 4)
-Suruhanjaya Reid.
-Peranan tokoh2 kemerdekaan.

Bab 6 (Tema 4) Bab favourite.
- Suruhanjaya Cobbold.
-JAK.



Bab 7 (Tema 5)
-Raja berpelembagaan,Tugas Yang Dipertuan Agong.(SPM 2010)
-Sistem Pemerintahan Malaysia (Tiga badan)*
-Parti politik di Malaysia.
-Senarai Persekutuan & Negeri.
Lambang Negara/Jata negara.
-Lagu Negaraku.
-Bendera Jalur Gemilang.

Bab 8 (Tema 5)
-Rancangan Lima tahun malaysia.(Rancangan Malaya 1 SPM 2010) yang lain belum keluar.
Tahap 1 dan 2.
-Wawasan 2020
-langkah mendaulatkan bahasa
-Dasar pendidikan. kebangsaan.

Bab 9 (Tema 6 )
-Koridorraya Multimedia.
-Konsep K ekonomi dan K masyarakat.
-3 Tahap pembentukan dasar luar Malaysia. (dasar dan kenapa)
-Perang Dunia Pertama.
-globalisasi (SPM 2010)

Sinopsis Novel kabus Di Perbukitan



Novel Kabus Di Perbukitan (Novel Ting.5 SPM 2011)
SINOPSIS

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran

Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.

Bab 5 : Bukit Kutu

Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada Harapan

Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.

Bab 7 : Kabus di Perbukitan

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.

Bab 8 : Terus Mencari

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu

Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan

faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

Bab 12 : Tekad

Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Bab 13 : Rindu

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi

Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.

Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.

Bab 17 : Penyembelihan Kambing

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.

Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata

Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

Bab 19 : hati dan Warna Kanvas

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.

Bab 20 : Pendatang

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.

Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

Monday, 11 July 2011

Laman web Sekolah...?

Petang tadi, salah seorang guru ICT jumpa saya ada urusan. Saya minta siapkan web sekolah yang terbantut sejak pertukaran Cikgu Kalai balik Perak 2008. Cikgu Nurazlin namanya, guru dua alam. Sebab datang jam 9 balik jam 3. Dia antara guru yang banyak bantu penyediaan bahan multimedia jika ada acara dewan. Tak pernah menolak kerja dan ceria selalu. Menurutnya, dia tengah belajar menyiapkan web yang boleh akses link keputusan peperiksaan pelajar...harap-harap jadi kenyataan sebelum dia bertukar. Kononnya dia nak isi lagi borang tukar hujung tahun sebab nak jaga orang tua,...siapa yang tandatangan...hmm.Lu fikirlah sendiri. Kena siapakan web sekolah sehingga sekolah puas hati dulu weii.

Cerita tentang ICT, teringat mesyuarat Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) Zon Keningau khamis lepas. Mereka mencadangkan usul kepada JPN agar diberi kelonggaran membuat pembelian peralatan ICT yang kecil macam printer, pendrive dan antivirusbagi melicinkan pengurusan sekolah.Harap cadangan itu nanti diterima, mudah-mudahanlah.

Cerita tentang dasar baru diumum pula, iaitu tahun 2012 semua MPV di sekolah mansuh dan peralatan kena hantar ke Sekolah Vokasional. Sedihlah sekolah yang baru buka MPV macam sekolah saya. Murid pun suka sebab tak payah pergi jauh ke sekolah teknik. Nak masuk sekolah tu pun terhad, asrama pun sedikit saja. Mudahan ada keprihatinan KPM nanti bagi meneruskan MPV di sekolah...

Sunday, 10 July 2011

Hari Ulang Tahun dan kenduri kendara

Hari ni ulang tahun anak saya kelima, Muhammad Idhlan yang ke 8. Macam biasa ada kek strawberrynya dan kfc jugak. Dia dapat beg biru. Moga dewasa jadi anak soleh. Cuma saya tak sempat makan nasi bersama mereka sebab ada jemputan kenduri arwah jiran dua belah rumah. Sekarang musim kenduri, maklum bulan syaaban ramai penganut Islam di kampung saya masih anggap bulan ni kena kenduri untuk arwah-arwah yang telah menemui Tuhan...tak ada dalam Kitab pun bulan Syaaban kena buat benda ni...tapi dah kebiasaan. Saya tak arif nak komen benda ni...

Masalahnya bila ramai nak kenduri sering bertembunglah. Semalam pun ada di kampung sebelah. Hari ni ada dua kenduri di kampung saya, terpaksa ponteng satu nampaknya. Alangkah baik kalau diatur tarikhnya...senang sikit nak hadir kan. Tapi entahah dari dulu sampai sekarang hanya idea sahaja yang sering ada, laksananya itu-itu juga. Cuma yang risau sayalah, sebab bila dah daging depan mata...lupalah sakit darah tinggi saya tu he he.

Seingat saya mula kena HPT (tekanan darah tinggi ) ni sejak saya pegang jawatan PK HEM dulu. Maklum kena urus bukan saja masalah budak tapi serangan ibu bapa juga. Khusus bila anak durang kena tindakan disiplin atau kena buang asrama. Masa PKHEM dulu rotanlah jadi bekal meronda, tak kisahlah kecik besar, tingkatan 6 pun saya bedal. Sekali masuk hospital 6 hari padan muka...tapi dah komitmen kan...mana tahan. Bila jadi PK1 lagilah berat tugas. Kitalah jaga semua macam pengetua...dari longkang sampai atap kena ambil tau, bos terima berita siap ja. Dari situlah saya belajar jadi pentadbir. saya tak faham mengapa ada orang pegang jawatan tapi tak faham tugas mereka...nak kata tiada ilmu, kadang ilmu mereka lagi tinggi dari saya, dari segi umur pun saya tak sematang mereka. Saya akui saya banyak kekurangan, tapi saya ingin mencuba. Memang selalu keciwa bila harapan kita teramat tinggi nak bawa sekolah ke hadapan...tapi boleh kah kalau saya sendirian tanpa bantuan orang-orang kanan saya....macam manapun saya tabik guru-guru yang mantap semangat juang mereka macam Cikgu Bahlie, Linus, Maidah, Jafley, Doreen, Hilda, Jubidah, dan lain-lain termasuk guru baru yang gigih macam Carol, Elyna, Monika, Alyseta, Mui Lan, NurAzizah, Masroha, Devie dan lain-lain...tak larat nak sebut. Yang kurang semangat tu kecil saja..biasalah ada kat mana-mana sekolah

Harapan saya, mereka masih sudi jadi guru dan sedar tugas guru adalah amanah...

Friday, 8 July 2011

Cabaran atau ....?

Hari ni sekolah ada dua program serentak.Merentas Desa peringkat sekolah memang dah dirancang. Kedua, rabu tu tiba-tiba PPD arah kami tuan rumah Program Integrasi Peringkat negeri pulak tu. Nak buat macam mana ikut arahanlah kan. 10 peserta  dari 10 sekolah di keningau kononnya. Tapi sekolah saya hantar semua tingkatan 5 supaya dapat sijil peringkat negeri... Saya pun bagi dua badanlah, sedang dengan budak-budak nak siap lari datang rombongan JPN, sambut dulu. Kemudian minta izin lepaskan peserta. Tengah lepas KPP Kemanusiaan Datuk Jamigol datang, sambut lagi dan terus masuk dewanlah. Cikgu Syahidah jadi pengacara, sendirian. saya tak tahulah macamana dia kena bertahan sampai tengahari di situ...Saya tabik juga Syahidah ni, dahpun mengajar subjek BI menengah atas...selalu kena minta jadi pengacara pulak. Kadang dia mengeluh jugak tapi kerja tetap diteruskan... Tahniahlah kepadanya atas kesanggupan demi kejayaan majlis sekolah.

Dalam masa yang sama, pegawai-pegawai Akauntan Negara (AG) keningau datang ajar ESPKB...hmm. Tak bestnya masa tak cukup sebab jumaat. Isnin dorang janji datang lagi.

Kadang duduk-duduk petang teringat masa lalu,  mula saya tiba di sini dah nampak situasi tak sedap. Bila saya buat gotong royong kemas bilik guru, ramai jadi penonton. Saya ambil penyapu dan sapu sawang dinding bilik guru (lama), guru-guru yang tengah sembang lari...Saya perhati macam mereka tak nampak sampah dan kekotoran depan mata. Apa-apa kecacatan bangunan ke, kerusi meja terbongkang kat koridor ke, wayar terjuntai ke, papan notis buruk berlubang ke dll...macam mereka tak kisah. Paling sadis saya nampak guru tinggal di flat pokok tumbuh dah meninggi tak ada yang bersihkan. Mungkin itulah mercu tanda bagi mereka. Setelah masuk 2 tahun tak ada yang sanggup bersihkannya dengan alasan kayu bumbung reput takut terpijak dan jatuh;Saya terimalah alasan tu. Kalau saya paksa panjat mereka jatuh, tragedi pulak kan. Akhirnya saya upah orang bersihkan. Saya pernah tinggal flat 10 tahun masa guru dulu, saya masa tu dah PK. Kalau tukang kebun tak sempat potong rumput, saya potong sendiri atau upah budak pengakap. Longkang pun saya bersihkan. Saya tanam pokok  kelapa. rakan-rakan lain bina pondok rehat di depannya. Ada pokok buah yang sudah banyak buahnya macam buah wani (kuini) hasil tanaman guru lama. Siapa pergi SMK Kemabong akan nampak banyak pokok dekat flat dan jalan ke asrama. Kalau cuti panjang, kadang saya tolong siram bunga sekolah, pernah juga saya taruh baja pokok kelapa yang lambat besar. Malah keliling padang ada seorang guru Kelantan tanam pokok nangka, banyak buahnya....tapi saya tak nampak usaha serupa tu di sini. Malah bil air bertahun tahun terhutang sampai akhirnya saya buat tindakan bayar dan lupuskan, sebab tak mungkin cari orang-orang yang tinggal lama-lama. Tak tahulah sama ada mereka hargai atau tidak.

Sekarang sampah dah bertimbun kat koridor belakang kelas, boleh nampak dari bangunan baru. Kotor betul. Terpaksa minta jasa baik murid petang bersihkan...hairan juga kenapalah murid murid ni suka sangat campak sampah merata-rata. Guru kelas buat apa ya, kelas pun kotor selalu. Macam mana saya nak bagi markah tinggi...?

Hmmm...nampaknya saya kena renung dosa saya mungkin sebab tu tercampak ke sini...he he