Saya sedang menghadiri kursus di Kota Kinabalu selama 3 hari 28-30 jun anjuran IAB, Genting. Malam seorang adik yang kerja di bandaraya ajak dinner. Dia orang penting juga. Saya tanya betulkan desas desus pilihanraya hujung tahun ni. Dia cakap macam betul sebab kerajaan perlu kuasa yang mantap berbanding sekarang...
Saya tanya apa masalah, tempoh PRU lama lagi. Suasana nampak memihak kerajaan sekarang jadi sesuai jika buat election. Sebenarnya semua orang berharap kerajaan yang stabil untuk survival masing-masing. Tetapi kalangan tukang tengok (borak kedai kopilah) cakap- sikap sesetengah pemimpin yang ada membuat orang menyampah. Itu cakap-cakap oranglah...komen blogger bertimbun nak baiki perangai pemimpin yang diharap menjadi panduan...tetapi sebahagiannya tak ambil peduli. kata mereka...
Tapi kita kena faham, bukan senang kalau kerajaan bertukar-tukar. Macam menteri bertukarlah, dasar baru lagi keluar....jadi pada pendapat saya...sama-sama tegur menegur. Yang baik kita ambil, yang tak baik, buang tepi. Apa guna sesama bangsa dan agama berpecah pecah, orang lain ketawakan kita. Kita juga yang rugi. Rasul dah pesan, jika kamu berpecah-pecah kamu akan lemah...
Sekadar ruang berkongsi cerita suka duka dengan kawan kawan, anak-anak dan sesiapa sahaja....Sebab pengalaman itu kadang-kadang menjadikan kita lebih bijak menempuh panorama hidup...
Wednesday, 29 June 2011
Sakitnya dapat orang tak faham
Sebagai manusia biasa, kita tak tahu pun apa-apa. Kita jadi pandai melalui pemerhatian sejak baby, kecil, dewasa. Melalui pendidikan kita jadi bijak menempuh kehidupan. Kemudian kita bekerja dan meneruskan kehidupan lebih mencabar. Kita mungkin dapat jawatan atau pangkat. Biasanya ilmu kita terhad, tetapi orang cakap sumber ilmu banyak, carilah...masalahnya bila ilmu ada tapi buat bodoh...
Pengenalan
Dilahirkan sebagai lelaki pada 20 Februari 1968 di rumah. Nama kampungnya Bukau dalam daerah Beaufort.Bintang Romawinya Picses. Ayah penoreh getah dan mandur ladang getah tauke Ah Kau.
Disebabkan lahir dalam ladang getah, mulai kenal susu getah kira-kira 4 tahun biasanya kami dah dibawa kerja buka skrap dan tolong angkat susu kalau hujung minggu atau cuti selain membantu tanam sayur dan padi. Bapa ada juga beli tanah berdekatan Kg Tambalang Alung (sekarang ada jalan raya di tepinya) dulu jalan hutan.Tapi bila musim hujan sikit ja banjirlah dan padi hampir semua rosak dan kami selalu tidak dapat ke sekolah. Bila musim padi mulai besar, musim cuti kamilah jaga walaupun masih kecil. Paling saya takut ialah beruk kera yang besar besar warna oren, rupanya macam singa...bila kera ni turun makan padi...dia pandang kami ni macam mau makan kami saja, langsung tak takut kami halau...
Peliknya, sekarang saya terfikir kenapa orang tua dulu tak risau kami jaga padi jauh dalam hutan ketika masih kecil. Ada suatu ketika saya lapar dan tinggalkan kakak di sulap sendirain sebab saya mau balik satu batu jauhnya dari rumah. Mau nangis saya masa tu tinggalkan kakak yang baru tahun 5 saya tahun 1.
Ada satu ketika, ketika saya duduk di sulap besar lebih kurang 100 meter dari kakak yang jaga padi di sulap kecil.Kakak menjerit-jerit...katanya ada ular besar di bawah sulap...saya tak bleh buat apa-apa.Cuma berdoa saja agar ular tu lari...alhamdulillah, ular tu lari.
Kalau nasi bekal abis, bila petang kami cabut keladi yang mama tanam dan rebus dalam belanga, sedap juga masa tu. Kawasan berpaya, jadi selalu banyak ikan asalkan ada lopak yang dalam, biasanya ikan keli.tapi selalunya kalau keli dibiarkan besar, di makan haiwan lain pulak,entah apa.tapi selalunya tinggal tulanglah yang ada bila kami periksa.
Abang sulung saya sekolah di SM St John pekan Beaufort naik basikal 6 batu kalau tidak silap.Bila pulang dia tolong buat cuka getah untuk penoreh hari esoknya. Kalau cuti selalu saya perhatikan apa dia buat tu. Gelen cuka besar disimpan dalam stor yang ada keranda cina besar besar, gelap dan selalu ada kelawar berterbangan keluar bila pintu dibuka.Kami takut tapi abang tidak takut pun. Bau cuka saya tidak suka. Abang campurkan dengan air dan agihkan dalam botol-botol kemudian disusun di dinding gudang.Pernah suatu hari bila tauke suruh angkat Gelan cuka dari kereta ke gudang, cuka tumpah mungkin tutupnya longgar.Belakang badan abang melecur terbakar, mama pecahkan telur dan bubuh di tempat kena cuka tu. Kalau tak silap saya kesan lecur tu berbentuk anak ayam di belakang abang.

Subscribe to:
Posts (Atom)