Saturday, 31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012

saya mengucapkan selamat menyambut tahun masehi 2012 kepada semua guru, anggota pelaksana dan pelajar SMK Apin Apin...kita semua berharap tahun ini pencapaian akan terus meningkat.

Monday, 26 December 2011

off line & cuti...

Ingatkan cuti ni banyak bahan boleh dapat, hampeh betul internet asyik off saja dengan telefon sekali tak dapat. Tak berapa kali saya mengadu di TM Point...begitu gitu jugak. Rugi bayar streamyx...apa jadi tah dengan TM ni, dah puas saya lapor...

So, tak dapat saya cerita panjang ...cuma saya dapat juga bercuti 12 hari, esok 27 dah ada taklimat SBPA di sekolah, mungkin cikgu Safri yang bagi sebab dia wakil hadir taklimat hari tu...lagi pun esok ada Majlis Perpisahan PPD Keningau di Hotel Perkasa jam 8 pagi...

Di bawah ni sedikit gambar masa cuti, ekspedisi balik tawau, Ranau, Kota Kinabalu...
 Singgah di Mesjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk solat
 Di Felda Umas-rumah peneroka terkaya...
 Singgah di Hospital Tawau


 Brek haus...di Ranau jam 5 petang
 Singgah makan di pekan Ranau

 Pemandu arah...lega...
 Si Ainul ambil kuliah memandu

Sempatlah juga anak kedua kami ambil kuliah memandu 5 jam pada hari sabtu tu.




Tuesday, 6 December 2011

Kantin oh kantin...

Kesian student yang exam makan angin masa rehat sebab pengurus kantin kehilangan tukang masak menyebabkan terpaksa tutup niaga walaupun dalam perjanjian mesti buka niaga masa exam...termasuk saya juga terpaksa balik jam 2 sebab amat lapar he he...

Dan tak lama lagi exam nak selesai. Tinggal beberapa kertas saja lagi...tapi sedihnya student macam tak belajar pun masa menunggu...beberapa kerat saja duduk baca buku. Yang lain asyik sembang...padahal inilah kali terakhir mereka belajar. Lepas ni sebahagian mereka saya jamin menganggur panjang...haah, entahlah. Berbuih kita pesan, begitu juga perangai.

Oh ya, dengar khabar taklimat skim gaji baru akan dibuat minggu depan, tapi saya belum dapat surat panggilan pun. Masalahnya saya nak bercuti ni...aduii...cuti saya masih banyak, ada 32 hari lagi untuk tahun ini baki cuti saya dari jumlah 35 hari setahun...masa jadi guru seronok cuti panjang. Bila jadi pengetua ni, kunun masa pejabat...tapi pagi kena mengajar juga ...jadi kena kejar masa macam guru lain sebelum jam 7 saya ada di sekolah lebih awal dari guru-guru biasa...mujurlah saya dah biasa begini masa Penolong Kanan dulu. Masa jadi PK1 dulu, saya mengajar subjek sejarah 6 Rendah dan 6 Atas serta sastera Moden. Jumlah masa 16 tapi boleh juga buat kerja pentadbiran di samping kelas tambahan hingga jam 4 ,2 kali seminggu. dan keputusan subjek cemerlang...kini sebahagian mereka dah gred dari IPT dan bekerja. Masa tu mana ada masa lepak di kantin macam sebahagian guru sekarang. tapi yang pasti, bila guru dah ada kerja sampingan, fokus memang lari. Kalau dengar sembang mereka tentang tanah, rumah baru, insuran dsb. Jarang sembang pasal murid atau hal kerjaya kecuali guru-guru baru dan guru perempuan, yang lelaki...hmmm adalah yang masih ok ok tu...

Bila diingat kembali...dulu saya nak jadi wartawan...tapi prospek di Sabah tak macam semenanjung. jadi guru akhirnya. Tapi bila dah jadi kerja, buatlah sebaik mungkin...sebab kita mendidik generasi, bukan mengeluarkan produk kilang. Lagi pun kita pemegang amanah yang diberi ibu bapa agar menjadikan anak mereka pandai, beretika dsb...lagi pun gaji kita perlu halal 100%. Sanggupkah kita  beri anak-anak kita makan hasil pendapatan tak sempurna halal haramnya...fikirlah sendiri?

Kantin? Opps lari dari skop he he

Tuesday, 15 November 2011

Minggu yang sibuk...?

Memang cuti sekolah menengah dah mula sebab exam spm...tapi ada seminggu bagi guru bertugas rasmi. Tugasan sekolah ialah

1. Pendaftaran bergerak ke sekolah-sekolah rendah sekitar Apin Apin. Dibuat mulai tahun ini bagi mengelak rungutan ibu bapa yang selalu terpaksa berasak di dewan sekolah ketika pendaftaran serentak. Begitu juga keluhan sesetengah ibu bapa yang terpaksa berjalan jauh khususnya dari Kg Pangas, Gasabon, Kepayan, Ranggom, Bundu dan lain-lain. Duit tambang dan makan anak-beranak masa mendaftar boleh guna untuk bayar beberapa yuran seperti peralatan dari koperasi macam tanda nama, lencana dll. Ada juga yang sukar datang kerana masalah kenderaan. Jadi, bila kami yang datang ringan sikit beban ibu bapa. Kelmarin (Isnin) pendaftaran di SK St James dan SK Apin-Apin dilaporkan lancar mungkin persediaan ibu bapa yang memang memahaminya, tapi hari ini saya sendiri meninjau ke SK Kepayan Baru...kehadiran ibu bapa agak lembap menyebabkan saya terpaksa balik ke sekolah dulu sebelum menunggu konvoi kami ke SK Pangas. Di SK Pangas bilangan mendaftar sepatutnya 10 orang, tapi yang datang tak cukup...tapi yang penting guru-guru pendaftaran nampak seronok sebab dapat mengembara...saya pun pertama kali lah ni sampai ke Pangas. Dengan menumpang Frontier cikgu Muslim...jaraknya 10 km, fuhh...gravel dan panjat bukit kecik...kalau musim hujan ...sukar jugak rasanya. yang penting arahan PPD Tuan Raisin agar saya lawati Feeder School dah tercapai he he...

to be continue...

Jumaat sudah, baru saya dapat sambung. Khamis kelmarin pendaftaran bergerak selesai di SK Bundu. Saya teringin nak pergi ke sana tapi tak sampai hajat sebab ada urusan jumpa PPD minta tandatangan Surat Jemputan Mesyuarat PPSMS yang akan diadakan selasa depan. Tapi Timbalan saja yang ada, bolehlah.

2. Hari Khamis tu ada dua acara saya, satu jemputan APC sekolah anak-anak dan jemputan ke program Khatam Quran peringkat Zon Pedalaman di Kota Ayangan...anak saya terpilih wakil ke sana...tapi fikir-fikir akhirnya saya ke sekolah sendiri sebab ada pembentangan Perancangan Strategik 2012-2016...Nilah kadang-kadang terpaksa pilih antara tugas dan keluarga...Lagipun jemputan ni pakai lisan saja, cuma kesianlah anak saya ...hmm, tapi bagi saya, kerana tugaslah saya boleh sara keluarga. Mujur isteri saya wakil ke APC anak-anak, kebetulan dialah YDP PIBG di sana. Bila pulang isteri saya bawa khabar baik, ketiga-tiga anak saya banyak sapu hadiah. Alhamdulillah...Moga Allah balas usaha saya dan isteri saya jaga anak orang, Allah jaga anak saya pulak...

Berita gembira juga...keputusan UPSR sekolah anak saya meningkat lebih 40%. Tahniah kepada GB nya En. Noordin Taip atas usaha meganya. Saya amat berharap tahun hadapan anak saya akan menduduki UPSR dan juga calon harapan sekolah boleh harumkan nama sekolah. InsyaAllah.

3. Jumaat  pagi tadi...saya jumpa Pengerusi PPSMS Keningau En. Jhony di SM St Francis. Hal mesyuarat Persidangan Pengetua 2012 lah, Lepas tu pergi cari kontraktor yang sanggup cat bilik darjah masa cuti walaupun bayang duitnya belum ada. Mujur orang tu sanggup tolong...Kemudian, sampai sekolah mesyuarat Akhir Tahun dah habis. Kelmarin saya dah mulakan, jadi disambung oleh PK Pk lain. Ada juga pembentangan dapatan Seminar Revolusi Pendidikan di Putrajaya Isnin lepas yang dihadiri oleh Pn Laimah. Saya dengar beliau berjaya sampaikan maksud seminar tu dengan baik. Tahniah. Kemudian pemilihan semula AJK Kelab Staf yang baru. Pengerusi baru ialah Cikgu Nicholas...semoga visi saya dapat dijalankan oleh AJK baru. Apa pun terima kasih banyak kepada AJK lama...

4. Petangnya PPD panggil mesyuarat jam 2.00 untuk terangkan Dasar MBMMBI, beliau terpaksa bagi walaupun masa terhad kerana selalu kena panggil mesyuarat luar daerah dan Kuala Lumpur. Lagi pula beliau akan bertukar ke SPS di JPN sebagai Ketua Sektor SPS. Dan khabar sah PPD baru ialah pengetua SMK Sook En. Masy Wahip, tahniahlah tuan. Lepas taklimat MBMMBI sambung taklimat agihan KWAPM, ada 96 penerima di sekolah...harap PK HEM dapat urus sekali dengan pengagihan RM100 tu pada hari Khamis, sebab Isnin baru dapat keluar surat kepada  ibu bapa, selasa saya ada mesyuarat, Rabu ada acara Persaraan Zon Pedalaman di Perkasa Hotel....hmm, macam saya penat sudah ni...

Salam...

Friday, 11 November 2011

Selamat Menjawab soalan SPM...

Kepada anak-anak sekolah,

Cikgu amat berharap anak-anak boleh menjawab soalan dengan tenang dan baik. Kami semua guru-guru mendoakan agar keputusan SPM nanti sesuatu yang mengubah keadaan anda juga sekolah kita...

Kepada anak-anak Sejarah 5 Bestari yang cikgu sayangi, cikgu saya amat sedih kerana selepas ini kita mungkin tak selalu berjumpa untuk bergelak tawa macam selalu dalam kelas. Cikgu akan rindukan wajah-wajah kamu...

Selamat menjawab. Yakin boleh...

Tuesday, 1 November 2011

SPM, guru dan pelajar? Siapa yang hilang fokus ni...!

SPM tak lama lagi, 14 hari bulan. Hari ni 1 november...Pelajar ponteng tetap begitu,yang malas tak juga banyak berubah. Tapi adakah guru juga patut macam pelajar...pelajar bukan dibayar gaji pun tapi guru dapat gaji bulan-bulan. Jadi...gunakan kesempatan yang sebaik mungkin membantu pelajar yang amat perlu bantuan dan sokongan ini. saya bukan kaunselor, tapi terpaksa ambil peranan juga...walaupun saya ada tugasan tersendiri di sekolah, mengajar kelas sejarah spm dan tugasan sebagai setiausaha Persatuan Pengetua Keningau yang sibuk atur seminar pada 24 nov ini.

Minggu lepas macam saya tak berehat, tapi itulah amanah. Sabtu ada merentas desa zon pedalaman di sekolah, jam 2.30 sampai rumah rehat kejap terus pergi kenduri kahwin orang sekampung. Malam bawa saudara yang datang rumah makan-makan di kedai. Jam 4 pagi ahad dah bangun, lepas subuh bertolak ke UMS ada jemputan Majlis Penerangan Perdana bersama KM dan TPM...punyalah teruk jalan jem dari muka pintu UMS mahu sampai dewan kuliah pusat hampir 1 jam. Tamat jam 2.30, macam kebulur punya lapar, lepas tu singgah solat jamak sajalah baru balik. jam 8 baru sampai rumah...sakit segala badan. Tapi pagi isnin saya bangun kerja juga macam biasa dan orang pertama datang di sekolah...

Apa jadi guru saya...saya yang jauh boleh datang awal...mungkin mereka lupa markah tahunan saya yang bagi...hemm, mungkin semua tidur lewat ahad...agaknya jelah.

Kepada anak-anak sejarah 5 Bestari...teruskan usaha. Faizal dan Kholiq tu jangan suka bercerita tengah saya mengajar.Kamu bagus tapi kurang fokus...Saya risau dengan Constant dan Alree yang menurun.Edna ada tumpuan tapi tak meningkat, Jasrul dan Fardy juga belum stabil...Paling saya risau dengan Azilyn, Jie, Egynesisla dan Oliveny. Erra Cristie macam bingung pulak sudah. Nurs asmira macam yakin ja tapi tak naik juga, mungkin banyak berfesbuk...Apa pun saya masih harap kamu semua menyinari keputusan sekolah nanti.

Yakin boleh...

Thursday, 13 October 2011

Puisi Lama lagi...

Memori di Terminal

Di sini
kata-kata tidak lagi penting
bila  saat  berangkat kian mendekat
hanya mata menyisakan harapan
yang belum pasti ada.

Antara kita
seharusnya lebih awal  memutuskan
di mana titik noktah perlu ditulis
sebelum resah membaluti
kerana kejauhan bisa merencana yang lain
sepi kekadang mengundang peristiwa
kerana kita hanyalah penjanji
yang sering melupakan kenangan dan surat cinta
yang ditulis kelmarin.

Dan lambaian tanganmu
mungkinkah bisa kulihat lagi
suatu hari bila pesawat mendarat, dan
adakah lagi senyum manis untukku
di terminal yang sama
aku menunggumu
seperti hari ini.


Bayan Lepas,Pulau Pinang
April 1990.

Tugas baru lagi...

12 oktober, Ada mesyuarat Merentas Desa Pedalaman di sekolah, Taklimat dan agihan zakat di PPD Keningau dan Mesyuarat Persatuan Pengetua Keningau di SM St Francis. Yang di sekolah terpaksalah PK Kokum yang handle, yang di PPD PK1, saya sebagai setiausaha PPSMS Keningau kenalah hadir di SFX. Kami kena anjur seminar Hala Tuju pendidikan daerah bulan november. Sasaran pegawai di PPD, Pengetua, PK dan KB. Melibatkan juga PIBG, pemimpin politik dan pensyarah IPT bagi menyokong usaha meningkatkan prestasi pendidikan menyeluruh. Tugas kedua, Kami juga penganjur persidangan PPSMS negeri 2012, jadi kami kena bentuk AJK Pelaksana lebih awal...tempatnya di Kota Kinabalu. Sukar juga tu, sebab kami ni jauh nak berurusan di situ. Tugas saya pula urus penginapan...huhh. Boleh ka ni?

Beberapa khabar tidak rasmi di sampaikan, contohnya PPD akan dikecilkan dan hanya penyandang gred DG48 sahaja. Gred tinggi akan turun ke sekolah dengan tujuan memperkasakan sekolah sebab pencapaian sekolahlah penentu kejayaan pendidikan jadi perlu diutamakan. Isu lain kemunginan JPN nak gerak PK yang lama-lama di sekolah bagi memotivasikan mereka macam pengetua jugalah selalu di tukar-tukar. Bagus juga tu, tak kan pengetua saja yang jalan jauh...he he.

Risau markah sejarah 5 Bestari

Habis kertas sejarah percubaan II, setelah saya periksa kertas objektif...hmmm, parah ni. Cikgu Bahlie dan Monica pun cakap begitu...soalan susah kononnya. Cuba lihat markah dorang ni, takut saya:
Allen sarah - 48
Azielyn - 23
Alree -50
Andrey - 53
Brenda -53
Constant -43
Edna - 48
Erra -45
Egynellysia -30
Emily -40
Fardy - 68
Firdinah -  45
Jessylyana - 50
Jasrul - 48
JA Nelyanah - 38
Jie Jefany - 33
Lynessila- 43
Mimi - 55
Mohd Kholiq - 45
Mohd Faizal - 68
Mohd Afif - 45
Nurul Sahida - 43
Norazizah - 38
Norasmira - 48
NorAsfarina - 40
Olivenny - 30
Shanan - 58
Velaria - 45
Chalfan - 55

Saya harap mereka terus berlatih menjawab soalan sama ada sesi kumpulan atau bertulis di rumah. saya masih menyimpan harapan mereka boleh skor SPM nanti, dan saya akan terus berusaha...

Wednesday, 5 October 2011

Kerja Baru lagi...

Tadi Rabu, ada mesyuarat APC Zon Pedalaman. Tugas saya apalagi...Backdrop dan banner, tempat Dewan Masyarakat Keningau pada 18 Oktober, perasmi YB Datuk Haj Sairin Karno. Nampaknya orang kuat saya Cikgu Danny kena bantu saya lagilah, tapi dia dah kata ok, tadak masalah. Terima kasih...dan dia juga penerima APC hari tu...

Monday, 3 October 2011

Selamat Menghadapi Percubaan SPM 2

Hari ini 3 Oktober, pelajar sekolah tingkatan 5 akan menempuh percubaan kali ke-2. Saya ucapkan selamat menjawab, buatlah bersungguh-sungguh. Kepada pelajar saya 5 Bestari...andalah yang terbaik. Buktikan, anda layak duduk di kelas Bestari.

Selamat Menghadapi PMR untuk Pelajar Tingkatan 3

Cikgu minta maaf kepada pelajar PMR, tak dapat berpesan-pesan di majlis Restu petang tadi. Cikgu ada mesyuarat pengurusan kewangan dan akaun peringkat daerah dari jam 8.30 sampai 1.45. Ingat nak berkejar ke sekolah...tapi fikir-fikir memang dah lewat.

Tapi cikgu yakin, anak-anak boleh menjawab jika telah bersedia. Guru-guru telah berusaha membantu anda. Ibu bapa memberi restu dan doa. Selamat menjawab. Anda boleh.

Sunday, 25 September 2011

Memotivasi Pelajar atau Guru atau diri sendiri...?

Minggu lepas minggu yang sibuk untuk saya dan isteri saya sekali...

Selasa ada mesyuarat program motivasi peringkat sekolah yang akan dijalankan jumaat-ahad ni, Guru UBK yang tetap bersemangat Cikgu Nursahida kelihatan penat tetap bekerja bersama pengarah Puan Laimah dan AJK serta fasililator. Ketua fasi diundang dari Tenom hadir menerangkan modul, walaupun kelihatan ada yang ragu dengan modul tetapi setuju memberi komitmen. Saya nampak response baik cikgu Linus, Justine, Sylvester. yang lain ikut saja. Tapi sedihnya salah seorang kaunselor keluar awal seolah-olah tidak berminat lagi dengan kerja-kerja memotivasikan pelajar.

Sebelum tu ada pengagihan netbook siri 3 di dewan dan saya sempat bagi taklimat penggunaan kepada ibu bapa dan pelajar. Yang saya amat risaukan adalah kejutan netbook akan pasti menjejaskan pencapaian akademik kerana sudah tentu mereka jadi lalai main games, download video dan lagu...dan bahan tak patut seperti pornografi. Bagi saya tak patut diberi saat nak peperiksaan.

Hari Khamis ada taklimat di PPD tentang keselamatan peperiksaan, semua Ketua Jabatan seperti  Bomba, Polis, Air, Kesihatan dll dijemput hadir. Tapi yang tak tertahankan ialah perut lapar kerana tak sempat makan di sekolah tadi, mujurlah ada kuih dihidang lepas tu, jam 4.30 baru habis.

Jumaat lepas solat program motivasi bermula. Setakat 75 peserta dari 100 yang hadir, beginilah halangan yang sering menggagalkan misi program. Ada pula fasi yang tak hadir dan lambat datang. Cikgu Bahlie hadir juga walaupun terpaksa bawa anak, cikgu Rufiza lambat sikit kerana urus anak tapi masih mampu datang.Yang nampak komitmen tinggi sepanjang program ialah cikgu Linus, Doreen, Miasin, NurAzizah, Bahlie, Maidah, Fazlulhuda, Edison, Sylvester, Jelius...
Dari segi response peserta nampak baik daan mereka bersemangat, malah aktiviti mencari sumber pendapatan berjalan baik, kumpulan keluarga sanggup membuat kerja berat untuk membayar bil, hutang dan membeli rumah serta kereta. Saya tak dapat hadir pagi sabtu kerena dijemput program restu solat hajat anak perempuan saya SPM tahun ni di mesjid pekan Tenom dan tengahari tu ada majlis kahwin di kampung. Sebagai penduduk semua acara begini perlu hadir, kalau tak nanti acara kita hahh, jagalah . Jam 3.30 saya ada di dewan semula sempat tandatangan sijil. Aktiviti muhasabah yang dikendalikan fasi luar En. Haradin malam itu nampak berkesan. Ramai menangis termasuk lelaki, harapan kami keinsafan mereka kekal dan sedar tentang pentingnya pelajaran dan membalas jasa ibu bapa. Jam 1 pagi baru selesai. Punyalah sakit kepala tahan mengantuk tapi bila lihat anak-anak didik ni, hemm,...saya sanggup bertahan.
Jam 9 pagi ahad ada ceramah dari PTPL, okey juga cuma soundnya terlampu bising dan macam unsur perulangan isi semalam, mungkin sebab dia tidak bersama amalam tu. Apapun saya amat terhutang budi dengan mereka berdua kerana sanggup hadir tanpa bayaran. Terkilan sedikit tak sempat bagi minum sebab mereka naka balik cepat ke Kota Kinabalu.

Fasi terbaik ada 3 orang iaitu Linus, Doreen dan Maidah, tapi sebab hadiah cuma saja yang disediakan.

Daripada komen fasi luar, tahap komitmen fasi masih kurang. Malah sesi awal terpaksa diambil alih oleh mereka,dan sesi pagi ahad...tiada seorang pun fasi sekolah berada di dewan. Pada sesi penutupan yang dirasmikan oleh YDP PIBG En. Benedict pula hanya sedikit ibu bapa yang datang, guru juga tinggal beberapa kerat. Sangat menyedihkan seolah-olah anak-anak ini tidak penting berbanding anak sendiri. Bagi saya , jika kita mahu anak kita diajar dan dijaga dengan baik oleh guru mereka, kita perlu jaga dan didik anak-anak orang lain terlebih dahulu. Sebab Tuhan pasti memberikan yang terbaik selepas kita buat yang terbaik. Pada panadanagan saya program sebegini  juga dapat membantu saya menilai dedikasi mereka untuk markah LNP nanti. Sukar menilai perangai guru sekarang ni, ada sebahagian kecil menganggap guru ni kerja macam pejabat, masuk kelas dan balik rumah. Malah ada yang jenis biskut, di bilik guru pun sukar dilihat...pejabatnya di kereta. Datang , pergi kantin, kelas payah nak diingatkan dan pulang awal juga. Sepatutnya orang macam ni tak jadi guru, merosak nama guru lain sahaja. Mereka lupa kerana pelajarlah mereka ada kerja dan ada pendapatan. kalau yang selalu ponteng mengajar tu lagilah dahsyat, sebab hasil pendapatan sudah tentu tak halal tapi bagi makan keluarga...huhh, harap tiadalah orang begini nanti. Ada pula kalau bertugas di luar, aktiviti sukan ka, jaga exam ka bukan main happy...tapi liat betul nak mengajar anak murid. Bila musim isi borang naik pangkat berebut juga isi...kalau tak sokong mesti marah punya...Syukurlah orang-orang macam ni dah tak ada lagi jadi guru.

Wednesday, 21 September 2011

Keletihan Otak..?

Saja letak tajuk pelik. Actually line streamyx down walaupun berulang saya buat aduan dengan TM, akhirnya saya adu dengan SKMM dan berulang juga staf TM datang dan dari KL telefon, satu minggu akhirnya hari ini ada oke sikit. Tapi malas nak cerita...kepala sakit lagi. Bosan saya macam ni punya sakit, mungkin saya dah tua agaknya he he

Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya Merdeka

Esok Hari Raya. Sejak ada kawan yang punya pakcik kerja kat Istana Negara senang sikit nak tau bila Raya.Dua tiga hari kami telefon dia. Sehari sebelum acara tengok anak bulan dia akan bagitau. Sebenarnya pihak Istana dah tetapkan tarikh Raya berdasarkan hisab dan rukyah, yang tengok-tengok anak bulan tu saja nak bagi meriah . Sebab tu saya boleh ucapkan salam raya awal kepada rakan-rakan. Saya tak suka terima ucapan, saya dah biasa buat dahulu. Saya rasa memberi sesuatu lebih awal lebih baik. Sejak saya jadi guru kemudian jadi Penolong Kanan, saya biasakan saya yang pertama hadir sekolah atau perhimpunan. Tapi entahlah guru zaman sekarang ni dah tak kisah tentang hadir awal. Jadi tak hairan kalau anak sendiri apalagi anak murid datang sambil lewa. Bukan semualah, tapi ramai.

Oklah, melalut cerita lain pulak. sempena raya ni saya mohon ampun maaf pada ibu dan saudara mara, rakan-rakan, guru-guru saya serta pelajar saya jika ada salah silap.

Moga raya tahun ini memerdekakan fikiran klasik kita yang ketinggalan keretapi tu. ayuh kita bergerak laju demi nama baik diri sendiri dan sekolah kita. Kepada guru saya yang kecanduan bermain petanq, pastikan tak lakukan masa pejabat atau masa sekolah...kepada yang suka lepak kantin, moga bertukar ke arah kerja serius. PMR dan SPM dah dekat ni, bantulah anak didik kita dengan dedikasi, ok.Selamat memerdekakan pemikiran.

Sunday, 28 August 2011

Berpuasa di KK

Jumaat lepas kami sekeluarga ke Kota Kinabalu kerana ambil anak sulung balik dari Johor Bahru. Kami bertolak dari rumah jam 2.30 sampai sana dah jam 5.30, jalan jem teruk. Nasib baik dah singgah beli kuih dan makanan berbuka. Sempat juga solat asar. Rumah baru, apalagi sibuk menyapu lagi di samping nak berbuka. Lepas buka jam 7.30 hantar sorang cikgu rakan isteri balik Kelantan di terminal 2. Bergegas ke Terminal 1 pulak. Rupanya flight anak saya sampai 8.40 malam. Punyalah penat malam tu, maklum dari pagi kerja sampai malam kemas rumah pulak, pasang langsir kena panjat-panjatlah. Tak kan nak tidur tembus pandang. Mujur kontraktor dapat siapkan lampu dan grill serta rel langsir petang kamis tu...huh.

Pagi Sabtu cadang nak keluar beli baju raya anak yang tak sempat beli sebab asyik sibuk dengan kerja dan kelas tambahan anak perempuan SPM hujung minggu. Tapi kontraktor bagitau pengurusan apartment akan datang periksa kerja jam 10.00. Jam 11.30 baru pegawai tu datang, hmm siap ambil gambar sekali. Cerewet rupanya pihak CCA ni, maklum nak jaga standard rumah. Grill mesti sama bentuk pula. Nak buat kerja mesti minta izin isi borang lagi, kena deposit lagi...Tapi sekuriti kira oklah, selalu kena ronda. Selamat kalau anak-anak tinggal nanti. Kami tak cadang nak sewakan...untuk homestay bolehlah.

Pagi ahad tak terbangun sahur gara-gara keletihan hari sabtu. Apa taknya sudah pun jalan jem, parking pulak penuh. Saya duduk di kereta sajalaj nampaknya, isteri saja cari pakaian dengan anak-anak dari Sinsuran pergi Segama. Jam 3 balik rumah rehat kejap. Jam 4 saya dan isteri pergi kedai perabut cari meja masak di Putatan...mujur dapat. Kecil dan muat kat dapur. Lepas beli ayam dan sayurdi Giant sempat singgah beli kuih di tepi kedai perabut. Apalagi setengah jam rushing nak masak berbuka...aduh...berpeluh peluh.Dah tu saya pasang rak TV yang kami minta tolong kawan angkut dari rumah, dapatlah letak barang yang bersepah-sepah kelmarin. Malam tu kami jalan pulak cari kasut anak-anak di Putatan. dapatlah juga beli cermin 3 biji untuk tengok muka yang 2 hari tak tahu macamana he he.

Jam 8 pagi ahad kami pergi Jalan Gaya cari T shirt Sabah untuk anak bawa hadiahkan jiran tempat sewanya.Menyempatlah beli set sarung tilam anak-anak. Jam 11 kami balik Tenom, punyalah berat nak naik Bukit Kimanis...mujurlah boleh juga sampai rumah dengan selamat. Lepas buka sempat pasang lampu raya...

Wednesday, 24 August 2011

Berita duit dan kerja baru...

Kelmarin JPN hantar waran peruntukan yang saya tunggu iaitu untuk penyelanggaraan kecil dan sedikit tuntutan perjalanan. Saya tak kisah pasal tuntutan, yang penting penyelanggaraan. sekarang ni banyak duit poket saya keluar baiki kepala-kepala paip yang asyik rosak. Nak salahkan student 100% tak boleh jugak. Sebab student hari hari pulas paip, sedang di rumah tak ramai orang pun boleh rosak...Dapatlah saya lunas hutang kontraktor baiki suis, kipas, lampu yang asyik tanya tu. Dan rancangan sambung paip dari pondok guard ke booster pump house bolehlah saya teruskan. Kesian student dan guru bangunan baru ni air tak naik sebab tekanan air dari saluran belakang blok baru lemah dan tak mencukupi...

Hari ni khamis 25 Ogos - saya ada meeting JK Kurikulum daerah. Saya kena bentang E-Cerap sebab sekolah terpilih ujian rintis program ni. E-cerap akan berjalan bagi semua sekolah sabah mulai september. Semua guru akan dicerap dan dapatan markah akan dihantar ke JPN secara on line.  Bagus jugalah, untuk pastikan pemantauan P&P dijalankan dapat dinilai jarak jauh oleh PPD dan JPN. Cuma instrumennnya amat simple, jadi saya cadang masa mencerap kena bawa instrumen SKPM sekali supaya sekali kerja.

Apa yang mengejutkan ialah laporan status band semua sekolah menengah daerah Keningau dalam band 7 selepas menggunakan penskoran NKRA...aduh...susah jugak mau pergi naik band ni. PPD mahu semua sekolah mesti dalam band 1 - 4 sahaja 2012 nanti. Masalah student tak nak belajar, ponteng kian tambah...buku teks tak bawa, bawa beg kosong ke sekolah.Entah apalah ada dalam kepala student sekarang...jadi bolehkah capai matlamat kecemerlangan ni...Saya yakin masih boleh jika semua lapisan guru saya, ibu bapa dan komuniti menyokong komitmen ini...!

Apa guna cakap "boleh bah kalau kau..." kalau tidak untuk perkara kebaikan. Betul tak?

Sunday, 21 August 2011

Hujan ...

Alhamdulillah hujan dah mulai turun kelmarin malam,lebat pulak tu. Hari ni pun turun lagi,pakai payunglah pergi tarawih. Cuaca panas begini jadikan kepala saya sakit mungkin darah saya naik, tak sempat nak jumpa doktor.Habislah saya kena marah lagi ni. Isnin lepas sakit kepala bukan main sampai saya tumpang rehat dan tidur di rumah papan sekolah lebih kurang 2 jam baru saya sedar. Rupanya saya demam, tak perasaan pulak. Kelmarin dah 5 hari demam syukurlah kurang. Mana taknya, pagi sejuk lepas subuh dah bawa kereta 1 jam ke sekolah jalanraya berkabus musim kemarau. Lepas tu panas siangnya, masuk pejabat aicond, tutup aircond panas sebab bangunan sekarang tak ada kipas. Bilik saya pulak betul-betul dipanah matahari pagi. Masuk kereta aircond lagi, malam di rumah aircond lagi sebab kalau tak pasang, anak bongsu saya tak ble tidur...Tapi demam pun  saya pergi kerja jugalah...selagi boleh pandu kereta.Amin

Lepas terawih tadi, SU JK surau umum ada jemputan AJK Surau ke majlis berbuka dengan Ketua Menteri di Dewan Masyarakat pada 24 Ogos ni, 25 pula YB Rubin Balang nak berbuka di Surau...setahu saya dia non muslim, mungkin rombongannya yang muslim nak berbuka. 27 pulak majlis khatam Quran. Sayangnya 26 tu saya dah pergi KK dan tidur rumah di Cyber City sebab anak saya pulang dari JB malam tu. Kemudian nak beli baju raya anak lelaki yang kecik sebab setakat ni kami memang susah nak jalan...yang SPM asyik kelas hujung minggu. Yang sekolah agama ada KAFA. Kami tak mahu ajar anak ponteng macam ibu bapa lain kampung ni, pendidikan lebih utama daripada berseronok...harap tak ada aral.

Internet tak berapa ok dah sebulan slow macam dial up, Isteri saya kursus kewangan di Hotel Juta 3 hari...entah apa penyakit JPN buat kursus sampai malam pulak tu, macamana nak solat terawih.

Dan kuih sebiji pun belum sempat buat...he he. Semalam pulak buat majlis berbuka di rumah sekali doa selamat ulangtahun perkahwinan kami ke 20 tahun. Moga Allah panjangkan jodoh kami berdua dan dberi limpahan rahmat berpanjangan. Terima kasih kepada yang hadir dan Cikgu Meriam kerana bagi hadiah...

Friday, 19 August 2011

Puisi Lama : Catatan Kala Gerimis

Di jendela  dan kemerahan senja
kurias rupa dengan titik gerimis
yang merembes dinginnya,
dan seperti sebelumnya
seolah ia mengajakku semula ingat
kala gerimis  begini pernah kutulis 
perasaan bersalah dalam surat biruku yang pendek;
kukukatakan padamu
bahawa aku harus pergi
meninggalkan rinduku pada mu.

Dan sekarangpun
aku sering berdiri di sini
kala gerimis menjamah kaca jendela
kubiarkan saja titisnya mengumbar peristiwa
kenangan denganmu  dan teman-teman lama
mungkin suatu hari kau akan mengerti
persahabatan sebenarnya lebih bermakna
bila ditafsirkan kembali
tapi, apakah mungkin ada penjelasan lain
yang sesuai ketika itu…

Cuma yang pasti
gerimis akan sentiasa hadir menyapa, dan seakan
aku tak pernah bisa berhenti menuliskan ,
ingatan dan rinduku padamu
dan senja itu; dan
seperti malam-malam sebelumnya
memang beginilah selalunya berakhir
dan kita seakan rela kekusutan bertamu
tanpa kesudahan, kerana
kita tidak pernah menyediakan jawapan
untuk semua persoalan yang kita ciptakan
tanpa disengaja
dan gerimis hati kita,  anggapkan sahaja
suatu memori terindah untuk diulang baca
dalam diari usia
untuk selamanya.


Pulau Pinang
Mei 2008

Sunday, 14 August 2011

Demam di bulan puasa

Dah seminggu anak bongsu saya demam, kelmarin dah kurang tapi sepanjang demam dan sampai sekarang jadi manja sikit. Bila demam kena jagalah ubat dan lap dengan air, takut panas tinggi. Nasib baik kurang merengek, cuma mengantuk sikit, bukan sayalah...maknya he he

Cara elak demam musim puasa ialah jangan minum air sejuk apalagi yang bubuh ais. Orang tua kita mana ada sakit-sakit badan macam kita sekarang sebab dulu air kopi o panas di hidangkan termasuk kenduri kendara. Tak macam sekarang air sejuk, bergas dll. Saya zaman bujang kat kampus suka minum ais dan selalu kena tonsil. Bila puasa anak-anak kecil minta buatkan air sejuk, terpaksa juga buat takut kempunan (konon), tapi sekarang dorang dah faham...kalau buatpun asal ada rasa sejuk sikit jadilah tanpa ais.

Dalam tahun 1998 saya pernah demam teruk bulan puasa sampai kena masuk hospital 6 hari. Yang kesian isterilah sebab kena kejar lawat saya kat hospital dan sediakan juadah berbuka. Masa tu saya tinggal di  flat guru lagi, makan masa setengah jam ke hospital. Tapi rahmat juga, sebab mula saat itu isteri saya berani pandu kereta...tapi mula dia bawa tak berani jalan malam. Sebab lampu pun tak tau guna. Bila balik hujan turun aircond pun tak tau suis, abis anak-anak (masa tu baru 2 orang anak) basah sebab tingkap dibuka...

Sekarang bila dah ada rumah sendiri, pergi pekan 15 minit saja. Malam pun isteri saya boleh bawa kereta. Takdirnya saya pula kerja kat Keningau dan selalu kursus kat mana-mana. Senang sikit dia bergerak urus anak-anak. Masalahnya sejak guna gear auto, dia tak pandai bawa manual dah...?

Demam budak-budak kat kampung main meriam buluh dah mula...bingitlah jawabnya mulai kelmarin. Syukur sakit jantung anak saya tak macam dulu. Sebelum ni asal dengar bunyi dentuman meriam karbid, dia menggeletar berpeluk tubuh kat sofa...Alhamdulillah, Allah masih sayangkan dia, setelah pembedahan pertama tahun 2008 dia nampak normal saja...

Kat Sekolah demam exam plak, saya terpaksa menetap di bilik mesyuarat untuk periksa kertas. Sebab kat ofis selalu kena ganggu he he...minta maaf cikgu cikgu. Gara-gara SAPS bah ni...

Saturday, 13 August 2011

Bila Bulan Mengambang...

Esok 14 hari puasa dan mestinya bulan mengambang penuh akan kelihatan cantik. Sering diumpamakan gadis cantik dengan bulan 14 dalam cerita klasik melayu.

Tadi semasa pergi dan balik surau, bulan terang. Teringat saya masa dulu-dulu. Semasa kecil sewaktu di Kg Bukau Beaufort kalau musim bulan mengambang walaupun indah tetapi menyeramkan kerana rumah kongsi yang kami diami terletak di dalam kebun getah, bayang-bayang dahan dan ranting phon getah menimpa laman dan atap rumah seperti suasana dalam filem seram. Bila musim menuai, mama dan kakak menumbuk padi di halaman tanpa menggunakan lampu. memang seronok nampaknya. Tapi menjelang tengahmalam bila sunyi, bunyi burung hantu bersahutan pelbagai irama menaikkan bulu roma, kami yang masih kecil kadang menggigil ketakutan dalama kelambu. Sebab banyak pohon ara yang berbuah dekat rumah dan pokok durian yang dah mati, tentu menarik burung malam makan...

Bila saya pindah ke sini semasa tahun 78 ikut keluarga cari rezki menoreh getah jugalah tapi bapa bukan mandur estet dan tidak perlu jaga gudang asap. Banyaklah sikit masa lapang untuk bercucuk tanam. Yang saya nak cerita ialah di sini ada surau yang dekat dan boleh solat jemaah. Bila lepas maghrib abis belajar mengaji sikit kami main di halaman surau dan rumah Wak sairin yang berdepan dengan surau. kalau bulan terang banyak kelawar terbang makan buah ciku (kalau musimnya). Kami suka menyakat kelawar tersebut dengan buluh panjang. Masa nak wuduk kami pergi sungai tepi ladang getah lalu kebun koko wak sairin. Kami tak takut pun walau gelap gelita. Saya muazin pada masa tu sebab suara saya kononya sedap he he.

Bila tinggal di asrama waktu tingkatan 4, saya tak berapa suka bulan terang sebab kelihatan asrama macam rumah berhantu. Tambahan pula tapak sekolah tu konon bekas kuburan dulu-dulu. Apalagi bila 'free night' tv brunei tayang cerita hantu Indonesia, nak pergi buang air kecil pun kena berteman sebab masa tu umur saya baru 14 tahun...he he

Bila masuk U, ada sekali musim praktikal saya tinggal sendirian di Desasiswa Harapan. Struktur bangunan asrama tu menakutkan kalau waktu malam apalagi sendirian masa cuti walaupun ada beberapa siswa Palapes tetapi mereka jarang ada sebab ada latihan. Saya terfikir kalaulah perempuan yang diletakkan di situ, boleh jadi banyak perkara berlaku...tapi dulu-dulu mungkin manusia masih kurang jahat....

Bila saya tinggal menyewa di luar kampus. saya tinggal di Kg Gelugor. Sering saya tertidur bila baca buku larut malam dan tak sedar tingkap tak tutup. Tingkap kampung tu jenis memanjang. saya biasanya hanya sedar kalau angin kuat bertiup atau hujan masuk. Mujur tiada langsuir masuk hisap darah saya he he.
Kadang tengok bulan dari jendela ingat juga buah hati...sekarang dah jadi isteri saya.Macam filem P Ramlee juga barangkali...

Sekarang anak-anak jarang tengok bulan sebab tak keluar rumah. Asyik tv mana ada masa tengok bulan...hmm agaknya kalau bulan dah tak ada, mereka pun tak perasaan....

Wednesday, 10 August 2011

Penyakit dah datang plak ni...

Sejak bulan mei poket saya mulai sakit..nak tau kenapa?

1. Kereta-kereta menagih ubat. Unser saya panas enjin, cuci radiator. Kemudian gasket enjin mungkin leaking sebab tu airnya berminyak. Mau tak tak mau top overhaul. Habis Rm700.00. Jumaat minggu lepas klac abis, jalan macam tak bertenaga dan bau hangit. Belilah klac mau rm400 di Inanam. Lepas baiki klac, tengok 2 biji caplink dah rosak, ganti lagi. Habis Rm250 upah dan ganti minyak gear. Baliknya dah lewat jam 6.00, tengah jalan enjin henjut-henjut macam naik kuda pulak. Enjin mati dekat kampung. Jawabnya telepon isteri minta ambil dan minta kawan bengkel dekat situ tarik malam tu juga. 3 hari lepas tu selesai cerita, rupanya litar pintas. Melayang lagi Rm150 upah periksa dan servis alternator.

Gen2 isteri saya plak tercabut pemegang pintu...apalah kereta nasional ni. Pelik perangainya. Sebulan lepas beli dulu 2006, cerminnya tak bleh tutup pasal bingkai penariknya bengkok. Nasib baik dalam jaminan. Tak sampai setahun getah alas tepi pintu tercabut. Kemudian crankcase enjinnya pecah kena batu sebab rendah.Kes pemegang ni nampaknya tunggu hujung bulanlah agaknya.

Persona saya plak bunga tayarnya botak sebelah padahal dah buat jajaran di KK. Nak tukar baru tak mampu sekarang ni lagipun sebelah masih cantik. Cari second hand tiada no siri tu. Bulan lepas breknya melekat pasal pamnya jem...Ganti brek dan servis pamlah jawabnya.Aduii...

2. Rumah punya pasal. apartment di KK dah dapat kunci tapi kena bayar RM1000> dulu. Pasang meter letrik RM260, nak gril plak hampir Rm2000. Haraplah ada penyewa nanti...

Padan muka saya...he he

Tapi yang tak tahannya ni, badan lenguh semacam. Lepas terawih selalu tertidur di sofa sampai pagi...Markah exam nak cepat ni. Mudahan Allah bagi kekuatan ..(macam bunyi ayat seseorang di sekolah pulak...he he).Amin

Tuesday, 9 August 2011

Ramalan Sejarah SPM 2011

Kepada pelajar SPM, sebelum entri ni saya dah keluarkan beberapa ramalan soalan sejarah. Jika pelajar ada membacanya mungkin bolehlah jadikan panduan untuk fokus ulangkaji.

Dua minggu lepas sekolah anjur Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM dengan mengambil pandangan penceramah yang diundang oleh SMK Teknik Keningau. Antara yang diramalkan oleh penceramah ialah;

1. Sejarah/sebab/proses dan kepentingan pembukaan Kota Mekah semasa Nabi SAW
2. Ketokohan/kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW-perlukan contoh peristiwa untuk tunjuk bagaimana Nabi itu bijaksana, boleh dipercayaai dengan 4 sifat-sifat utama baginda dll
3. Kerajaan Maritim- Srivijaya sudah. Kemungkinan Melaka. Kedah Tua kurang menonjol.
4. Pengaruh/kesan Hindu Budha di Asia Tenggara. Soalan ni dah juga keluar dalam penggal 1
5. Simbol-simbol negara. Juga dah dikeluarkan dalam penggal 1
6. Malayan Union
7. Kemasukan orang India Cina
8. Nasionalisme Malaya zaman Jepun
9. Nasionalisme Indonesia dan Thai. Juga dah keluar penggal 1
10. Bab akhir-Perang Dunia

Tetapi ini cuma ramalan sahaja selepas analisis oleh guru cemerlang tersebut.

Monday, 8 August 2011

Sambutan Kemerdekaan...

Setiap kali acara sambutan bulan kemerdekaan, saya teringat semasa di SMK Kemabong. Pelajar di situ memberi sambutan meriah terhadap aktiviti yang dirancang. Mereka berlumba-lumba menghias kelas dengan bendera dan simbol-simbol negara dengan daya kreatif mereka. Di perkarangan astaka perhimpunan banyak bahan hasil rekaan pelajar seperti menara kembar petronas daripada tin, straw dan sebagainya. Pertandingan puisi, sketsa, deklamasi sajak, menulis esei, luahan anak merdeka. Pernah kami panggil tokoh VIP seperti Datuk Sairin Karno, Datuk Rubin Balang (YB Kemabong) dan wakil Jabatan Penerangan untuk forum merdeka, ketika itu saya wakil pengetua merasmikan acara itu. Acara kemuncak biasanya dibuat malam dikenali sebagai "Malam merdeka". seingat saya semasa jadi Ketua Panitia Sejarah sempat anjur hingga siri III. Pelajar luar datang sanggup bawa mak bapak naik lori estet.

Di sini, sambutan tidak sehebat itu. Mungkin anak-anak tempatan sini tiada tokoh pejuang yang dekat dengan hati mereka. Di sana mereka ada tokoh pejuang Antanom atau Ontoros yang termaktub sebagai tokoh pejuang dalam sejarah menentang Kompeni Inggeris yang mati dibunuh British. Malah nama Tenom diambil sempenaa nama beliau. Namanya juga diabadikan di dewan masyarakat  pekan Tenom dan Kemabong. Sebuah tugu peringatan didirikan di pekan Tenom di mana patung Antanom berdiri gagah menyambut pengunjung.

Apa pun, saya masih menyimpan harapan generasi muda perlu tahu dan faham erti kemerdekaan...

Sunday, 7 August 2011

Kenangan bulan ramadhan

Bila ke surau solat terawih, ramai budak kampung sama-sama solat. Teringat saya masa saya sekolah menengah sebelum duduk asrama. Hanya saya dan adik saya Awang yang selalu ikut solat terawih, yang lain orang dewasa dan berumur. Jalan masa tahun 70-80an masih belum aspal, dan biasanya kami ikut jalan kampung yang gelap dan seram sebaba ada sepohon kayu yang dikatakan ada penunggu...tapi tak pernah pun kami berdua jumpa apa-apa. Masa tu ada juga cerita 'pengait' (pemenggal kepala), tapi kami masih berani juga. Solat terawih masa tu memang penat sebab imam baca perlahan sangat dan 23 rakaat. Sekarang ni ambil 8 saja. Imam Jamal sekarang dah tak ada lagi...paling saya ingat ialah dia bagi duit 5 ringgit masa penutup terawih kerana kami rajin ke surau, sekarang baru saya faham kenapa dia bagi duit tu.

Puasa masa kecik tak menarik sangat sebab keadaan susah jadi tak adalah istimewa. Bila sabtu ahad paling teruk saya puasa sambil menoreh getah dan pikul susu. Alhamdulilah saya mampu bertahan, kawan-kawan lain bila kerja memang tak puasa termasuklah orang kampung lain.
Bila tingkatan 4 saya masuk asrama, berpuasa ramai-ramai memang seronoklah. Guru-guru kat flet turut terawih dan sudah tentu ada moreh yang sedap. Begitu juga masa tingkatan 6 walaupun letih terawih tapi belajar tak tinggal. Bila masuk USM, bulan puasa payah sikit nak sahur sebab malas nak bangun. Terutama tinggal di luar masa tahun dua ok sikit sebab kami masak sama-sama. Tapi masa tahun akhir saya menyewa sendirian. Bila saya sakit tak boleh puasa asyik muntah ja, nak makan macamana...mana ada kedai buka...

Sekarang saya dah 43 tahun hidup...alhamdulillah masih boleh berpuasa padahal hari biasa kalau lewat makan gastrik sampai nak muntah pun ada. Dahpun kena bangun awal pagi memandu 1 jam pulak. Kadang mesyuarat di PPD sampai jam 5, pernah sampai rumah jam 7, apalagi masa di Tambunan dulu memandu 2 jam, buka dengan air botol dalam keretalah jawabnya. Mujur sekarang dah di Keningau...

Tutup dulu....

Wednesday, 3 August 2011

Semangat pelajar Tingkatan 5....!

Bukan di sini sahaja keluhan guru tentang semangat pelajar sekarang. Semenjak akhir-akhir ni pelajar seolah tak suka ke sekolah termasuk yang pandai..kalau di pedalaman gara-gara harga getah naik. Enjoylah dengan handset atau motor siang malam. Kat bandar atau pekan lepak kat mall atau cybernet. Mujurlah anak-anak saya masih gembira dan seronok ke sekolah pagi dan sekolah agama petang. Mereka tetap score hampir semua subjek dan nombor satu atau dua. Tak nampak pun penat, balik jam 5.20 petang terus main kat luar dengan anak-anak jiran.Main bola keranjang, buaian atau jongkang jongket kat halaman rumah. Kadang mak bapa kena jerit suruh masuk mandi....

Kelmarin, Guru cemerlang Cikgu Kharazil dengan UBK (Nurshahida lagi?) teruskan sesi motivasi pelajar dalam siri 'Sepanjang jalan ke puncak' iii. En Shahreen dari IPGK Keningau datang dengan uniform KRSnya untuk bagi semangat pelajar T5, tapi kali ni saya nak pelajar sederhana dan Halus saja. Pendekatannya sesuai, tidak bosan dan pelajar beri tumpuan. Guru-guru bersemangat seperti Jafley, Bahlie, Justin turut ikut menjadi pemerhati saya nampak tertarik juga. saya agak itu masa subjek merekalah, tapi sedihnya mana guru lain. Takkan ke kantin bulan puasa ni. Orang kuat saya ada seorang datang sekejap, mungkin ada kelas lainlah.

Saya pun sambung sesi motivasi selepas sesi En. Shahreen jam 9.30 tamat. Untuk hilangkan lenguh saya ajak mereka menyanyi dan menari lagu "potong bebek angsa".Mereka seronok malah cikgu Bahlie ikut sama menari. Saya sambung sesi dengan cerita pengalaman dan impian masa kecil sebagai pembakar semangat pelajar. Ya...saya rasa semua kita ada impian, nak miliki kereta cantik, motosikal hebat, Set HIFi karaoke, rumah besar, kebuh buah-buahan. Saya bagitau mereka impian tu lah yang jadikan kita berusaha mencapainya. Disebabkan zaman kecil yang miskin, dengan belajarlah kita dapat ubah kehidupan kita. Alhamdulillah sebahagian impian saya tercapai...Saya bagitau mereka harta milik bapa bukan milik kamu, begitulah saya bagitau anak-anak saya. Mereka kena usaha sendiri mencarinya...dan kita akan rasa kepuasan yang amat sangat bila berjaya memperoleh apa yang kita idamkan.

Hmm, adakah mereka nampak apa yang kita nampak? Mudah-mudahanlah.

Monday, 1 August 2011

Puisi : Manusia Aneh II

Tiada kata bisa mengungkapkan rasa
apapun alasan setiap kau tiba
akan tambah menyakitkan
bak percikan minyak di atas bara
bila-bila mungkin meranapkan sabar
jadi bersedialah
andai detik itu menjadi noktahnya.

Sebenarnya aku telah lama bosan
menahan  hati  menanah ini
menyimpan harap ada keajaiban
hadirmu membawa kudrat dan semangat ;
-          Anak-anak didik tersayang kita yang kehilangan arah diri
perlukan suntikan motivasi, inovasi dan jati diri
-          Adik-adik kita baru belajar menjadi kuat dan yakin diri
perlu janaan minda dan hikmah kata orang lama
-          Tanah lembah indah ini perlukan belai, dan
Sentuhan pengalaman seorang  pengabdi murni
Tapi yang terlihat
kau bahagia menjadi asing
atau mungkin juga sengaja terlupa
jalan yang patut kau susuri.

Bukan bermakna aku kehilangan visi
dan aku pun belum juga penat berlari
tapi kalau kau mau genggam tangan
berlari bersamaku, pasti
piala itu milik kita bersama.

Apapun jua selepas ini
semua kami berharap
tidak akan ada lagi manusia-manusia aneh
yang berkunjung ke sini.


2 Ogos 2011
Keningau.